Total Pageviews

teringin nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!

by - April 28, 2018
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 | Siapa yang dah pergi ataupun ada plan untuk menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 // Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2018 di PWTC? Ketahuilah bahawa saya cemburu dengan anda! Hahahhaa.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018

Tarikh: 27 APRIL – 6 MEI 2018
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Masa: Isnin – Khamis (10 pagi – 7 malam) | Jumat – Ahad dan Cuti Umum (10 pagi – 9 malam)

1) Pameran Kandungan Digital: BACA World 2018 (27-29 April 2018, Dewan Merdeka PWTC)
2) Pusat Dagangan dan Perlesenan Hak Cipta: KLTCC (30 April – 2 Mei 2018)
3) Konvensyen Penulisan Kuala Lumpur (5 Mei 2018, 8 pagi – 6 petang)
4) Ruang Karyawan dan Pembaca: REHAT & BACA (Aras 4, PWTC)
5) Anugerah Kulit Buku Cantik: Maklumat lanjut rujuk FB Anugerah Kulit Buku Cantik
6) KL Baca! Kuala Lumpur ke arah Ibu Kota Buku Dunia 2020 : Rujuk FB KL Baca

Maklumat lanjut mengenai pesta buku: www.klibf.my


teringin nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!


Sebagai peminat tegar buku dan novel, pesta buku adalah salah satu tempat di mana adrenaline melompat lompat dengan lajunya. Sebab excited dan rasa nak beli semua novel kat situ hahaha! Tapi sayang seribu kali sayang.. mungkin saya tak berpeluang untuk pergi pesta buku 2018 ni. Sebab lokasinya di PWTC, rumah saya di Seremban. Nampak tak peluang tipis nak pergi sana?

Bertambah best nya lagi PBAKL ni bila banyak buku fresh fresh dan baru diterbitkan di situ. So, this is my wishlist buku/novel di PBAKL 2018 (kalau dapat pergi laaa):

1. Novel BANJA MANGGALA - Ramlee Awang Murshid [terbitan Karangkraf]


"Cinta bukan sekadar mimpi...
Cinta adalah perjuangan."
banja manggala ramlee awang murshid
Novel terbaru 2018 Ramlee Awang Murshid Banja Manggala diterbikan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!
Pelancaran novel terbaru 2018 RAM ini diadakan pada hari ini, 28 April 4:00 PM di Pavilion Karangkraf, Dewan Tun Dr Ismail, PWTC. Cover dia lawa gilos kot! Hahaha. Nasib baik la ada pre-order novel ni. Boleh la order hehe.

SINOPSIS BANJA MANGGALA

sinopsis banja manggala
SINOPSIS NOVEL BANJA MANGGALA - RAMLEE AWANG MURSHID
Amar diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Sebia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato' Husam dan isterinya, Datin NorMazlinda. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering mimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal-usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Sarajevo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Banja Manggala.. apakah maknanya di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina? Siapakah Armel yang hilang itu? Apakah hubungan Amar dan kawanan serigala? RAMLEE AWANG MURSHID menukilkan sebuah fantasi ibarat mengolahnya menjadi sebuah filem. Sarat dipenuhi saspens. Elemen cinta sangat kuat kali ini. Disulami dengan lataran salji dan bayu pergunungan dalam dunia magis yang tersembunyi.

Sumber gambar & sinopsis: FB Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)

Perghh sinopsis pun dah best, apatah lagi the whole story kann? Teruja nak baca!

2. Buku IMPIAN JALANAN dan EMPAYAR - teme Abdullah [terbitan Iman Publication]

One of my favorite writer - teme! Sebelum dua buku baru ni, ada dua buku hasil karya beliau iaitu Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Sejujurnya saya lebih suka buku Pelukis Jalanan berbanding Arkitek Jalanan. Mungkin sebab topiknya lebih ringan & it was the first book I fall in love with his way of writing and Ahmad. Ehh hahaha.

impian jalanan dan empayar teme abdullah
Buku Impian Jalanan dan Empayar diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!
Buku ketiga dan keempat teme ni diterbitkan pertama kali nya di Pesta Buku 2018 PWTC semalam. Plus, siapa yang beli two books written by teme kat PBAKL 2018 ni dapat sign autograph from him! Perghh jealous lahai! Dah lah dapat berjumpa bersua muka face to face dengan beliau plus dapat sengih sengih senyum senyum dengan beliau.

Dah la pre-order dua buku baru teme ni saya tak sempat haritu. Tak sempat nak place order, dah tutup dah.. Sabo je lahh haha. Takpela ada hikmah la tu kan.

Pesanan teme:
"InsyaAllah mulai esok (Jumaat) sampai Ahad depan korang boleh dapat buku #ImpianJalanan & #Empyar (dan juga #PelukisJalanan & #ArkitekJalanan) kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Cari kat Dewan Tun Razak 4, No.4130-4134, PWTC.

Lusa (Sabtu which is today) pulak, bawak buku tu ke tingkat 5, Bilik Kuala Lumpur di PWTC. InsyaAllah aku akan kasi autograph. Aku tunggu korang kat situ daripada pukul 10 pagi saaaampailah 6 petang 😊. #PBAKL2018 #KLIBF2018."

pesta buku pwtc 2018 teme
jumpa teme di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!
Apa ni? Jeles lah!

Okayyy doa semoga next pesta buku diadakan di Seremban. Dekat sikit saya nak datang. Haha. Dah la Sayidah, move on please ~

3. Buku ARKIB ANGKER NEGARA Vol.1 & 2 - Dr.Anwar Fazal, Nadia Khan, Dr.Kamarul Ariffin, Muhammad Fatrim, Dr.Fatin Liyana, Jarr Nadjmuddean, Dr.Mahyuddin, Bel Nawhen, Dr.Ahmad Zakimi, CikEdot, Dr.Mafeitz, Dziehan, Dr.Shahnaz, DeeFen, Fahmi Hassan, Gongpal Topek, Izzwan Mazlan, Kamenrider, Mohd Shahiri, Senyuman Perantau SP, Tajul Ariffin, Xander Xavier, Iman Fadia, Vion Krisalis, Regina Ibrahim [terbitan WhiteCoat]
arkib angker negara whitecoat
buku seram Arkib Angker Negara di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!
SINOPSIS ARKIB ANGKER NEGARA VOL.1

Apa akan terjadi jika penulis-penulis bestseller genre seram di Malaysia bergabung? Arkib Angker Negara ada jawapannya. Ia sebuah naskah daripada penulis-penulis Diagnosis Fobia, Ghostpital, Asrama, Gantung & Cerita Seram.

Ini adalah mimpi ngeri yang semua peminat genre seram impikan.
sinopsis arkib angker negara 2018
ARKIB ANGKER NEGARA 2018
Perghhh walawehh! Mesti best gilos buku seram ni! Mana tak nya...

WhiteCoat mempersembahkan naskah Arkib Angker Negara yang menampilkan penulis-penulis bestseller genre seram Malaysia untuk kita semua.

Beli satu buku, dapat baca karya dari penulis genre seram tersohor:
— Nadia Khan (Gantung, Gantung 2)
—Muhammad Fatrim (Asrama, Asrama 2)
—Jarr Nadjmuddean (CeritaSeram 1-3)
—Kamarul Ariffin (GHOSTPITAL)
—Dr Anwar Fazal, Dr Mahyuddin, Dr Fatin Liyana, Dr Mafeitz, Dr Shahnaz (Diagnosis: Fobia)
—IzzwanMazlan @ Wan SC (Koleksi Ngeri Si Celupar, Kg. Busut Jin)
—DeeFen, SenyumanPerantau (Segitiga)
—CikEdot, Kamenrider @ Nadey, Xander Xavier (Rona Sanguis) — Gongpal Topek, Dziehan, Bel Nawhen, Dr Zakimi, Mohd Shahiri, Tajul Ariffin (FB AAN)

Dan pemenang Lumba Tulis Cerpen Seram AAN
1. Vion Krisalis(RM400)
2. Regina Ibrahim(RM300)
3. Iman Fadia(RM300)

Sangat berbaloi baloi! Kemunculan #ArkibAngkerNegara ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 mulai 27/4/2018! Boleh dapatkannya di reruai 4147 iaitu di booth IMAN, Dewan Tun Razak 4, PWTC bermula 27 April 2018 - 6 Mei 2018!
meet & greet penulis arkib angker negara pesta buku pwtc 2018
MEET & GREET PENULIS CERITA SERAM MALAYA: ARKIB ANGKER NEGARA DI PBAKL 2018, di DEWAN TUN RAZAK 4, PWTC
Meet & Greet bersama penulis-penulis genre seram terbaik Malaya iaitu buku terbaru mereka " Arkib Angker Negara Vol 1+2 "

Tarikh : 28 April 2018 (Sabtu)
Masa : 1- 3 petang
Tempat : Booth 4130-4134, Dewan Tun Razak 4, PWTC

#ArkibAngkerNegara #whitecoatent #pbakl2018 #ghostpital #seram #diagnosisfobia #angker #paranormal #hantu #kisahseram #ceritaseram #ceritahantu

4. Komik DIAGNOSIS DX - Dr. Anwar Fazal, Dr. Fatin Liyana, Dr Beni, Dr. Mafeitz, Dr. Mahyudin, Dr.Aizzat, Dr. Azzah, Dr. Mafeitz [another publication by WhiteCoat]

"Some wars are fought for infinity. This year, the real battle is fought within ourselves - we fight to live. We fight for love."
komik diagnosis dx 2018
KOMIK PERUBATAN #1 2018 - DIAGNOSIS DX diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!
Saya tertarik nak beli graphic comic DX ni first sebab penulis-penulis hebat yang memang terbukti gaya penulisan dan cara penceritaan mereka yang awesome. Second, sebab tagline dia "NOT ALL HEROES WEAR CAPES".

Harganya hanya RM25. Tapi kalau beli sekali dengan Arkib Angker Negara Vol.1 & 2 di pesta buku PBAKL 2018, ada harga combo special RM60 for that three books. Huihhh jelesnya weh! Hahaha.

Get your #KomikDX at Booth WhiteCoat (Booth No. 4147) 27 Apr - 6 May 2018 @ Dewan Tun Razak 4, PWTC! #PBAKL2018

5. Novel BUKAN ROOMATE BIASA - Syamnuriezmil [terbitan The Chapter Bookstore]

bukan roomate biasa syamnuriezmil
Mini Novel Bukan Roomate Biasa - Syamnuriezmil diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018!
She is one of my favorite novelist! Selain penulis Siti Rosmizah & ANJELL, memang saya selalu tertunggu-tunggu dan akan cari novel baru Syamnuriezmil bila masuk kedai buku MPH or POPULAR.

First time jatuh cinta dengan gaya penulisan Syamnuriezmil ni adalah time saya baca novel Mr Grey then Magisnya Cinta. Mula mula saya ingat Syamnuriezmil ni seorang lelaki tau. Sebab tak terjenguk biodata penulis kat mukasurat belakang novel. Kah! Bila dah jatuh cinta tu, saya belek la novel sampai last page selepas habis baca. Baru lah tahu lohh perempuan rupanya Syamnuriezmil ni! Hahaha.

BIODATA SYAMNURIEZMIL

Syamnuriezmil, atau nama sebenarnya Nur Azzyati Abu Bakar,lahir pada 4 Oktober 1980. Merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau sudah berkahwin dan menetap di Ipoh, Perak. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kewangan, UITM Shah Alam dan Diploma In Investment Analysis, UiTM Segamat. Beliau pernah berkhidmat di sebuah bank selama 13 tahun. Beliau juga merupakan pesakit buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan hemodialisis sebanyak 3 kali seminggu. Beliau mula menceburi bidang penulisan ini secara serius sejak tahun 2010 dan sekarang memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa sebagai kerjaya tetap.

Okay move to Sinopsis Bukan Roomate Biasa!

"Depositnya cinta, bayarannya kasih dan sayang, tempohnya hingga hujung nyawa"

SINOPSIS BUKAN ROOMATE BIASA

Nurul Ayraa sering bermimpi tentang Daris Fahim. Tak kenal siapa Daris Fahim, tetapi.. wajah itu sering muncul dalam mimpinya. Dah lah mimpi sebagai isteri kontrak, mimpi tu pula bersambung sambung seperti sebuah drama.

"Aku nikah kan dikau, Daris Fahim bin Fahmi dengan Nurul Ayraa binti Naim dengan mas kahwinnya sebanyak RM120.00 tunai."
"Aku terima nikah Nurul Ayraa binti Naim dengan..."

Nurul Ayraa dikejutkan lagi... apabila lelaki yang bernama Daris Fahim menelefonnya mencari rumah untuk disewa selama sebulan. Tak pasal.. gara gara salah nombor itu, Nurul Ayraa menjadi petunjuk arah. Sehinggalah, Nurul Ayraa sendiri menjadi petunjuk arah ke pejabatnya sendiri. Rupa-rupanya,Daris Fahim merupakan juruaudit luar yang akan bertugas di syarikatnya selama sebulan. Mujurlah Nurul Ayraa tak pernah beritahu Daris Fahim, siapa nama penuhnya. Kalau tak, kantoilah Nurul Ayraa!

Banyak kali Nurul Ayraa cuba menyelamatkan keadaan, akhirnya.. penyamarannya terbongkar juga.

"Nama siapa?"
"Mama saya pesan, jangan cakap nama kita dekat strangers."
"Okey nama abang Daris. Abang ni kawan ucu."
"Eh, Daris? Nama boyfriend ucu! Oh.. ini Daris boyfriend ucu eh yang telefon hari tu kann?"
Muka Daris terus berubah.
Aku...
Dah warna hijau dah!
"Cik ucu? Cik ucu tu awak ke Ayraa?"

Melalui Daris Fahim, Nurul Ayraa mendapat tahu bahawa orang-orang yang muncul di dalam mimpinya itu.. sebenar-benarnya wujud. Pelik juga Nurul Ayraa, mengapa dia terlibat dalam kisah cinta tiga segi antara, Daris, tunangnya, Sophie yang merupakan bekas kekasih Haris dan Haris, kawan baik Daris yang sebenarnya sudah pun meninggal dunia.

"Mungkin saya ditakdirkan.. bukan untuk bagi idea kat awak.. tapi, untuk membantu awak cari idea. Haaa..."

Adakah mimpi Nurul Ayraa itu adalah untuk membantu Daris Fahim dan Sophie, ataupun menyatukan Daris Fahim dan Nurul Ayraa?

Ada dua pilihan selepas kita bangun tidur, satu.. tidur semula dan mimpi yang indah-indah atau dua, bangun dan mengejar mimpi itu menjadi kenyataan!

sinopsis bukan roomate biasa
sinopsis novel Bukan Roomate Biasa
So.. kelima lima wishlist buku saya ini boleh dapat dengan harga special + sign autograph penulis + little gift from my favorite writers (optional) di pesta buku PWTC 2018. Thats why saya teringin sangat nak pergi pesta buku kali ni! Tapi.. macam tak dapat je sobsob. Takpela den redho haha.

Korang dah pergi?

Nak kirim semua atas tu boleh? Haha. Okbai T-T

You May Also Like

4 comments

  1. alaaa tak sempat nak ke PBAKL...tapi baca sinopsis Bukan Roomate Bias tu menarik...nak kena cari niii...

    ReplyDelete
  2. Akak pun tak dapat pergi.. Tu yang beli online je.. Kikiki..

    ReplyDelete
  3. tak dapat pegiiii. jauh di kelantan niii. sobss

    ReplyDelete
  4. PBAKL ni setiap tahun ada .. tapi tue la CCL belum sempat nak terjah PBAKL .mesti banyak buku2 yang ada.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p