RESEPI Mudah dan Sedap CORNFLAKES MADU | Saya tak pernah buat cornflakes madu tapi pernah buat cornflakes coklat yummy yummy. Kalau nak resepinya boleh klik di sini: RESEPI CORNFLAKES COKLAT.
So.. yang cornflakes madu ni saya teringin nak buat tapi tak buat buat lagi sampai sekarang haha. Bagi pendapat personal saya, cornflakes madu lah antara kuih raya yang paling mudah dan paling senang nak buat. Bahannya mudah dicari dan disediakan. Cara masak nya pun tak rumit dan boleh siap dalam jangka masa yang pendek sahaja. Nak buat last minit nak dekat dekat raya pun boleh. Nak buat pada malam raya atau bila bila time raya untuk rumah terbuka pun boleh.
Resepi Mudah dan Sedap Cornflakes Madu
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: Dania |
BAHAN-BAHAN:
- Cornflakes 1 kotak
- 1/4 cawan madu
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/2 sudu besar gula kastor
- Coklat urai untuk hiasan
- Paper cup, secukupnya
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: resepimakananMY |
CARA PENYEDIAAN:
1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
2. Tuang cornflakes ke dalam periuk tadi. Lalu gaul sebati dengan madu
3. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan coklat urai
4. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius (jangan sampai hangus sudah).
DONE!
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: resepimakananMY |
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: resepimakananMY |
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: _nrhsnaa |
RESEPI MUDAH DAN SEDAP CORNFLAKES MADU // credit image: nxrhafy_ |
Credit recipe: Resepi Makanan Malaysia
Wuhuuu mudah dan nampak menyelerakan kan? Ngap ngap sekejap je habis ni hahaha.
Selamat mencuba!
Dan selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! Kosong kosong ye :)
18 Comments
terliur pulak rasa hahaha
ReplyDeletesedap ni memang tumpuan dihari raya hehe..
ReplyDeleteAssalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis sayidah
ReplyDeleteMohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging. Sedapnya. Senang je nak buat
Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.
ReplyDeleteKuih paling senang nak jimat modal
Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak.
ReplyDeleteSelamat petang Mama ucapkan. Petang ni dah raya lagi ya sis
ReplyDeleteIbu singgah bertamu di petang hari. Harap sis gembira kunyah conflakes sambil berblogging
ReplyDeleteSelamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis sayidah
ReplyDeleteAssalamualaikum dan selamat pagi sabtu ibu ucapkan. Sambung raya hari cuti ni. Kuih yang tak lapuk di makan zaman
ReplyDeleteTiap kali raya tak pernah tak buat conflakes madu
ReplyDeleteMama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis sihat petang hujung minggu ni
ReplyDeletesentiasa mudah dan sedap.. mama suka cornflake madu
ReplyDeletePaling mudah nak buat dan menjadi kesukaan bukan sahaja bebudak tapi mak bapa budak.. kikiki..
ReplyDeleteresepi ni la paling senang nak buat.sedap dan selalu habis di makan
ReplyDeletealamak teingin pulak cornflakes madu. x mkn lagi raya ni
ReplyDeleteTahun ni tak buat conflakes madu ni, lebih kepada nak rileks dari nak buat apa-apa.
ReplyDeletekuih plg bahaya... mkn 1 rs mcm nk habiskn 1 balang hahaha
ReplyDeletetahun ni busy tah apa tak sempat nak buat kuih ni :(
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p