Total Pageviews

ANU

by - July 07, 2018
Tengah tengah saya mengajar student Subjek matematik, saya tanya dia.. "Ha, soalan minta apa? Dia suruh cari anu kan. Macam mana nak cari anu?"

Abi yang tengah tengok TV pandang pelik ke arah saya and student. Dalam hati den dah gelak gelak. Mesti abi pelik kenapa laa aku carut time mengajar pula nii. Hahaha.


Dan sebenarnya.. Anu = unknown.


For your information.. Dalam subjek Maths terutamanya sekolah Rendah memang biasalah guna term anu ni. Disebabkan pelajar sekolah sekarang belajar Matematik dalam bahasa Melayu, itu yang guna anu. Kat sekolah Menengah pula, term yang digunakan untuk unknown adalah pembolehubah.

So lepas ni jangan la pelik pula bila orang dewasa sebut anu anu kat budak. Mungkin dia tengah mengajar bab matematik tu. Kang tak pasal pasal termalu sendiri haha.
ANU
ANU dalam matematik
Apa maksud anu a.k.a unknown? Maknanya adalah sesuatu benda atau perkara yang tidak diketahui. Sesuatu jumlah yang kita tak tahu berapa bilangannya.

Contoh simple nya: Amir membeli 15 buah oren dan beberapa buah epal.

So, anu bagi contoh di atas adalah buah epal. Sebab kita tak tahu berapa ketul kah buah epal si Amir tu beli. Haaa gituuu. tak pasal pasal den ajar matematik malam ni hahaha.

Okay jom tido! Nitee. Daa~ wassalam!


ANU

You May Also Like

7 comments

  1. cikgu math dlu pun guna istilah anu. first tu ingatkan cikgu salah cakap rupanya tak.. still ingat sebab fav subjek wktu form4 n 5 ^^

    ReplyDelete
  2. hahha....memang akak pening masa mula-mula anak tanya macamana nak cari jumlah anu. ANU? apa benda tu. Masa mak dia sekolah tak guna istilah anu. Tapi sekarang dah tahu....

    ReplyDelete
  3. dialek sabah ataupun jawa pun guna juga anu ni

    ReplyDelete
  4. Ahahahah..tak baik cikgu cakap lucah :P

    ReplyDelete
  5. Dulu masa belajar kawan-kawan ada org singapore. Diorg pon guna anu = itu.

    ReplyDelete
  6. Pening teman mendengarnya.. kikiki..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p