Total Pageviews

Banyak Rupanya Jenis Anyaman Ketupat. Ada 14!

by - July 10, 2018
Banyak Rupanya Jenis Anyaman Ketupat | Salah satu juadah menu makanan yang paling famous semasa Hari Raya mestilah.. ketupat! Ada orang yang suka buat sendiri, ada yang lebih suka beli je. Saya? Saya kureng sikit ketupat ni. Biasanya kalau beraya ke rumah orang, saya jarang la nak sentuh ketupat haha. Entah lah. Bukannya saya benci ketupat yee. Just.. biasa biasa je. Tapi saya memang kagum dengan orang yang boleh menganyam bermacam macam jenis anyaman ketupat ni. Respect! Yela kan, bukan senang nak menganyam. Ada step step dia. Cara menganyam tu kena betul, kalau tak.. hancuss haha.

Selama ni saya ingatkan ada dua jenis je ketupat kat dunia ni iaitu ketupat palas dan ketupat biasa. Rupanyaaa.... ada banyak! Ada 14 jenis anyaman ketupat! Perghhh banyak rupa-rupanya haha. Macam macam nama dan bentuk ada. Lawa lawa semuanya. Menunjukkan betapa kreatif nya orang Melayu kita kan.

Kenali 14 Jenis Anyaman Ketupat

Banyak Rupanya Jenis Anyaman Ketupat. Ada 14 Jenis!
Jenis Anyaman Ketupat - Bawang, Sate, Koci, Jantung & Bantal // gambar credit to the owner
1. Ketupat pasar
2. Ketupat jantung
3. Ketupat sate
4. Ketupat lembu
5. Ketupat bawang
6. Ketupat bakul
7. Ketupat pengantin
8. Ketupat burung
9. Ketupat siput
10. Ketupat bantal
11. Ketupat segitiga
12. Ketupat anak burung
13. Ketupat merpati
14. Ketupat itik
Banyak Rupanya Jenis Anyaman Ketupat. Ada 14 Jenis!
14 Jenis Anyaman Ketupat // credit to : Norzi Ahmad
Cantik kann semua jenis anyaman ketupat di atas? Cantik kan?! Suka tengok. Dan macam macam nama ada haha. Pengantin pun ada sekali. Bawang pun nak selit juga.

Rekab entuk yang paling menarik perhatian saya -- ketupat bantal & ketupat anak burung. Ketupat bantal tu cantik sangat. Macam bentuk purse pun ada. Ketupat anak burung tu nampak elegant dan 'mahal'.

Korang pula suka yang mana? Dan pernah ke anyam mana mana jenis ketupat di atas tu? Saya sudah tentu lah tak pernah haha.

Cara Anyam Ketupat

Disebabkan saya sendiri tak reti menganyam ketupat dan mungkin in the future memerlukan saya anyam ketupat, here it is.. save siap siap cara cara anyam ketupat step by step. Ada 12 langkah kesemuanya. Nampak macam... hmm SUSAH! kahkah!
cara anyam ketupat
Cara Anyam Ketupat // picture credit to the owner
Serius cantik dan kemas je orang atas ni buat. Kalau saya buat.. confirm! Confirm berterabur dan fail ish ish ishhk.

Okay itu sahaja sesi kelas belajar menganyam ketupat kita harini hahaha. Daaa~ wassalam!

You May Also Like

5 comments

  1. akak tahu makan jerr hii nak menganyam x reti

    ReplyDelete
  2. hahaha..Step dkt atas tu sy rasa yg paling simple..Nk senang dua2 tangan buat cara no.4..lebih senang utk dicantum & dpt hasil no.12..Haha

    ReplyDelete
  3. terbaek.. dulu pandai buat sejenis je. tp skang dh x ingat. hehe

    ReplyDelete
  4. banyakkan anyaman nya.. Del singgah sini follow
    jemput masuk segmen bloglist Del dkt www.cakapsinilah.com

    ReplyDelete
  5. Akak ada jugak belajar menganyam tapi akak bukan jenis yang penyabar dan teliti, memang give up awal-awal.. hihihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p