Total Pageviews

cara nak menangis tanpa orang tahu

by - July 27, 2018
cara nak menangis tanpa orang tahu | Ada orang yang terlalu mudah untuk mengeluarkan air mata, ada yang sangat sukar untuk mengalirkan air mata.. mungkin kerana imej nya yang terlalu 'tough' untuk menangis ataupun kerana ego yang berbuku di hati, atau kerana malu untuk meluahkan rasa yang 'rapuh' itu di hadapan orang ramai. Atau.. macam macam atau.

Setiap orang lain-lain. Lain sifatnya, lain jenisnya, lain caranya untuk meluahkan perasaan sedih, kecewa dan frustration.

Menangis pun begitu. Menangis ada banyak sebab dan reason di sebaliknya. Mungkin menangis kerana terharu gembira, terlalu kecewa, terlalu geram, kerana tidak tahan menahan marah, atau simply just kerana kita sedang bersedih.

Adakah menangis tandanya kita lemah? Tanda kita tak kuat? Tanda kita kalah dengan perasaan? Tanda kita tidak mahu lagi untuk bertahan? Atau menangis tandanya kita dah cukup lelah?

Bagi saya, TIDAK. Bagi saya.. Menangis lah. Jika menangis itu buat kita rasa lega. Jika itu dapat melepaskan segala yang terpendam dalam hati. Walaupun kita tahu menangis apa sekalipun takkan mampu menyelesaikan masalah, tapi why not. Jika itu yang sedikit sebanyak dapat menenangkan kita.
cara nak menangis tanpa orang tahu
cara nak menangis tanpa orang tahu | credit image: Google
So.. tahukah anda kita boleh menangis tanpa orang tahu pun yang kita sedang menangis? Tahukah anda kita boleh menangis secara terang-terangan tanpa orang sedar pun yang kita betul betul sedang menangis?

Jangan risau.. jika anda jenis yang mudah menangis ataupun nak menangis tapi nak juga sembunyikan 'tangisan' real tersebut.. this is suggestion for you!


cara nak menangis tanpa orang tahu


1. kupas bawang sambil acah acah bawang tu merembeskan gas yang paling pedih ke dalam mata kita

2. baca novel/buku sambil acah acah sedang membaca mukasurat/page yang paling twist dan paling drama sekali

3. tonton cerita (filem/drama) sambil acah acah tengah menonton scene yang paling menyesakkan dada

4. tengok video apa apa sambil acah acah video itu memberi impak yang sangat besar buat kita sehinggakan kita menangis

5. pakai earphone sambil acah acah dengar lagu yang paling sedih atau paling 'touching' yang pernah kita dengar

6. belek belek phone sambil acah acah kita sedang baca cerita yang paling meruntun hati dan jiwa raga.

Di atas ni adalah antara cara atau 'trick' atau helah yang kita boleh guna jika situasi memaksa kita untuk mengalirkan air mata tapi taknak orang sedar akan perasaan kita saat itu.

Tak percaya?

Cuba lah..
and after that, tell me .. is it work or not? :)

You May Also Like

5 comments

  1. Ooo ada caranya juga ye....hikkksss..kalau menguap byk kali pun boleh berair mata...boleh masuk senarai tak ni...

    ReplyDelete
  2. ada satu lagi.. masa nak tidur tutup lampu dan menangis tanpa suara hihihi

    ReplyDelete
  3. menangis memang dapat membantu mengurangkan serabut dalam kepala

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p