Total Pageviews

Apa itu Penyakit HFMD? Apakah Tanda/ Simptom HFMD?

by - August 04, 2018
Penyakit HFMD | Sekarang ni penyakit HFMD makin viral lebih lebih lagi bila seorang pelajar disahkan meninggal dunia disebabkan menghidap penyakit tersebut. Ya Allah.. terkejut bila saya dengar. Tak sangka sehingga boleh melibatkan kematian jika lambat dirawat.

Selepas berita tersebut baru lah saya sedar bahawa HFMD ni tak boleh dibuat main main atau dipandang enteng. Walaupun saya tiada anak, tapi perlu juga ambil tahu dan aware tentang penyakit ni. Mana tahu kan kot kot di antara 7 anak buah saya ada tanda-tanda HFMD ke, boleh lah saya beritahu kakak/abang saya untuk dibawa ke hospital/klinik.

Bukan sahaja saya, tetapi semua orang haruslah alert tentang penyakit HFMD ni. Kerana kes HFMD di kebanyakan negeri di Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat membimbangkan.


INFO PENTING TENTANG PENYAKIT HFMD


1. Apa itu penyakit HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie.

HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.
Apa itu Penyakit HFMD? Apakah Tanda/ Simptom HFMD?
Apa itu Penyakit HFMD? Apakah Tanda/ Simptom HFMD? // credit image: SINAR HARIAN
2. Bagaimana nak tahu jika seseorang mengalami penyakit HFMD?

Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat.

Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anda juga boleh:

- Mengalami sakit tekak
- Demam ringan
- Kelihatan keletihan dan tak bermaya

3. Adakah perlu menghubungi doktor jika mengalami penyakit HFMD?

Ye, anda harus segera ke klinik atau hopsital untuk pemeriksaan oleh doktor.

credit info: #NegeriReform

Semoga kita dan kanak kanak kecil dijauhkan dari menghidap penyakit HFMD ni aminn :')

You May Also Like

7 comments

  1. Anak buah akak baru je sembuh dari HFMD. Kena masa pergi playground.

    ReplyDelete
  2. Tq info yg berguna dan bermanfaat ni..mmg kena hati2 dah klau kluar rumah skrg ni..

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni risau kalau nak keluar rumah..

    ReplyDelete
  4. Nice sharing Kak!!! ^^ sekarang ni tengah heboh pasal penyakit ni... kat kawasan rumah Hana dah ada seorang kena :')

    ReplyDelete
  5. semoga keluarga kita dijauhkan dari penyakit ni..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p