Total Pageviews

Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat

by - August 27, 2018
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Alkisah haritu.. saya nak try satu produk baru ni - Facial Valet Roll-On Serum. Tertarik sebab sebelum ni tak pernah jumpa lagi serum yang jenis roller. Plus, ianya khusus untuk merawat kulit yang bermasalah dengan jeragat degil. Siap ada kelulusan KKM lagi. Selamat untuk digunakan.
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Then, mak saya yang nampak serum baru di atas meja saya pun apalagi.. tertarik juga nak cuba! Haha. Kebetulan time tu umi baru je kehabisan krim malam & tak ada lagi serum dalam koleksinya, lagi la kan.. dah jadi macam berebut dengan saya pun ada juga. Saya nak try, umi pun nak try sama.

Tapi keadaan jadi tenteram semula selepas tahu kekerapan pemakaian serum tersebut. Pheww lega tak payah berebut haha! Senang. Hanya apply serum di muka 3 kali seminggu sahaja. Selang satu hari, tak boleh pakai setiap hari (contoh: pakai pada hari isnin/rabu/jumaat) & pakai pada waktu malam sahaja, sebelum tidur.

Kenapa tak boleh pakai di siang hari? Kenapa tak boleh pakai setiap hari? Kerana serum ini bertujuan untuk merawat. Bila merawat, kulit haruslah dalam mode berehat dan ada gap masa untuk merawat. Baru lah berkesan.


Facial Valet Roll-On Serum | Khusus untuk Masalah Jeragat

Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Jeragat dengan kebanyakan perempuan memang tak dapat dipisahkan kan? Kadang-kadang pelik.. macam mana laa boleh terbentuk jeragat di wajah kita?

Banyak punca jeragat bermaharajalela di muka.. Antaranya berpunca dari ubat-ubatan, sinar matahari, hormon, keturunan & akibat guna produk yang mempunyai bahan terlarang.

For your information, jeragat ada 3 jenis: jeragat bertompok, jeragat berbintik dan jeragat hyperpigmentation. Haa kat muka ada jenis yang mana satu?

Tapi saya dan umi tak perlu risau dah lah dengan jeragat di muka sebab ada facial valet serum yezzz! Hanya perlu roll-on sahaja pada permukaan jeragat sebelum tidur. Tak payah susah susah picit serum letak di atas tangan kemudian sapu then nanti nak kena basuh tangan pula. Tak perlu. Itu antara kelebihan utama facial valet roll-on. Menyenangkan dan memudahkan. Nak bawa ke mana-mana pun tak susah sebab saiznya yang comel.
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Disebabkan first time guna serum jenis roller, jakun la juga kan haha. 'Rasa' bila pakai tu pun berbeza dengan jenis yang biasa. Apa yang boleh saya katakan.. tekstur serum facial valet ni sangat ringan dan mudah menyerap. Ini kerana molekul bersaiz nano membantu penyerapan hingga ke lapisan kulit ketiga. Kalau guna secara konsisten, kesan boleh dilihat seawal 14 hari!

Lagi satu sebab saya suka facial valet roll-on ni adalah kerana ianya menggunakan bahan semulajadi.

Dua kandungan utama di dalam serum ini:

1. Hibiscus Flower Extract (bunga raya)
- menganjalkan kulit, menegangkan kulit dan melambatkan proses penuaan

2. Advance AHA
- natural acid yang boleh didapati dari citrus fruit seperti lemon. dapat membantu untuk mencerahkan kulit
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Malam semalam saya tak pakai, so malam ni saya akan pakai. Haa sebelum pakai tu, jangan lupa baca doa untuk dapat kesembuhan dari masalah jeragat. Aamiin~

Harga bagi 1 FV roller serum: RM99.00. Jika berminat macam saya, boleh beli secara online di official website Facial Valet.

DETAILS FACIAL VALET ROLL-ON SERUM

Facebook, FB: FACIAL VALET
Instagram, IG: FACIALVALET_HQ
Official Website: www.facialvalet.com
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat

You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p