Total Pageviews

TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN

by - August 14, 2018
TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN | Boleh dikatakan status hubungan antara saya dan thesis pada masa degree (ijazah) dahulu adalah love-hate relationship. Kadangkala smooth, kadangkala not going so smoothly. Kadangkala happy bila dapat siapkan beberapa part, tapi kemudian kecewa dan sedih bila kena reject or kena ubah on the spot. Yess I know.. Bagi sesiapa yang dah mengalami pengalaman menulis tesis, mesti boleh relate with that feeling kan? Hahaha.

"Kenapa tak sambung master?" - pertanyaan yang sering ditanyakan kepada saya. Percayalah bahawa salah satu reason nya adalah sebab saya trauma dengan tesis hahaha. Bagi saya ianya sangat sukar eventhough my grade of final year project (with tesis) tak ada lah seteruk mana. Dapat B+. But still, tak dapat A & I think my thesis was not good enough. So, I was traumatized by it until now hahaha funny kan. Yet true.

Okay so.. back to the topic. Of course saya tak layak nak bercakap tentang tip tulis tesis ABSOLUTELY. Thats why I'm just sharing the Facebook post yang saya terjumpa semalam bertajuk "Tips Menulis Tesis 4 bulan". Written by someone yang layak memperkatakan hal tersebut. Since I think it is useful for others especially for students degree, master & PHD, here we are....


Tips Menulis Tesis 4 Bulan

TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN
TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN | image by Masilah

Alhamdulillah akhirnya fasa penulisan tesis master saya sudah sampai kegarisan penamat, semoga ada rezeki lagi untuk membuat kajian ilmiah. Ada beberapa tips yang boleh dikongsikan untuk semua khususnya pelajar yang single dan full time study. Kalau yang dah berkeluarga mungkin mempunyai cara yang berbeza mengikut kesesuaian dengan status masing-masing.

Saya mengambil mode mixmode iaitu kena ambil 10 subjek+ tesis (249 mukasurat bahasa arab, alhamdulillah masalah bahasa tidak menjadi masalah yang besar sebab saya ambil degree dekat tanah arab). Saya habiskan kelas selama dua sem dan sem ketiga adalah menulis disertasi ataupun tesis.

Antara tips yang saya boleh kongsikan semasa menulis antaranya:

1) Fokus & Matlamat

Menentukan halatuju yang jelas dan fokus dengan matlamat yang kita nak capai. Jangan terlalu melayan sangat konflik dalaman hati, kena selesaikan dengan cepat. Fokus pada realiti.

2) Musyrif (supervisor SV @ penyelia)

Mencari musyrif yang sesuai dengan kita antara faktor yang menjadikan perjalanan kita menggembirakan. Semasa menulis, sampai satu tahap kita pening dengan musyrif kita, hari ni dia cakap macammni, esok macam lain pula, tu tidak termasuk dengan pemeriksa yang lain pula, nak macam lain pula.

Sebenarnya semua itu adalah normal dalam fasa penulisan ini. Apa yang perlu buat? Ikutkan sahaja kehendak dia.

Kalau kita ada pendapat kita sendiri yang berbeza dengan musyrif macammana pula? Kita lontarkan dengan penuh beradab, kalau dia terima alhamdulillah, kalau dia tidak menerima jangan membantah, nanti gagal tesis kot, haha... (kalau tak setuju jugak, tulis buku sendiri yang mengikut corak pemikiran kita, ingat naih buku tak sama dengan tesis).

Tapi alhamdulillah musyrif saya dia menerima pendapat saya bahkan kembangkan lagi idea saya.

3) Perancangan yang terancang

Masa sem pertama saya dah mula fikir tajuk-tajuk yang saya nak buat kajian. Boleh dikatakan juga tajuk sentiasa berubah-ubah mengikut kecenderungan hati.

Bila dah masuk sem dua saya dah nampak nak pilih siapa jadi musyrif saya, jadi saya terus jumpa musyrif bincang dengan musyrif berkenaan tajuk cadangan saya.

Selepas final exam sem dua, saya terus buat khuttoh bahas (proposal). Memang musyrif dia akan tunjukkan jalan yang mana kita tak jelas bukan tolong buatkan ya, hatta proposal sekali pun (hang tak tau, hang habaq hang tak tau, hang jangan berlagak pandai) Itulah fungsinya musyrif. Kena manfaatkan betul-betul!

4) Temujanji dengan musyrif

Kena tetapkan berapa kali nak bincang dengan musyrif pasal tesis dalam sebulan, kalau tak boleh secara berdepan boleh gunakan teknologi. Saya senang nak jumpa sebab saya talaqqi kelas tafsir dan i'rob alquran dengan musyrif setiap minggu, senanglah nak berurusan, lepas kelas bolehlah nak selitkan tesis.

5) Pengurusan masa menulis

Tetapkan masa yang khas setiap hari, letakkan waktu minimum untuk menulis dan membaca. Contoh kalau dah bekerja boleh letak 2-3 jam untuk fokus pada penulisan, ikut kesesuaian masa masing-masing.

Saya full time study saya letak minimum 6 jam fokus (tanpa gangguan gadjet) dalam sehari. Kalau saya nampak punca nak menulis apa, masa saya menulis lagi lama. Waktu memang kena disiplin betul-betul jangan langgar.

Macam mana pula bila lost dalam penulisan? Rasa macam tak boleh bergerak dah, blurr.. Berehat sebentar bersama kit kat haha,.. Ambillah masa dua tiga hari rehat jangan fikir langsung pasal tesis, maksimum seminggu. Tetapi jangan rehat lama sangat, rehat lama-lamalah boleh menyebabkan orang rehat sampai berbulan-bulan, bertahun pun ada.

6) Gangguan gadjet

Kalau nak main gadjet kena ada waktu, contohnya selepas 1@2 jam menulis, waktu rehat tu letakkan berapa minit, ikutlah nak main gadjet ka, game ka, urusan lain, tanam pokok ka, siram pokok, makan ka, lena (tidur) ka. Yang ni kena lagi tegas tentang pengurusan waktu rehat.

7) Pengumpulan maklumat

Saya mendapat maklumat melalui pembacaan yang meluas daripada penulisan orang lain yang berkaitan dengan tajuk kita. Dari situ saya tengok rujukan penulis dan ambil tajuk-tajuk buku yang dirujuk oleh penulis.

Selepas itu saya akan cari buku pdf dekat internet. Baca balik dengan lebih terperinci di dalam buku asal. Musyrif saya bagi salinan buku pdf dalam seribu lebih buah buku, pdf alukah (buku bahasa arab). Buku rujukan Bahasa Arab dan Inggeris sangat banyak dalam iternet yang berbentuk pdf. Kadang-kadang kita pergi perpusatakaan pun, buku yang kita nak tidak ada.

8) Printer

Apabila rujukan kita banyak berbentuk pdf, jadi penggunaan printer menjadi penting. Tajuk-tajuk yang berkaitan dengan tesis, saya print dan baca, boleh tanda, conteng-conteng sikit. Kalau tak print, memang payah sikit nak bersengkang mata membaca dekat laptop dalam masa yang panjang.

9) Hakcipta buku

Buku arab ni selalunya tahun ke lima selepas pencetakan buku, dia dah benarkan buku itu disebarkan dalam apa jua bentuk. Sebab tu mudah kita nak jumpa buku arab berbentuk pdf dalam internet. Saya lebih suka buku pdf berbanding maktabah syamilah.

10) Plagiat

Jauhi plagiat, meniru mengupah orang dalam penulisan. Semua ini adalah jenayah dalam penulisan, kalau kantoi habislah. صدق الله العظيم

11) Proposal kena reject, kena perbetul banyak dalam tesis, musyrif details sangat

Tekanan tu ada, tapi kena tenangkan diri, positif, sentiasa motivasi diri, semakin susah dan mencabar sesuatu perkara itu semakin nikmat kemenangan itu. Cabaran itu satu peluang untuk meningkatkan kemampuan dan kebolehan diri.

Rasulullah bersabda: "Allah sangat mencintai seseorang itu apabila dia melakukan sesuatu perbuatan, dia melakukan dengan itqan (bersungguh-sungguh, profesional)".

Akhir sekali fasa ini juga mengajarkan kita tentang kehidupan, bukan sekadar ijazah sarjana, tetapi membentuk kita menjadi seseorang. Apabila masuk bidang kajian, baru kita nampak ilmu tu sangat luas dan kita ni sangat kecil.

Setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman saya yang masih muda dan sedikit dalam fasa penulisan ini, minta maaf tulis panjang sangat. :)

Masilah binti Muhamad
Sarjana Bahasa Arab (pengkhususan linguistik)

Semoga bermanfaat.. Daa~ wassalam!


You May Also Like

3 comments

  1. saya takde rezeki lagi nak masuk degree, tapi baca tips ni jadi takut pulak dengan thesis

    ReplyDelete
  2. Ella pun pernah trauma dengan tesis hehe tapi buat tesis ni best jugak :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p