Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP - sayidahnapisahdotcom Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP
LightBlog

Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP

Siapa yang ber puasa sunat harini? Kita genggg! Alhamdulillahh.. diberi peluang, kesempatan dan kesihatan untuk turut sama puasa sunat tasu'a dengan umat Islam yang lain.

Saya pun bernasib baik kerana umi yang ingatkan bahawa harini adalah 9 Muharram dan disunatkan berpuasa. Kalau tidak, saya pun terlepas.

Tapi kenapa perlu berpuasa harini? Bukankah esok adalah hari Asyura, bukannya harini? Sepatutnya puasa sunat esok je la kan? Apakah kepentingan atau sebab kita disunatkan berpuasa hari ini?

9 Muharram (19 September 2018) - sehari sebelum hari 'Asyura
10 Muharram (20 September 2018) - hari 'Asyura
11 Muharram (21 September 2018) - sehari selepas hari 'Asyura

Untuk menjawab persoalan tersebut, moh kita baca penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Dr. Zulkifli.


Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP

Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP
Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP
Daripada 'Abu Qatadah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Berpuasa pada hari 'Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya." [Riwayat Ibn Majah]

Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan yang hnaya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.

Kesimpulannya..

Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari 'Asyura (10 Muharram) dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.

-Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP
Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP
Haaa sudah jelas?

Maksudnya.. kita tak boleh puasa pada 10 Muharram sahaja. Perlu disertai dengan puasa sunat sehari sebelum atau selepas 10 Muharram.

Seperti contoh.. saya puasa sunat harini (9 Muharram) kemudian puasa sunat Hari Asyura esok (10 Muharram). Settle. Tak perlu puasa dah pada hari lusa (11 Muharram) kerana sudah berpuasa sehari sebelum hari Asyura.

And let's say.. ada orang yang nak puasa sunat esok hari (Asyura) tapi tak sempat dah nak puasa harini. So, orang tu kena puasa sunat pada hari esok & lusa (11 Muharram).

Sebab apa kena puasa sehari sebelum atau sehari selepas hari Asyura? Seperti yang diterangkan tadi.. supaya dielakkan daripada menyamai amalan orang Yahudi.

Adakah puasa sunat 10 Muharram perlu disertai dengan hari selepasnya? - Mufti WP
NIAT PUASA SUNAT HARI ASYURA
Sekiann.. semoga bermanfaat.

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

  1. Kalau nak puasa hatrik sekaligus 9,10,11 Muharram boleh tak? Jadi bid'ah tak?

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Jelas sekarang tentang puasa dalam bulan Muharram..

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p