Total Pageviews

RESEPI MEE GORENG BASAH

by - September 25, 2018
RESEPI MEE GORENG BASAH | Semalam lalu kat wall Facebook resepi mee goreng basah bersama sama dengan picture mi goreng basah yang sudah siap dimasak perghhhhh tergoda sungguh rasa!

Hampir hampir nak request kat umi mee goreng basah torbaekk for dinner semalam tapi memandangkan nasi dan lauk ikan talapia sambal dah siap dimasak, its okay lah. Maklumlahh kan.. kalau tengah lapar, tengok apa apa menu makanan pun semua sedap dan lazat kan. haha.

Tapi fyi, saya dulu dulu memang tak suka mee. Sehinggalah satu masa tu.. ada sekali tu umi masak mee goreng basah (literally basah gilos fuhlamak), yaAllah sedap bangatt! Nikmat sangat! Rasa kicap sos garam semua sebati digaul. Since time tu lah saya jatuh hati pada mee goreng. Lagi lagi jenis yang basah berair gitu. Tiptop! Makan hingga menjilat jari! #over

Ha.. Sesiapa yang tiada idea ataupun nak masak untuk lunch, makan petang or dinner dalam masa yang singkat dan segera.. memang sesuai sangat masak mee goreng ni. Mudah dan sedap. And literally sesuai dihidang almost at ALL occasion/ event. Untuk berbuka puasa, open house (rumah terbuka), picnic (berkelah), jamuan sekolah atau potluck pejabat.. mee goreng is one of the best option to eat/bring! Budak budak, dewasa, orang tua.. ramai yang suka. Senang nak lalu kat tekak hahaha.


RESEPI MEE GORENG BASAH

RESEPI MEE GORENG BASAH
RESEPI MEE GORENG BASAH | credit image: Hafiez Rahman
Bahan-bahan:

Mee kuning 1 bungkus | dibilas dan tos
Sotong 10 ekor | dibersihkan potong dan tos
Fish ball 1 paket | dibersihkan potong dan tos
Sayur sawi jepun 1 ikat | dibersihkan potong dan tos
Tomato 1 biji | dibersihkan dan dibelah enam
Cili kisar 4 sudu besar
Sos cili 5 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Sos ikan 1 sudu besar
Kicap pekat 1 sudu besar
Kicap manis 5 sudu besar
Kicap mee 2 sudu besar
Air putih 1 cawan kecil
Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk:
Cili api 10 biji
Bawang putih 3 ulas

- tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
RESEPI MEE GORENG BASAH
RESEPI MEE GORENG BASAH
Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar
2. Dan tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil
RESEPI MEE GORENG BASAH
RESEPI MEE GORENG BASAH
4. Masak dan kacau kacau bagi sebati... masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.. pastu masukkan mee kuning dan tomato... kacau-kacau bagi sebati dan masak.. siap!
RESEPI MEE GORENG BASAH
CARA MEMASAK MEE GORENG BASAH
p/s: masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap kicap tu semua dah cukup.


RESEPI MEE GORENG BASAH
MEE GORENG BASAH SEDIA UNTUK DIHIDANG!
Amacam? Tergoda tak? Meleleh air liur tak tengok kebasahan mee goreng basah di atas ni? Hahaha.

Happy cooking!

Daa~ wassalam! :)

You May Also Like

5 comments

  1. Sedap..2..3 hari lepas kak PC baru masak mee goreng basah...sesekali ok..selalu bahaya...hikhikhik.

    ReplyDelete
  2. kak masih ingat, dulu masa mengandung makan mee kuah kerap dan banyak sangat dalam sehari tu. sampaikan mun*** dah terus alergik mee masa tu. haha. nasib baik lah anti-mee masa time mengandung tu je. haha ^_^

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p