Total Pageviews

Tiba tiba senyap.. ada malaikat lalu ke?

by - September 15, 2018
Terimbau satu kenangan semasa di sekolah dahulu..

Tengah-tengah syok berborak (a.k.a bergosip) dengan kawan-kawan di dalam kelas, tengah-tengah riuh rendah satu kelas bising.. tiba-tiba.

senyap.

diam.

satu saat

dua saat

tiga saat. masih tak berbunyi.

empat saat

lima saat..

zapp! semua serentak bersuara semula. semua berpandangan sesama sendiri. pandangan pelik. Huuiii mana tak pelik? Semua orang tiba tiba boleh pula sehati sejiwa nak tutup mulut dalam masa beberapa saat kan. Boleh pula tiba-tiba semua sepakat nak diam dalam masa yang sama.

Yeap.. Memang lah nothing impossible. Tapi pelik kan? Ke tak pelik? hahaha.

Pernah tak korang mengalaminya?
Tiba tiba senyap.. ada malaikat lalu ke?
Tiba tiba senyap.. ada malaikat lalu ke?
Sebenarnya kejadian tersebut bukan lah selalunya berlaku. Jarang jarang. Tapi bila benda tu berlaku, kelakar pun ada. Buktinya.. selepas moment tiba-tiba diam sekejap tu, mostly semua tergelak. Gelak lah sebab bising bising > diammmm > bising semula. Macam harmoniii je gitu kan haha.

Yang kelakarnya lagi, benda tu pernah berlaku kat rumah sendiri. Suasana yang sama. Feel yang sama.

Tengah syok syok bercerita dengan adik beradik, ipar semua.. tiba-tiba senyap. kau pandang aku, aku pandang kau. sama sama pelik kenapa diam tapi still tak berbunyi. macam ada gam kat mulut.

selepas beberapa saat yang sangat singkat, pap! semua buka suara at the same time. hahaha DAEBAKK.

Lepastu umi kata "orang dulu dulu cakap kalau tiba-tiba senyap macam tadi, maksudnya ada malaikat lalu"

Wallahualam. Tapi masa tu kan saya masih budak lagi. So, bila umi cakap macam tu entah kenapa saya tiba-tiba rasa bulu roma meremang. Seram. Cuak. Padahal kalau nak difikirkan balik.. kenapa nak takut pula. bukannya hantu. Malaikat yang lalu. Sepatutnya suka la kan?

Mungkin sebab malaikat tergolong di dalam makhluk ghaib, tak boleh nak nampak dengan mata kasar. sebab tu lah Sayidah versi budak takut kot. hikhik.

Tapi bila dah dewasa ni... Rasa macam dah tak pernah berlaku pula kejadian macam gitu. I don't know why. Atau mungkin saya yang tak perasan.

You May Also Like

6 comments

  1. selalu jadi mcm tu... ada yg main-main cakap, malaikat lalu naik skuter >.<

    tahukah anda! keputihan antara punca bartholin cyst

    ReplyDelete
  2. oh saya pernah dulu zaman skola rendh.....bila dh senyap tu..tiba2 ada sorg badigol memecah keheningan ..boleh lak die jerit..konon nk melawak XD

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. pernah laluinya.. Memang orang tua tua dulu akan cakap macam itu..

    ReplyDelete
  4. semua orang ada kot pengalaman ni. tapi tu la. bila fikir2 balik bila last jadi, tak ingat dah bila (means dah lama sangat tak berlaku).

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p