HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM.. boleh atau tidak? - sayidahnapisahdotcom HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM.. boleh atau tidak?
LightBlog

HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM.. boleh atau tidak?

HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Persoalan "boleh ke tidak kita; orang Islam; mengiringi jenazah bukan Islam ke kawasan perkuburan?" kebiasaannya ditanya oleh mereka yang ada hubungan rapat dengan orang yang bukan Islam seperti ahli keluarga, saudara rapat atau sahabat karib. Yelah kan.. contoh kalau ada kawan rapat atau family members yang bukan beragama Islam meninggal dunia, takkan lah nak biarkan saja? Takkan lah tak tengok langsung muka si mati untuk kali terakhir? Takkan tak pergi iring sekali ke kubur?

Rasanya dulu pernah ada isu panas artis/ selebriti/ orang Melayu Islam iring keranda orang bukan Islam hingga ke kubur. Tapi tak sure siapa. Then, ada yang kata tak boleh dan tak dibenarkan kerana mereka bukan Islam. Ada yang kata boleh sebab tujuan hanya untuk menghormati si mati; bukannya turut sama meratapi dan membuat sesuatu yang boleh 'keluar' dari Islam.

So... apakah jawapan yang sebenarnya? Apakah pendapat dan final answer yang diberikan oleh para alim ulama? Boleh atau tidak mengiringi jenazah bukan Islam & menziarahi kubur mereka?


HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM.. boleh atau tidak? - MUFTI WP

HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM.. boleh atau tidak?
HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM.. boleh atau tidak? | gambar hanya sekadar hiasan | credit Google
Para ulama' telah berselisih pendapat di dalam isu ini.

Zahirnya, ada yang membenarkannya dan ada juga yang menegahnya.

Pendapat yang membenarkan:

Imam al-Syafi'e Rahimahullah di dalam Mukhtasar al-Muzani mengatakan dibolehkan bagi seorang Muslim untuk mengiringi jenazah kerabatnya yang kafir dan begitu juga menziarahi kubur mereka.

Pendapat yang tidak membenarkan:

Pendapat mazhab Hanbali yang mana di dalam Syarh al-Muntaha al-Iradat menyebut: "Tidaklah seorang Muslim itu memandikan jenazah orang kafir kerana larangan memberikan muwalah (kesetiaan) kepada mereka kerana di dalamnya terdapat unsur mengagung dan menyucikan mereka. Ianya seperti solat ke atas mereka." Seterusnya disebutkan: "Tidaklah dikafankan mereka, tidak disolatkan mereka dan tidak juga mengiringi jenazah mereka".

KESIMPULAN

Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan:

"Hukumnya adalah dibolehkan berdasarkan kepada hujah yang lebih menepati mazhab Hanafi dan Syafie kerana ianya adalah penyelesaian kepada khilaf secara zahir & nas".
HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM.. boleh atau tidak?
HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM
Semoga jelas semuanya dengan fatwa di atas!

Toksah ragu ragu dah lepas ni. Sebarkan pada orang ramai supaya tiada lagi was was dan berasa yakin jika mahu mengiringi jenazah ahli keluarga atau kawan rapat yang bukan beragama Islam. Yakin bahawa hukum nya adalah dibenarkan di sisi syarak Islam.

Semoga bermanfaat.

Daa~ wassalam! :)


Post a Comment

5 Comments

  1. Thanks sharing info ni. Update selalu ya :)


    ******


    BISNES SIDE INCOME JERUK CHERATING

    Nak bisnes yang simple? Tak perlu nak remeh-remeh? Produk mudah dijual, ngap-ngap makan!

    Bisnes rendah risiko, modal pun tak tinggi. Jadilah sebahagian dari keluarga bisnes Jeruk Cherating.

    Terdapat pelbagai jenis jeruk buah yang lazat untuk dinikmati antaranya jeruk kedondong, jeruk kelubi, jeruk salak, jeruk betik dan banyak lagi.

    STOKIS DAERAH & AGEN JUALAN SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN

    Info lengkap boleh hubungi wasap.my/601162003969 atau sila ke instagram @jerukcherating

    #JerukCherating

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing sis. Sgt berguna for me as my big family is non muslim

    ReplyDelete
  3. Sangat bermakna. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Baru tahu. Lagipun tak pernah dapat invitation untuk iringi jenazah bukan Muslim. TQ share.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p