Total Pageviews

RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER... EH?

by - November 01, 2018
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER | Biasa dengar resepi ayam buttermilk je kan? Haaa ni saya ada jumpa satu resipi unik dan special sikit.. resepi ayam buttermilk simple tanpa butter.

Aik? Kata ayam buttermilk. Tapi takde butter. Pelik tapi benar... hahaha.


RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER

Ditulis oleh: Huda Idris
(semua gambar di bawah ini kepunyaan beliau)
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
Resepi Ayam Buttermilk Tanpa Butter.. Ada mama kesah takde butter?

Ni bahan-bahan asas nya:

1) Dada ayam yang dah dipotong kecik (ayam dalam gambar ni mama dah gaul dengan rempah kari)
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
2) 2 biji bawang besar
3) 4 ulas bawang putih
5) 1 kiub ayam maggi (brand lain pun boleh)
6) 2 tangkai daun kari
7) Sebiji telur (godak skejap je, tak payah sampai berbuih)
8) 4 senduk tepung gandum (agak-agak ikut kuantiti ayam)
9) 2 keping keju chesdale (sepeket tu ada banyak, ambil 2 keping je sudah)
10) Setengah tin susu cair (brand apa-apa pun ok)
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
NOTA: RESEPI MAMA NI TAK ISI GULA ATAU GARAM WALAUPUN SECUBIT

Cara memasak:

1. Ayam yang dah gaul dengan rempah tadi celup dalam telur dan salutkan dengan tepung gandum. Salutkan rata semua bahagian. Pastu goreng la dengan api sederhana.

2. Hasil gorengan. Nampak macam ayam kepci tak?

3. Ok. Dah boleh mula buat kuahnya.

Disebabkan takde butter dalam esbok, mama guna minyak masak je.

Gorengkan dulu daun kari. Kasi naik bau.
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
4. Masukkan bahan blend (bawang besar + bawang putih + kiub ayam). Gorengkan hingga kekuningan dan naik bau.

5. Kemudian, dah boleh masukkan susu cair. Mama guna setengah tin sebab ayamnya agak banyak.
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
6. Dah menggelegak sikit boleh masukkan 2 keping chesedale tadi. Cheese ni pun bergantung pada kuantiti ayam yang kita guna. Kalau banyak sangat nanti masin sikit kuahnya.
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
7. Dah cair keju boleh la masukkan ayam yang dah digoreng tepung tadi. Gaulkan rata biar semua masak sekata.
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
Siapppppp!
RESEPI AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
AYAM BUTTERMILK SIMPLE TANPA BUTTER
Perghhhh nampak macam marvelouss sangat tu! Dengan cair cair berlemak krim tu.. dengan ayam rangup crispy tu ermmm.. kalau ditambah dengan serbuk cili ala ala ayam uncle bob tu uishhhh. lagi mantop! Terliur pula den hahahaha.

Okay lah. Sesiapa yang nak try resepi simple ayam buttermilk Mama Huda di atas, goodluck! Selamat memasak!

Daa~ wassalam! :)


You May Also Like

3 comments

  1. Ya Allah.. dugaan apakah ini.. dahlah tengah lapar.. hahaha.. rasa cam nak jilat hp..

    ReplyDelete
  2. wahhh boleh try resipi baru tanpa butter ni

    jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p