10 Resepi Simple Telur Ayam, Telur Puyuh Sedap dan Mudah Dimasak! - sayidahnapisahdotcom 10 Resepi Simple Telur Ayam, Telur Puyuh Sedap dan Mudah Dimasak!
LightBlog

10 Resepi Simple Telur Ayam, Telur Puyuh Sedap dan Mudah Dimasak!

10 Resepi Simple Telur Sedap dan Mudah Dimasak | Telur dan saya berpisah tiada. Ehh. Maksud saya.. saya suka sangattt dengan masakan telur hee. Tak kisah lah walaupun sekadar telur dadar atau telur mata kerbau ka, memang favorite! Sedap dimakan dengan nasi putih bersama cili api dan sup walawehhh! Dah macam nasi bajet pula hahaha. Telur bungkus? Telur bistik? Mesti lah lagi sukaaa! Masak kicap pun fuhhh laku keras kalau kat rumah haha. So.. kat bawah ni ada SEPULUH aneka resepi simple telur ayam, telur puyuh yang mudah dan sedap!

Bermacam jenis masakan ada perghhh! Baru lah variety namanya. Kalau nak masak selalu pun tak jemu sebab berbeza rasa dan rupa gitchuw hehhee. Budak budak pun mesti suka!



10 Resepi Simple Telur Ayam, Telur Puyuh Sedap dan Mudah Dimasak!


1. RESEPI TELUR BUNGKUS
resepi telur bungkus mudah dan sedap
RESEPI SIMPLE TELUR BUNGKUS MUDAH DAN SEDAP - BAHAN & CARA MEMASAK
Bahan-bahan:
2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan.

2. RESEPI SAMBAL LADA API TELUR
resepi telur sambal lada api mudah dan sedap
RESEPI SIMPLE SAMBAL LADA API TELUR  MUDAH DAN SEDAP- BAHAN & CARA MEMASAK
Bahan-bahannya:
Telur tu rebus dulu.. then goreng sampai garing.
Cili api.. lada besar.. (cili harus banyak)
2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih blend kasar.
Asam keping 1 keping
1 biji bawang besar dimayang
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Telur yg telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.
2. Goreng bahan-bahan yang diblend kasar
3. Masukkan asam keping
4. Rasakan garam dan gulanya.
5. Masak sampai garing
6. Masukkan bawang besar yang dimayang
7. Campurkn telo yang telah digoreng tadi

~siap untuk dihidangkn~

Resepi ini telah diambil dari FB Nolly Epin‎ melalui perkongsian ke group GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)

3. RESEPI Sambal Tumis Telur Puyuh
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
resepi sambal tumis telur puyuh mudah dan sedap
RESEPI SIMPLE TELUR PUYUH MASAK SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan:
24 biji telur puyuh ~ rebus & kopek kulitnya
1 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus campur dengan sikit air
2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar/ tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

Cara menyediakan:

1. Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.

2. Masukkan air asam jawa dan tambah garam & gula secukup rasa. Jka suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat. Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu. Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api & hidang.

4. RESEPI Telur Rebus Goreng Masak Merah
resepi telur rebus goreng masak merah mudah dan sedap
RESEPI SIMPLE TELUR REBUS GORENG MASAK MERAH
Bahan-bahan:
5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
1 cawan santan pekat / susu cair
1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sm halia (dikisar)
1 sm lengkuas (dkisar) - optional
1 senduk cili giling (-/+)
1 sudu besar puri tomato / sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap
sedikit sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
2. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.
5. Masukkan telur dan gaulkan.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi.

5. RESEPI Telur Dadar Aneka Rasa
resepi simple telur dadar mudah dan sedap
RESEPI SIMPLE TELUR DADAR MUDAH DAN SEDAP!
Bahan:
5 biji telur
8 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong kecil
4 batang jejari ketam dipotong kecil
1/2 biji tomato dibuang biji, dihiris dan dipotong dadu
sedikit capsicum merah didadu kecil
sedikit capsicum hijau didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sadri dihiris kecil
2 sudu besar fresh milk
segenggam cheese mozarella parut
garam secukupnya

Cara cara memasak:
1. Masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan kacau sebati .
2. Panaskan kuali leper saiz kecil. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan goreng menggunakan minyak yang sedikit agak-agak setengah sudu besar.
3. Sediakan untuk dimakan. Dengan nasi boleh, makan dengan sos pun boleh.

6. RESEPI Sup Telur Dan Kentang
resepi sup telur kentang
RESEPI SIMPLE TELUR SUP KENTANG
Bahan-bahan:

3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam
30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 - 5 biji telur
1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam "Maggi" - sya guna kiub jer
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.

2. Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.

3. Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.

7. RESEPI Telur Gulung (Egg Roll)
resepi telur gulung egg roll mudah dan sedap
RESEPI SIMPLE TELUR GULUNG (EGG ROLL) MUDAH DAN SEDAP!
Bahan-bahan :
4 biji telur
1/2 biji lobak merah
2 helai daun bawang
Garam dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)

Cara Membuat :

1. Pecahkan telur dalam mangkuk
2. Kacau telur hingga kuning telur sebati dengan putih telur
3. Cincang lobak merah dan daun bawang hingga lumat (terpulang pada citarasa nak lumat macam mana)
4. Masukkan lobak dan daun bawang yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur
5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
6. Kacau sebati semua bahan
7. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali non-stick
8. Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali
9. Biarkan hingga bahagian bawah telur masak
10. Hendaklah menggunakan api yang kecil sahaja
11. Setelah bahagian bawah telur masak, gulung sedikit bahagian tepi untuk tapak gulungan
12. Teruskan menggulung telur sehingga selesai
13. Pastikan bahagian atas telur belum kering supaya dapat melekatkan gulungan telur
14. Biarkan telur yang telah siap digulung di dalam kuali kira-kira seminit supaya bahagian dalam telur masak
15. Potong mengikut lebar satu jari ibu

Dah pun siap telur gulung (egg roll) .. yummyyy ...

8. RESEPI Sambal Telur Ikan Bilis
resepi sambal telur ikan bilis
RESEPI SIMPLE TELUR SAMBAL IKAN BILIS MUDAH DAN SEDAP
BAHAN-BAHANNYA :
4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan

BAHAN SAMBAL TUMIS :
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*
(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk lauk lain.

9. RESEPI TELUR MASAK KICAP
resepi simple telur masak kicap
RESEPI SIMPLE TELUR KICAP MUDAH DAN SEDAP!
Bahan-bahan:
4 - 5 biji telur - saya goreng mata kerbau
2 biji bawang besar- di hiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk ajer
1 inci halia - dihiris
sedikit daun sup
kicap manis
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.
3. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.
4. Angkat dan taburkan daun sup.

10. RESEPI Sambal Tumis Telur
resepi telur sambal tumis
RESEPI SIMPLE TELUR MASAK SAMBAL TUMIS MUDAH DAN SEDAP!
Bahan bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng

Cara cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan
4. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.

Moga bermanfaat!

Gambar dan semua resipi di atas bukan hak milik saya. FULL CREDIT to the owner.

Daaa~ wassalam! :)


Post a Comment

7 Comments

  1. telur puyuh mmg feveret mama ni.. wow nanti bolehlah ambil resepi dari sini

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedapnyaa semuaaa. hehe padahal telur je kan. emm sedap. nak cuba la .


    ika datang singgah sini. New entry :) https://ikashoid.blogspot.com/2018/12/buku-murah-sunmag-curve.html

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, boleh cuba lah nanti. Saya tak pernah lagi masukkan fresh milk kalau masak telur dadar.

    ReplyDelete
  4. Cheq suka buat telur onsen, rendam ja teloq ayam tu dalam air panas selama 7 minit, lepas tu pecahkan ke dalam mangkuk dan buh kicap sikit. Perghhhhh 🤤

    ReplyDelete
  5. Resepi sambal lada api telur tu akak tak pernah try lagi. Nanti akak try. Tenkiu KC share resepi ni

    ReplyDelete
  6. Semua nampak sedap! Adoi lapar lah plak huhu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p