Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019 - sayidahnapisahdotcom Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
LightBlog

Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019

Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019 | Dah tahu tentang perlaksanaan sistem baru yang bakal bermula pada tahun 2019? Saya baru tahu tadi. Tu pun sebab kakak sulung saya ada share Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang pemansuhan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap 1 Sekolah Rendah (Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3) di whatsapp. Mungkin kerana kakak saya ada anak-anak yang bersekolah rendah; sorang darjah 2 dan lagi sorang darjah 3 tahun depan. That's why beliau telah dimaklumkan berkaitan perkara ni.
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
Di antara maklumat penting di dalam surat siaran 19 Disember 2018 tersebut:

PEMANSUHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP I (Darjah 1, 2 dan 3) DI SEKOLAH RENDAH KPM MULAI TAHUN 2019


"Surat siaran ini bertujuan memaklumkan Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.

Keputusan pemansuhan amalan peperiksaan pertengah dan akhir tahun bagi murid Tahap I adalah selaras dengan konsep pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid. Hal yang demikian membolehkan memberi lebih fokus kepada tugas mendidik dan menyemai nilai-nilai murid kepada murid.

Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap I yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.

Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
- bercerita
- projek mudah
- permainan
- main peranan
- kuiz

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PBD, maka pihak sekolah hendaklah merancang jadual waktu yang bersesuaian. Guru juga boleh melaksanakan pengajaran secara kolaboratif bagi memastikan PBD yang lebih mennyeronokkan dan bermakna dapat direalisasikan.

Dalam hal ini, KPM juga telah memutuskan supaya program saringan Literasi dan Numerasi (Program LINUS2.0) akan dihentikan mulai tahun 2019. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengenalpasti murid Tahap I yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran 4M."
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan, Akhir Tahun Pelajar Darjah 1, 2, 3 Mulai 2019
So... apa komen anda regarding to this decision?
Setuju atau tidak?
Wajar atau tidak?
Membantu perkembangan murid atau tidak?

Bincangkan! Tibee haha.

From my point of view.. ada pros and cons. Ada baik, ada buruk.

Dari segi kebaikan.. pelajar tidak berasa terlalu tertekan atau stress kerana kemahiran 4M nya tidak akan dinilai hanya melalui satu-satu peperiksaan. Cikgu pun mungkin tak pressure sangat dalam mengajar dan menghabiskan sillibus pembelajaran. Tak ada lah terkejar-kejar dan lebih leisure dalam mengajar. So, murid pun akan rasa lebih enjoy dan lebih 'tangkap' apa yang cikgu ajar di dalam kelas.

Dari segi negatifnya (PROBABLY), murid-murid tahap 1 ini tidak akan ada semangat berdaya saing (competitive) yang kuat kerana tiada peperiksaan. Dan takut juga mereka tidak terlalu berusaha dalam pelajaran dan skill 4M. Iyelah kan. Kind of "no exam. Rileks la". Kalau tak faham, murid rasa tiada dorongan untuk fahamkan sebab tiada peperiksaan yang akan menilai pemahaman mereka. Lagi satu.. takut mereka CULTURE SHOCK bila melangkah ke alam Tahun 4.

Tapi part kesan kureng baik tu hanya pendapat saya. Dan benda tu kemungkinan. Not PASTI berlaku. Ianya boleh dielakkan dengan kerjasama semua - pihak sekolah (pengetua, cikgu) dan di rumah sendiri (ibu ayah, adik beradik).

Fighting!

Semoga bermanfaat!

Daa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

  1. Setuju sangat
    kurang sikit beban tugas guru.

    ReplyDelete
  2. Oh baru tahu pasal ni. Tq share. Huhu. Setuju juga, negatifnya para pelajar kurang bersaing n semangat nak belajar. Yalah kadang2 kita ni belajar betul2 bila exam, tp bila xde exam kdg2 malas belajar. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Hai, terima kasih share pasal ni.. adik saya dah darjah lima.
    saya setuju part kesan negetif tu, maybe boleh buat untuk akhir tahun jer.
    pendapat jugak supaya murid ni tak sambil lewa sangat .

    ReplyDelete
  4. akak ada anak darjah dua tahun depan.. sekolah masih belum kongsi tentang ni..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p