TOTAL PAGEVIEWS BLOG

pintu tandas tiba-tiba terbuka.... [cerita seram (?)]

by - December 25, 2018
Nak buat cerita seram ke malam malam ni? Hmmm.. mungkin pada sesetengah orang, cerita yang saya nak ceritakan ni tak berapa nak seram.. Tapi pada kebanyakan orang, yes.. ianya adalah cerita seram. So, sebenarnya seram ke tak seram ni?

Takpe, baca dulu.. Nilai di akhir cerita nanti.
pintu tandas tiba-tiba terbuka.... [cerita seram (?)]
pintu tandas tiba-tiba terbuka.... [cerita seram (?)] - gambar sekadar hiasan (from Google) 
Pada suatu hari.. di tandas awam..

saya masuk ke salah satu bilik air yang kosong. Oh. Sebelum turn saya, ada orang. Saya pun tunggu la dulu kat luar.

Tunggu punya tunggu.. dan tunggu. Okay.. dia keluar. Then, saya pun masuk lah.

Saya kunci pintu. Tup.

Bila confirm dah kunci pintu, saya pun tunaikan lah 'hajat' untuk membuang.

TIBA-TIBA!

Tak habis lagi lunaskan hajat terpendam, TIBA TIBA!

Pintu bilik air terbuka!

"Eh! Bukan tadi dah kunci ke?" saya pelik.

Saya terkejut gilos! Yela, tiba tiba je terbuka. Mata saya hampir terbeliak pandang ke luar (luar pintu tandas).

Ada orang buka!

Gulp.

Tak hilang lagi perasaan terkejut, baru saya faham apa yang sedang terjadi.

RUPA-RUPANYA SAYA TAK KUNCI DENGAN BETUL TADI!

HAAHAHHAA adoiiii. Lepas tu memang trauma juga la setiap kali masuk tandas. Mesti check betul-betul. Umi siap bagi tips.. kalau nak pastikan pintu dah dikunci atau belum, buka pintu tu selepas dah kunci. Kalau masuk dengan betul, ianya takkan terbuka. Tapi kalau 'missed' atau tersasar, pintu akan terbuka. Haa gitchuw ye cara caranya hahaha.

Itu lah kisahnya. Seram ke tak?

Seram juga lah. Tiba tiba orang buka kan hahaha. Nasib baik orang yang buka pintu tu tak panik dan tak freeze kat situ. Dia terus tutup balik lepas dah tahu dia tersilap (sebenarnya saya yang silap hahaha).

Okay itu sahaja kisah 'seram' yang beri pengajaran pada semua bahawa BERHATI HATI LAH DI TANDAS! Hahhaa. Harusss double triple check 'adakah kunci pintu tandas anda sudah dikunci dengan sebenar-benar kunci atau tidak?!' Lagi-lagi kat tandas public. Heee.

Daaa~ wassalam! :)


You May Also Like

3 comments

  1. hahaha, saya tak jadi baca entry ni semalam sebab dah lewat online semalam, tapi kira seram jugak laaa, huhu

    ReplyDelete
  2. Happens to many individuals, individuals have some slack that is terrible! I was building my mansion and my chest sounds went insane, please help with my homework, I took a gander at it and it was stuck open, and my screen solidified. I took a gander at it once again and it was fine.

    ReplyDelete
  3. Yea the last thing you want to do is become scared it just shows that you’re giving into it. Best thing is pay for research paper to do in this situation is to be strong and know that it can’t hurt you.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p