Total Blog Pageviews

setiap malam 'dia' datang masuk....

by - December 17, 2018
Ni bukan nak tipu, mahupun takut takutkan. Tapi serius. 'Dia' memang datang hampir setiap malam! Yang peliknya, malam je 'dia' datang masuk. Musykil.

Why? 

Kenapa 'dia' kacau saya? Apa salah sayaaa? 

Cuba duduk sini, 'dia' ada. Tempat lain pun 'dia' datang yaAllah! Kadang kadang tu masa selain dari malam pun 'dia' munculkan 'diri'.

Eh ehh lebih pula 'dia' ni!
setiap malam 'dia' datang masuk
setiap malam 'dia' datang masuk
Stress pun ada tau sometimes. Walaupun rasa macam tak berbaloi nak rasa stress dengan benda kecil macam 'dia' tu. Tapi nak juga stress sekejap!

Mana tak nya?

Tengah tengah excited nak minum air bila saya bangun dari tidur, satu dua semut oren ada dalam mug! Bergelimpangan. Eeeiii geeeerrramm lah dengan semut oyen ni. Babap kang!

Saya memang suka bawa masuk mug dalam bilik. Bukan air manis pun. Air mineral putih biasa. Untuk minum la kan. Tapi.. Malam malam pandai pula dia masuk dalam mug, berenang renang ke tepian. Kadang kadang tu lemas mati. Haa tu lah. Nak masuk sangat haha.

Jarang lah saya bangun tidur boleh terus minum dari mug yang saya letak atas meja dalam bilik saya. So terpaksa la buang air tu and then isi air yang baru.

Letak kat meja lagi satu (yang boleh lipat lipat) dalam bilik saya pun sama jugaa. Dia datang jugaaa. Pandai pula dia kannn. Haha sabau jela.

Korang ada idea ke macam mana nak elak semut oren degil ni daripada menerjah masuk ke dalam cawan saya memalam? Heee.

You May Also Like

5 comments

  1. Ciss. Suspens je tau. Hahaha. Letak cawan dalam piring la...pastu letak air dlm piring tu biar dia lemas sebelum berjaya ke destinasinya. Hahaha

    ReplyDelete
  2. huhuu baru rasa nak seram haha

    ReplyDelete
  3. omg sama lah . air masak pun "dia" nak masuk . terbantut nak minum .

    ReplyDelete
  4. kak pip beli racun semut ... tabur2 di lantai dekat tempat dia selalu singgah ...
    racun tu dlm bentuk serbuk ... tapi hanay tahan sehari dua, lama lama dah kena angin
    serbuk tu mcm tak berkesan dah ...

    ReplyDelete
  5. cari punca dari mana semut tu datang. pastu basmi. hahaha... kat rumah aku pun kadang2 ada. masuk dalam jug tempat simpan air terus. sebelum tuang nak minum kena tengok dlu ada semut ke tak.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p