Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH) Fasa Pertama - sayidahnapisahdotcom Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH) Fasa Pertama
LightBlog

Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH) Fasa Pertama

Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH) Fasa Pertama | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okay first of all.. entri CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2019 (BSH) FASA PERTAMA ini adalah untuk guide sesiapa yang layak sahaja ye. Yang tak layak (seperti saya), boleh duduk satt haha. Tunggu 1 Februari 2019 nanti untuk buat permohonan baru BSH 2019. Tapi ada yang tak tahu lagi siapa yang layak? Kategori mana yang tak layak? Boleh baca secara detail di artikel SINI.

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT 2019 BUJANG, BERKAHWIN DAN LAIN-LAIN KATEGORI

1. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.

2. MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.

3. Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.

4. Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

5. Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.


Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH) Fasa Pertama

Memandangkan umi saya layak (termasuk dalam kategori berkahwin dan ada tanggungan), saya pun semak status untuk beliau :)

1. Pergi ke laman web MyBSH https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx

2. Masukkan nombor kad pengenalan MyKad (12 digit). CONTOH: 86XXXXXXXX. Then, klik SEMAK.
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
3. Klik Mohon TAC.
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Then, kita akan terima satu message dari LHDNM. Contoh:

RM0.00 LHDNM: Sulit! Jangan kongsi TAC anda. Log Masuk myBSH. TAC adalah 381251. TAC ini akan tamat pada 20/01/2019 06:03 AM.

4. Ha.. bila dah dapat SMS tu, masukkan 6 nombor TAC di ruang kosong yang disediakan (kalau ikut contoh di atas, no.TAC: 381251). After that, klik HANTAR.
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Done!

Boleh ushar dah status permohonan anda.

Jika dalam proses bayaran, inshaaAllah pada tarikh 28 Januari 2019 nanti, jumlah wang RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Tahniah!
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Cara Semak Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Fasa Pertama (BSH)
Mudah je kan? Simple mimple jewww.

Okay tapi take note ye. Pada sesiapa yang layak untuk fasa pertama.. jangan lupa untuk kemaskini maklumat terkini nanti. Jangan tak update pula. Sebab dalam surat (maklumat bayaran) ada menyebut:

"Walau bagaimanapun, tuan/ puan  juga dikehendaki untuk mengemaskini maklumat terkini dengan mengemukakan Borang Permohonan BSH 2019 secara dalam talian di laman sesawang rasmi BSH 2019 (https://bsh.hasil.gov.my/) atau di mana-mana cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Kegagalan tuan/ puan berbuat demikian berkemungkinan akan menyebabkan tuan/ puan tidak layak untuk menerima pembayaran BSH 2019 bagi fasa seterusnya.

Tempoh permohonan BSH 2019 adalah mulai 01 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi talian bebas tol LHDNM di 1-800-88-2747 atau Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 4565 / 4566."

Macam mana pula nak semak status pembayaran bantuan sara hidup 2019 bujang?


Okay yang bujang macam saya ni, moh le kita berhuhuhu sama sama hahahhaa. Disebabkan kita tak layak untuk fasa pertama bsh 2019 ni, kita goyang kaki dulu lah. Apa syarat untuk layak buat permohonan baru? Mana nak ambil borang? Atau daftar mohon online sahaja? Tunggguuuu. Nanti akan diberitahu kemudian.

Saya sebenarnya saja saja try masukkan no.IC saya untuk Semak tadi. Mana lah tahu kan tiba-tiba boleh masuk.

Tapi hampeh! Dia kata TIADA REKOD. Ciskek! hahaha. Takpela. Sis redho. Sis yang bujang ni akan tunggu 1 Feb nanti untuk apply baru.

Anda pulaa? Tergolong dalam kategori yang layak atau idok? Heee.

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. terima kasih atas info yang berguna ni.

    ReplyDelete
  2. Ok soalan saya. Dlu sya penerima brim. So skrg sya kna apply baru la kan yg bantuan sara hidup ni sbb walaupon hnya tukar nma tp ttp kna apply lain btul x

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends awak tergolong dalam kategori mana.

      - Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang LAYAK menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
      • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
      • Ibu/ bapa tunggal; Janda; Duda; Balu DAN mempunyai tanggungan; atau
      • Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas)

      - Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang TIDAK LAYAK menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
      • Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
      • Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
      • Bujang yang mempunyai tanggungan

      Kalau awak tergolong dalam kategori TAK LAYAK, awak kena apply baru lah.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p