Cerita Seram Pengalaman Jumpa BUNIAN [KISAH BENAR] Part 2 - sayidahnapisahdotcom Cerita Seram Pengalaman Jumpa BUNIAN [KISAH BENAR] Part 2
LightBlog

Cerita Seram Pengalaman Jumpa BUNIAN [KISAH BENAR] Part 2

Cerita Seram Pengalaman Jumpa BUNIAN [KISAH BENAR] Part 2 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa semalam saya dah tulis entri cerita seram pengalaman jumpa bunian PART 1 kan? Bagi sesiapa tak baca lagi.. boleh baca sini dulu:



Okayy.. so malam ni cerita part 2 pula; which is the last part! Dah bersediaaa?

Let's!

Disclaimer: this not my story. not my pengalaman. tapi cerita orang lain ye hahaa.


Cerita Seram Pengalaman Jumpa BUNIAN [KISAH BENAR]

~Part 2~

Oleh: Jaja Rasid

Aku nak mulakan sekarang. Aku tak sabar nak cerita hahaha
Assalammualaikum semua.

Thread pada malam ini adalah Bunian part 2. Kesinambungan daripada thread Bunian part 1 pada tarikh 30/12/2018. Cerita tahun lepas punya tau.

Ada 3 cerita malam ni so pengalaman aku jumpa bunian pun lain version daripada sebelum ni.

Kisah yang aku nak mulakan sekarang adalah kisah percintaan aku dengan Bunian. Love story antara kami. Amboi, kami. Of course lah dia Bunian lelaki. Tetiba hati berbunga. Eh?

Ayah aku anak bongsu dalam family. Dalam keluarga ayah, dia ada 3 orang kakak. Aku nak cerita tentang kakak ketiga ayah.

P/s: Aku guna panggilan babah/ dia boleh kan?

Kakak ketiga babah aku panggil Cikda. Cikda ni satu-satunya anak yang tinggal serumah dengan arwah Tok dan arwah Tokwan. Adik-beradik babah yang lain rumah jauh-jauh jadi Cikda dan family ni yang selalu jaga rumah dan arwah. Sekarang Cikda sekeluarga tinggal rumah tu. Kalau balik kampung mestilah berjumpa dengan family Cikda.

Family Cikda bagi aku unik sebab dorang ada 'kelebihan'. Kelebihan dapat jumpa dengan bunian atas tujuan tertentu.

*Ada yang bersependapat bahawa ini bukan Bunian tapi jin Islam. Wallahualam.

Husband Cikda aku panggil Cik (-). Aku tak nak inform nama. Dia ni abang ipar kepada babah aku lah kan? Cik ni jarang ada dekat rumah. Kuat bertani. Dah tua tapi masih gagah perkasa. Aku suka Cik ni sebab dia suka story mory pasal makhlus halus dan alam ghaib. Istimewa kan?

Cerita yang Cik sampaikan semuanya kisah benar. Dia melaluinya. Bukan setakat jumpa, berbual dan masuk alam lain dengan makhluk halus pun pernah! Boleh scan, ada ilmu telepati jarak jauh juga.

Ya, ramai kata dia gila.

Aku percaya tentang keistimewaan yang dia ada. Istimewa kan subjektif?

Berbalik pada kisah cinta aku dan Bunian, ini kisah antara aku dan Cik. Kisah ni 7 tahun lepas. Tahun SPM. Bunian ajak nikah. Goreng nasi pun terlebih garam ada hati aku nak kahwin.

Aku stay kampung dalam 4-5 hari juga sebab babah aku ada hal di situ. Tempoh 4-5 hari sempatlah aku jumpa Cik. Masa ni lah adegan kisah cinta bermula.

Petang tu family aku ke pekan tapi aku tak ikut. Petang tu juga, Cik baru balik dari suatu tempat. Aku dah pelik.

Pelik lah sebab dia bawa balik suatu tumbuhan dalam karung lepastu dia minta aku sediakan besen berisi air. Apa pula Cik bawa tu!

Aku minta maaf, aku tak ingat langsung nama dia. Nanti aku share kenapa. Cik kata tumbuhan renek tu manusia biasa tak boleh ambil. Ada di kawasan puncak gunung je. Puncak 90 darjah ketinggian.

Aku pun kata 'Cik pergi daki ke ambil semua ni?'

Cik 'Tidak lah atas tu sejuk. Minta tolong Bunian. Dia ada kat luar'

Kat luar = alam lain tapi di kawasan kita.

Aku terkejut tapi aku acah steady.

Cik 'Handsome dia Jaa. Jaa tak nak dia ke. Dia cari calon ni'

Gulp! Kali ni aku kata kat Cik 'Saya tak lawa! Macam mak lampir adalah'

Cik pun cakap 'Tergelak dia tengok Jaa melawak'

Omggggg, he's looking at me?

Aku tak boleh nampak Bunian waktu ni. Aku dapat tengok Cik bersembang dengan Bunian. Seolah-olah Cik tukang translator.

Masa ni aku dapat bau wangi semerbak sekejap. Wangian yang aku pernah hidu masa kat pasar malam tu! Bulu roma naik.

Cik kata lagi. 'Dia dah tak ada masa. Kena buat keputusan. Dia dah jatuh cinta dengan Jaa'

Masha Allah, cepat benar. Aku pun erggh macam mana ni! Aku cakap dekat Cik, kenapa Bunian ni nak aku. Aku tak lawa, tak kaya, tak berakhlak baik pun. Aku nak tahu juga sebab.

Bunian tak pernah ada sebab macam perasaan kita sebagai manusia. Pilih sebab rupa cantik, badan sado ketak-ketak, kaya raya, sebab nak memain-memain.

Kalau dia suka, maka suka lah.

Masa ni aku sangat-sangat goyah. Aku seolah-olah asyik sangat. Angau? Angau tahap nak setuju. Tawaran yang aku dapat sangat lumayan. Aku jadi permaisuri, kaya raya, hidup keluarga aku senang lenang. Apa yang 'tak serupa' tentang version Bunian ni dengan kisah lain..
Aku boleh jumpa keluarga macam biasa, tak gila, muka aku tak bertukar hodoh.

Aku kata dengan Cik, kalau aku tak nak apa jadi?

Cik kata tak ada apa-apa jadi pun cuma tawaran tu ditarik balik lah. Bunian tu sedih sikit lah sebab dah lama dia simpan hasrat nak berkahwin. Dah 300 tahun! Aduh pening kepala.

Masa aku main tarik tali, aku pandang tumbuhan yang Cik letak dalam air, masa ni air tu macam berombak sikit. Macam ada orang goncang-goncang bekas air.

Aku sedih gila. Aku cakap dekat Cik, aku tak setuju. Terus air tu jadi tenang. Dah macam supernatural.

Aku punya lah sedih, aku pandang bekas air, cakap 'Minta maaf sebab tak dapat terima. Saya sayang keluarga'.

Sedih pula masa typing ni. Aku dah terkecewakan hati orang yang berhasrat nak nikah tapi aku sayang lagi keluarga sendiri. Aku takut.

Dalam 30-40 minit je insiden ni berlaku.

Tumbuhan renek tu kegunaannya sebagai ikhtiar pendinding. Rendam dalam air, dan ambil air tapisannya. Air tu ada kegunaannya. Ada dua tiga ayat al Quran yang Cik sebut tapi aku tak ingat.

Sampai sekarang, aku tak ingat nama tumbuhan tu. Padahal aku ambil jurusan tumbuhan. Aku tak ingat dah langsung morphology tumbuhan tu. Bunga macam mana, daun macam mana. Aku tak ingat langsung hatta warna kelopak sekali pun! Memory aku macam dah direset.

Bila paksa ingat, kepala terus sakit berdenyut-denyut.

Kisah kedua aku ke field work time degree dua tahun lepas. Aku pelajar jurusan plant science banyak masuk hutan untuk buat kajian. Hutan mana ada pencawang elektrik! Ada pun, torchlight yang bergantungan. Nak dijadikan kisah, malam tu aku stay up dengan gang aku.

Fieldwork tu ada dua tempat. Satu untuk buat research, satu lagi tempat untuk tidur. Tidur pasang khemah je. Tengah tengah tu memang hutan.

Tempat buat research terletak di satu kawasan khas. Kat sini ada sumber elektrik. Jarak ke dua tempat ni dalam 10 minit, gelap gila.

Gelap gila sampai aku rasa cahaya torchlight masih malap.

Tengah stay up tu, kawan-kawan pun tengah guna mikroskop. Aku masa ni dah tak larat. Aku baring lah kat sudut yang menghadap trekking ke kawasan rehat. Kiri kanan semua memang hutan. So sejuk sangat.

Tengah nak lelap ni, mata layan sendu.. Tiba-tiba aku nampak ada budak lelaki berserban, pakai jubah. Pakaian pelajar tahfiz. Cahaya terang macam cahaya torchlight putih tu. Budak lelaki ni tengah naik trekking. Aku punya menggelabah, aku bangun. Berlari gegar gegar papan.

Kawan aku tanya dah kenapa aku takut sangat ni! Aku cakap tak ada apa-apa.

Aku terus ajak kawan aku untuk ke tempat rehat. Aku masa ni fikir tentang kebersihan je. Aku pergi tandas, hmm kotor. Apa yang aku nampak tadi tu mungkin satu teguran.

Aku dan kawan-kawan bersihkan tandas. Kutip apa-apa yang patut. Aku minta maaf bagi pihak kawan-kawan, harap-harap tak ada sesiapa yang kena 'tegur' atau 'rasuk' gara-gara kotorkan tempat orang. Alhamdulillah, tak ada apa-apa pun berlaku. Ingat, kebersihan kena jaga.

Kisah bunian yang terakhir! Berlaku di matrikulasi.Aku kena tegur dengan jin ular, dan perempuan berpurdah yang berkemungkinan bunian sebab kedegilan aku sendiri heheheheeh. Pelajar kmpp, jangan degil tau. Babap kang.

Kejadian berlalu ketika PSPM semester 2. Aku punyalah letih boleh terlelap sambil duduk. Aku terlelap, masa ni dekat katil. Kekadang mood malas nak study dekat meja sampai, kita angkut segala nota letak kat katil. Nak tukar selera.

Sekali.. nota yang tengok aku hehe.

Pagi tu aku buka mata, entah macam mana spek aku dah patah. Aduh! Lusa dah exam Chemistry. Macam mana aku nak study kalau dah tak ada spek! Aku pun jumpa felo. Minta dia temankan aku beli contact lense untuk kegunaan buat sementara waktu sebab lagi 4-5 hari nak balik Selangor.

Felo setuju untuk temankam aku. Otw ke mall, aku pun bersembang dengan felo. Dalam kereta dia sumpah panas. Aku rasa badan aku hangat macam lepas makan durian. Aku rasa ada something wrong. Badan aku tak sedap.

Sekali buka cerita, punya style felo tu beritahu aku 'Saya lepas makan mangga muda badan saya rasa mencucuk-cucuk. Masa azan je saya meraung sakit dekat tulang belakang, bisa sangat!'

Aku tanya 'Puan minta dekat Pakcik ke atau petik sendiri?' Felo cakap, dia petik sebab ngidam!

Mangga di situ, ada jin jaga. Jin ular. Ada pakcik beritahu aku. Aku percaya sebab tu aku tak ambil. Macam mana aku percaya? Buah mangga besar, bergayut-gayut tapi tak ada orang petik? Sebab student pun takut nak makan!

Lepas je habis paper Chemistry, petang tu aku ada order makanan dekat kedai tomyam depan Kmpp, Batch 2013-2015 mesti tahu Kak matta siapa! Kita nak order makanan, kita wasep kakak tu. Ada runner yang hantarkan makanan tu. Penuh bonet kereta.

Rindunyaaaaaa~

Runner call aku petang tu, dia terpaksa hantar lambat sebab order banyak. Nak dekat maghrib macam tu, abang runner call, turun pickup makanan. Aku nak cepat punya pasal, aku lalu kawasan short cut. Kena redah pokok mangga yang banyak! Pakcik kata, jangan lalu waktu senja.

Aku degil. Mulut lancang masa tu 'peduli apa dengan jin' sambil lalu. Aku excited nak ambil makanan aku.

Dah settle bayar aku pun decide nak lalu tempat yang sama. Masa ni tak azan lagi tau.

Tengah aku berjalan ni, aku terkedu. Statik je aku berdiri.

Aku nampak jelmaan bunian (mungkin Jin Ular) dekat pokok mangga. Jarak dalam 10 langkah daripada tempat aku berdiri. Badan berdiri tapi menyusur ke atas macam ular. Rambut panjang cecah tanah. Mata dia macam ni! Tak ada kelopak, tak ada kening. Hidung tak ada. Dia pandang aku!

Kenapa aku cakap bunian, sebab baju dia macam gaun wedding. What's wrong with my eyes. Tak ada nampak macam sisik, tapi sosok badan bergaun.

Aku menggeletar tahap nak terlepas plastik tomyam. Terkejut. Tengah dia bergerak tu, dia pandang aku. Aku baca lafaz dua kalimah syahadah.

Aku tak pernah kena rasuk, aku tak tahu apa jadinya? Aku ingat lepastu aku mati ke apa sebab kena belit ke apa. Otak jammed, redha kalau itu cara aku meninggal. Tengah lafaz ni, dia bergerak macam ni!
Cerita Seram Pengalaman Jumpa BUNIAN [KISAH BENAR] Part 2
Cerita Seram Pengalaman Jumpa BUNIAN [KISAH BENAR] Part 2 | image: Google
Allah sentiasa selamatkan aku. Azan pun berkumandang, benda tu terus ghaib. Dahan pokok bergoyang sikit. Aku degil! Aku malas nak guna jalan jauh, aku terus kan je langkah melepasi ke pokok mangga tadi. Nak tunjuk berani. Benda tu dah tak ada..

Kisah last untuk Bunian part 2!

Pengalaman ni berlaku di Kmpp juga. Masa tu aku ke koperasi nak beli sagu gula melaka. Aku turun nak dekat maghrib sebab masa ni je tak ramai orang dekat koperasi. Aku tak suka sesak.

Lepas je beli sagu gula melaka, aku duduk jap dekat kerusi.

Duduk jap sebab nak makan sementara tengah sejuk. Makan punya makan, aku pandang sekeliling. Sunyi je. Ramai pelajar balik sempena cuti peristiwa. Aku malas nak balik kalau cuti 2-3 hari. Penat badan dalam bas tak hilang lagi dah kena bertolak ke matrik balik. Uishh rugi.

Dah habis makan dua bekas, aku bangun. Nak balik bilik sebab dah nak bang. Elok je aku bangun, tiba-tiba ada seorang perempuan berjubah putih, kali ni berpurdah. Mata dia bersinar-sinar. Putih lepak dahi. Aku pun cakap 'Awak nak jemaah ke kat surau? Tak ada orang ni'.

Dia melintas sebelah aku, aku tegur lah. Memang manusia. Aku buat eye contact masa bercakap tau tapi dia tak reply apa-apa. Senyap je. Dia terus jalan arah ke surau. Aku pun terkedu. Aihh awatnya tak bercakap. Tak apalah.

Lepas je perempuan berpurdah melintas, haruman melor.

Haruman melor tu memang tak asing lagi bagi aku. Ahh, bunian ni! Aku pun pantas toleh belakang, dia dah tak ada! Hilang.

Laluan berbumbung ke surau tu agak panjang kalau dari koperasi jadi kelibat dia mesti boleh nampak. Andaikata dia manusia, mesti dia tengah berjalan lagi.

Nasihat aku, jangan lah merayau di kala senja. Ada benar kata orang tua, 'waktu nak maghrib ada banyak jin, syaitan berkeliaran'

Sekarang aku percaya..

Post a Comment

4 Comments

  1. menarik kisah yg dia share ni. gaya penceritaan pun menarik. terpaku aku baca artikel ni.

    ReplyDelete
  2. nasib boleh fikir waras lg..tolak lamaran kawen ngn org bunian..

    ReplyDelete
  3. wow mistik betul.. patutlah kan waktu remang senja tu mmg zon merah. patutlah mama pun pengalaman buruk kat war museum tu

    ReplyDelete
  4. Ada teguran juga dalam penceritaan itu.. Setiap apa yang orang tua-tua kata tu mesti ada sebabnya..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p