Susah nak buang air besar? Cuba tips, cara ini.. pasti lawas! - sayidahnapisahdotcom Susah nak buang air besar? Cuba tips, cara ini.. pasti lawas!
LightBlog

Susah nak buang air besar? Cuba tips, cara ini.. pasti lawas!

Susah nak buang air besar? Cuba tips, cara ini.. pasti lawas! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Dah berak harini? Hahaha tiba-tiba tanya soalan cepu cemas kan. Okay next soalan.. bila last berak? hahaha. Aduii cuba guna ayat sopan sikit Sayidah. Ok ok.. straight to the point.. siapa kat sini susah nak buang 'air besar'?

Sukar nak mem'buang' sekali sehari?

Buang air besar hanya sekali seminggu? Sekali tu pun hanya 'sedikit' sahaja yang keluar?


Susah nak buang air besar? Cuba tips, cara ini.. pasti lawas!

Susah nak buang air besar? Cuba tips, cara ini.. pasti lawas!
Susah nak buang air besar? Cuba tips, cara ini.. pasti lawas! | image: Google
Berdasarkan pengalaman saya plus pengalaman orang lain yang sudah terbukti keberhasilan dan keberkesanannya, saya kumpul kumpul.. dan di bawah ini lah tips yang anda boleh cuba.

1. Makan buah-buahan seperti pisang dan betik

Buah untuk senang berak bukan hanya terhad pada buah pisang dan betik sahaja. Buah-buahan yang tinggi serat, zat besi dan vitamin yang bagus untuk pencernaan juga sangat digalakkan untuk makan selalu. Buah untuk senang buang air besar contoh lain nya adalah kiwi, epal, avocado, beri hitam, prun dan buah pear.

2. Makan sayuran hijau banyak banyak sekaligus

Biasa lah kita dengar.. nak lawas makan sayur. Nak senang berak, banyak makan sayur. Tapi! Ada satu info penting yang tertinggal. Sayuran HIJAU. Sayur yang berwarna hijau seperti bayam, brokoli, kangkung, bendi, pis dan salad sangat bagus untuk dimakan so that setiap hari mudah untuk buang air besar.

Pengalaman kawan baik saya sendiri.. beliau dah tak berak dalam masa yang lama (seminggu ke sebulan? saya tak ingat,]. tapi banyak hari) sehingga dia terpaksa pergi hospital. Beliau dah cuba banyak cara tapi semua tak menjadi. Akhirnya, dia makan sayur hijau SATU MANGKUK PENUH sekaligus sehingga habis. Sejurus selepas siap je dia 'melantak' sayur sayur tu, terus pergi tandas. Nak buang air besar! FINALLY!

So, boleh lah tiru cara kawan saya ni jika ada kesulitan dalam membuang air besar atau sembelit.

3. Exercise (senaman)// workout

Yang ni adalah pengalaman saya sendiri. Iye, saya memang bukan jenis yang susah membuang. Tapi.. saya perasan, 'rasa' nak membuang air besar tu cepat je datang kalau bersenam. Kadang-kadang tengah workout such as plank atau bicycle crunch, eh eh rasa nak berak pula. Padahal sebelum tu, takde pula 'tanda-tanda' sakit perut ke apa. Its naturally datang sendiri semasa exercise. Amazing kan?

Kalau nak fikir secara logik, bersenam kan melancarkan peredaran darah dan merenggangkan otot muscle yang tegang.. Ianya membantu sistem penghadaman dan pencernaan lebih baik.

4. Minum coffee (kopi)

Based on my experience, kalau susah nak buang air besar, minum kopi.. confirm lawas lepastu! Kadang-kadang belum habis lagi kopi, dah rasa nak membuang. Kadang-kadang it takes time. Beberapa jam lepas consume coffee, baru rasa nak terberak. Depends orang juga.

5. Urut urut belakang badan dan bahagian pinggang

Contoh la kan.. Kita rasa nak terberak, tapi bila masuk tandas.. Dah duduk atas mangkuk tandas / cangkung.. Eh? Hilang pula 'rasa' nak berak?

Haa amalkan teknik ni.. urut-urut atau tekan di bahagian belakang badan (part bawah). Dan picit picit sikit bahagian pinggang kiri kanan. Plus, letakkan siku di lutut (posisi badan kita ke depan). InshaaAllah 'rasa' berak tu akan datang.

Cuba lah! Tak cuba, tak tahu kan?

Mungkin antara kelima-lima ni anda serasi cara yang no.4. Mungkin cara yang kedua. Bergantung pada masing-masing. So.. cuba je semua tips di atas. Kalau rasa tak jadi, buat cara lain pula.

Kalau semuaaa di atas pun still tak dapat nak membantu proses pem'buang'an? Jumpa lah doktor.

Ataupun.. korang ada tips lain yang berkesan berdasarkan pengalaman sendiri? Share tau di kotak komen di bawah! Kongsikan supaya ramai orang boleh manfaatkan.

Okay itu sahaja. Daaa~ wassalam! :)


Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p