Total Blog Pageviews

Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh

by - May 02, 2019

Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh

Oleh: Haji Muhammad Fitri (bekas pengamal perubatan Islam)



Malam ini cerita yang tok sidang pilih untuk bercerita pada korang kisah "minyak mati bunuh" atau "minyak dagu" atau banyak lagi nama-nama yang orang bagi.
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Seperti biasa segala nama di dalam ini telah aku ubah.

Kepada yang lemah semangat diharap kalian membaca ayatul kursi terlebih dahulu sebelum membaca kisah ini. Semoga feelnya sampai pada kalian.
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Kali ini. Aku minta sangat-sangat korang jangan skip membaca ayatul kursi dan 3 kul. Gara-gara dah ada dah orang yang baca kisah yang aku tulis terkena gangguan tatkala membaca.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#MinyakDagu

Nama pesakit wani (bukan nama sebenar). Bekerja di sektor swasta. Orangnya biasa-biasa sahaja bagi aku. Tapi orang kata dia hijabster. Sekian pengenalan mengenai pesakit.

Dah ada yang tau apa itu minyak mati bunuh? Yang korang panggil minyak dagu?

Apa yang aku nak cerita pada korang ini bukan sekadar minyak pengasih biasa. Tetapi minyak yang ditujukan tujuan sehingga hendak membunuh.
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Minyak mati bunuh ini salah satu cara yang aku tau ialah dari perempuan yang mengandung mati dibunuh atau pengantin perempuan yang baru sahaja berkahwin tidak sampai seminggu mati dibunuh.

Caranya mayat itu dibakar dan mayat itu akan bangkit berdiri.

Minyak akan keluar hasil dari pembakaran mayat tersebut. Minyak tu la dilakukan pemujaan. Dan akan diberikan kepada orang-orang yang berniat menganiaya seseorang. Setiap botol minyak akan ditanda dengan kain merah atau hitam.

Dengan nama ALLAH aku berlindung dengan godaan syaitan yang terkutuk. Dengan rasminya aku mulakan story ni.

Jam menunjukkan tepat 2.35 pagi. Wani tidur berseorangan dalam biliknya dalam rumah sewa dia.

"Wani. Syazwaniiii.." satu suara memanggil-manggil mengganggu tidur Syazwani.

"Siapa pula terjerit-jerit nama aku ni" getus hati wani.

Tuk tuk tuk. Tuk tuk tuk.
Bertalu-talu pintu rumahnya diketuk.

"Ye sekejap. Reti sabar tak!" bentak si wani.

Dia buka pintu rumah. yang dipandang dia hanya ada kotak kecil di depan rumah.

"Woit ika jangan main-main la nak prank aku kunun. Ingat aku takut la!"

Tiada siapa yang menjawab. Sunyi sepi tanpa ada satu bunyi pun kecuali bunyi cengkerik dan unggas-unggas malam.

Hmm wani pun ambil kotak tu dan bawa masuk ke dalam rumah.

Oii pukul 2 setengah woi dia berani amik kotak yang tah siapa yang letak. *memang cari nahas le*

Dia tak buka kotak tu. Takut-takut member rumah dia punya. Oh ye dalam rumah tu dia duduk berdua je dengan ika.

Pagi-pagi tu wani tengah bersiap nak pergi kerja. Si ika tanya. "Pagi tadi yang kau terjerit-jerit panggil aku kenapa? Memang tak le aku nak bangun. Sedap pula tidur semalam."

"Ekh ko ada suruh si man hantar barang dekat kau ke? Aku bawa masuk kotak semalam." kata si wani

"Kotak apa tu wani?"

Dorang buka je bungkusan tu dorang terkejut.

"Untuk mu sayang, apa yang aku lakukan ini hanyalah kerana aku begitu sayang pada kau. Tapi kerana kau tidak pernah sama sekali melayan aku. Ini balasan buat kau. Kalau aku tak dapat kau. Jangan harap orang lain dapat kau..

Terima kasih kerana membuat aku pilih jalan terakhir. Semoga mati kau nanti bersama dengan aku. Terima kasih wani."

Terketar-ketar dorang berdua baca surat dalam kotak tu.

4 bulan selepas kejadian, story dia bersambung dengan pertemuan wani dengan aku. Aku sebenarnya ada kena mengena dengan si wani ni. Ada kena mengena sepupu sepapat belah kelantan. Haa ni aku tak ubah sikit pun ya.

"Leha (mak aku) ambo nok mintok tolong denge demo ni. Bole dok demo rogyat ke anok bongsu demo tu hok panda berubat tu." Pakcik aku cuba basa basi.

"Doh bakpo tu yie, kawe buke nok bagi alase ke demo. Cumo anok bongsu kawe tu sibuk bena leni. Denge kuliahnyo. Denge klinik lagi. Ni la demo ambik nombor ni. Kecek sendiri la denge dio" mak aku tak nak pandai-pandai kalau hal berubat ni.

Aku dapat call bagi tau si wani dalam keadaan terlantar dekat HUSM Kelantan. Jadinya keluarga aku minta aku ikhtiar berubat si wani ni. Jadinya aku pun bawa la kelengkapan untuk dua tiga hari dekat kelantan.

Sampai je sana pakcik aku cerita A-Z apa yang berlaku dekat wani sepanjang tempoh wani sakit dekat KL.

Hari demi hari kesihatan wani semakin merosot. Sampai kurus kering si wani. Selera makan hilang mendadak. Kepala sentiasa sakit seperti ada yang mengoncang kepala wani.

Dan setiap jam 2.35 pagi. Akan ada suara yang memanggil-manggil nama wani. Mula-mula hanya suara tapi bila dah lama-lama muncul pula kelibat lelaki yang datang memanggil wani dan offer:

"Kenapa kau sanggup terima azab ini wani. Terima aku. Aku akan hentikan semua ini hehehehehehe" kata lembaga tu.

"Apa nak jadi. Jadi! Aku tak akan tunduk pada kau! Siapa pun kau. Aku tak akan mengalah dengan kau!!"  Bentak wani.

Hehehehehehhehe..

Makin galak makhluk tu mentertawa nasib wani.

Sampai satu masa keadaan wani semakin teruk. Batuk berpanjangan sehingga segala apa yang wani makan. Dia akan muntah keluar. Dan bukan sekadar makanan yang keluar. Lengkap dengan darah.
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Bila dah keadaan makin teruk. Pak cik aku tak larat nak turun naik KL. Jadi dia bawa wani balik ke kelantan.

Aku pun iyakan aja apa yang pok sedare aku cakap. Ye la tak kan aku nak argue pulak kan. Aku tak terus ke husm.

Kebetulan waktu tu Allahyarham Tok Guru Nik Aziz ada lagi. Aku nak ziarah dia dulu. Aku pergi la dekat kedai lalat (nama tempat ya) jumpa dengan tok guru. Lepas selesai. Aku minta tips untuk bantu saudara aku. Ada la beberapa nasihat yang aku dapat.

Masuk je aku dekat wad si wani aku dah dapat detect aura yang tak best. Pandangan mula bertukar. Suasana hospital yang cerah bertukar kelam. Dan seperti ada amaran buat aku supaya jangan ziarah wani.
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
"Wamaramaita iz ramaita.............."

Aku hembuskan kedepan.

Alhamdulilah suasana kembali pulih seperti asal. Hmm belum sampai ke bilik wani pun dah diuji ni.

Ujian ni seperti membenarkan apa yang pak cik aku cerita dekat aku.

Sampai je dekat bilik wani. Aku tengok wani yang terlantar dekat katil. Hanya mata sahaja digerakkan lihat aku. Wajah sugulnya tak mampu dia sembunyikan.

Aku hanya mengangkat tangan memberikan tanda aku faham apa yang hendak dia sampaikan.

Kenangan-kenangan waktu kecil bermain di fikiran aku sampailah aku rasa diri aku diperhatikan. Aku ingat mak cik aku tengok aku ke apa. Rupa-rupanya ada benda lain yang duk intai aku dari bawah katil.
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Cerita Seram Benar Minyak Dagu/ Minyak Mati Bunuh
Tanpa banyak cakap. Aku pasakkan pagar hikmah untuk mengelakkan gangguan dalam urusan rawatan aku.

Selesai pembukaan. Aku mulakan sesi ruqyah. Belum sempat aku mulakan bacaan alfatihah.

Ada burung-burung gagak yang melanggar tingkap di luar bilik wani. (Bahagian luar)

Mula-mula aku ingatkan kebetulan. Tapi lepas aku amati betul-betul. Burung tu tiada mata. Hanya darah yang mengisi bahagian mata gagak tu.

Ini bukan biasa dah ni. Ni serang balas dari si pelaku ni.

Bila dah mula serangan balas. Aku ikhtiarkan dengan kaedah yang aku pelajari dari guruku di banten. Dipermudahkan dan ada yang ingin berbicara dengan aku.

"Kau tak payah la kacau urusan aku. Aku ni dibayar sahaja. Selagi mana perempuan ni bekeras selagi tu aku akan hantar"

"Jadi tak payah la kau anak muda nak menghalang kerja aku." Dimarah nya aku ikhtiar merawat wani.

"Begini. Yang aku rawat ini adalah darah daging aku sendiri. Kalau kau tak nak berhenti. Aku sendiri isytihar perang dengan seluruh kaum kerabat kamu (maksudnya bomoh tu dengan jin).

Dengan izin ALLAH. Tiada satu kekuasaan makhluk dapat melawannya. Aku berlindung dengan nama ALLAH Yang Maha Aziz (gagah). Dan kepada ALLAH aku meminta pertolongan."

Lepas je aku cakap macam tu. Si wani yang terbaring tadi. Membutang kan mata dia. Jegil tengok aku macam nak baham.

Argh sudah. Diacahnya aku tidak berjaya sekarang dia menggunakan medium tubuh wani untuk menghentikan aku dari merawat wani.

"Bismillah. Bismillah. Bismillah.
Wa iza batshtum, batashtum jabbarin"

Aku bacakan 3 kali.

Lantas aku tepuk dibelakang badan wani. Terjelepuk wani time tu. Aku pun suruh makcik aku merangkap mak wani untuk baringkan balik wani.

Aku habiskan bacaan ruqyah.

Habis je. Aku minta diri untuk keluar dengan pak cik aku. Bagi aku bukan sekadar ruqyah dapat selesaikan rawatan wani ni. Jadi aku kumpulkan bahan-bahan untuk buat mandian untuk wani.

Ramuan (makanan) untuk menambah tenaga.

Waktu mandikan si wani ni. Keluar segala macam benda dari tubuh wani. Miang buloh, lendir-lendir, kesan-kesan dari tanah yang aku yakini itu adalah tanah kubur. Dan timbul satu perkataan siam di belakang leher wani bermaksud "Mati".

Aku tak mandikan wani. yang mandikan konpem la mak dia.

Aku bancuhkan ramuan madu dan beberapa bahan lagi. Bagi wani makan. Elok je lepas makan dah sudah wani bermain tarian pula. Mula-mula tangan bergerak-gerak. Lepas dah badan bergerak-gerak. Aku ambil jalan shortcut sembelih terus. (sembelih yang dalam badan wani)

Aku dah malas dah nak dialog-dialog ni. Memenatkan dan kena bodoh je dengan jin. Genap hari 3 aku merawat wani. Aku buat solat hajat (satu keluarga wani ikut jemaah).

Ketika ini aku minta jika ada lagi yang tidak henti menghantar. Pulangkanlah kembali pada yang berhak.

Tidak sampai seminggu. Wani dapat berita salah seorang kenalan lelaki dia meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.

Arwah ditemui telah meninggal dunia lebih 3 hari dalam rumahnya sendiri.

Ditemui dalam keadaan yang agak menjijikkan. Ketika itu aku suruh wani dan keluarga bersangka baik kemungkinan itu semua adalah kebetulan (aku tak nak panjang-panjangkan cerita tu takut jadi fitnah pula pada arwah).

Alhamdulilah. Wani semakin beransur-ansur pulih. Dan dah mula stop melayan lelaki yang sebarangan di luar sana. Lebih banyak menjaga batas pergaulan. Sebenarnya tidak semudah itu wani dirawat. Tetapi kisah penuhnya akan aku masukkan sekali dalam buku #bilalampurterpadamdengansendiri

Akhir kalam aku nasihatkan diri aku dan kalian di luar sana. Jangan sewenang-wenangnya menerima bungkusan yang tidak tau siapa pengirimnya dan jangan terlalu melayan orang yang tak dikenali. Takut-takut anda tercalit sesuatu.

Andai berlaku. Bukan mudah dirawat.

Semoga kita semua terlindung dari segala bentuk gangguan. Dan semoga kita dikurnia syifa bagi kesakitan-kesakitan yang kita hadapi. Sekian dari aku.

Segala kekurangan aku mohon ampun dan maaf. Jika ada yang nak order madu boleh hubungi aku.


You May Also Like

3 comments

  1. ok tamau baca skrg. this is scary

    ReplyDelete
  2. dah baca. seram tahap gaban!

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya mayat dibuat sebegini oleh org tak bertanggungjawab ygsyirik

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p