TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia | Selamat Hari Guru!

by - May 16, 2019
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia.. Selamat Hari Guru! | Pagi tadi berderu deru mesej whatsapp saya terima. Ingatkan crush message hahaha. Rupa-rupanya ucapan 'Selamat Hari Guru' dari my family. Saya pun eh eh. Ha'ah la harini 16 Mei 2019! Sambutan Hari Guru sedunia!

Walaupun saya bukan lah cikgu sekolah mahupun pensyarah, but still. I am a Math & Addmath tutor. So, kena la tempias sikit hahaha. Happy Teachers Day buat semua cikgu cikgi pensyarah dan tutor around the world! Moga diberkati semuanya Aamiin!

Baru-baru ni saya ada jumpa artikel akhbar Berita Harian yang bertajuk 'Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia: Kajian'.

Tudiaaaaa. Tepuk tangan sikitt buat para guru di Malaysia kesayangan kita ni!
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia
"Bancian Pendidikan global oleh University of Cambridge mendapati guru di Malaysia antara yang paling berdedikasi di dunia dalam memastikan pelajar mencapai kecemerlangan, selain paling menyukai kerjaya mereka.

Bancian Cambridge Assessment International Education (Cambridge International) itu juga mendapati tiga daripada empat guru mengadakan kelas tambahan untuk membantu murid mereka mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan.

Latih tubi menerusi soalan peperiksaan lalu ialah kaedah paling popular dalam kalangan guru di Malaysia untuk membantu pencapaian akademik pelajar."
Selamat Hari Guru
Mesti ada yang pelik kan. Dah kenapa nak buat kajian ni? Suka suka atau ada motif tertentu?

"Kajian itu dilaksanakan untuk menilai guru dan pelajar seluruh dunia. Ianya penting untuk membantu hampir sejuta pelajar di seluruh dunia yang mengikuti program University of Cambridge pada masa depan. "
Selamat Hari Guru
So.. apakah hasil kajian yang mereka dapat dari segi kemahiran guru Malaysia mengajar?

"Secara keseluruhannya, Bancian Pendidikan Global mendapatkan pandangan hampir 20,000 guru dan pelajar seluruh dunia mengenai plebagai topik mencakupi amalan kelas terbaik serta pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Selain itu, penggunaan teknologi dalam podPc, aspirasi pelajar dan motivasi guru yang mendapati semua faktor itu diamalkan oleh pendidik Malaysia".

Conclusionnya.. I'm proud of being one of 'guru Malaysia'! Hahaha tibee.
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru
Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”


(Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)


Daa~ wassalam! :)


You May Also Like

6 comments

  1. there are teachers who are really committed and deserve a lot more than they do. but for me the best teachers i have in life is my parents. but happy teachers day to you sis. ray singgah as usual. klik ads sana sini haha.

    boleh tak kasi link kat ray yg mudah utk ray rujuk pasal google adsense. i'm wondering about a few things. tq

    ReplyDelete
  2. sungguh besar pengorbanan guru.. selamat hari guru buat semua guru-guru di serata dunia

    ReplyDelete
  3. Selamat hari guru! 🧐🤓✨

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p