PENGASAS DNARS MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN DI THAILAND - sayidahnapisahdotcom PENGASAS DNARS MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN DI THAILAND
LightBlog

PENGASAS DNARS MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN DI THAILAND

PENGASAS DNARS MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tadi tengah khusyuk saya sapu sampah di bilik, terdengar berita Astro Awani: "pengasas Dnars Skincare meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Pattani, Thailand". Innalillahiwainnailaihiraji'un~ Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
pengasas dnars skincare kemalangan
pengasas dnars meninggal dunia akibat kemalangan di pattani, Thailand.
Nama pengasas produk kecantikan Dnars kosmetik yang cantik berhijab ini adalah Faziani Rohban.

Kemalangan kereta tersebut terjadi dalam perjalanan untuk menyerahkan duit di sekolah pondok tahfiz di Pattani. Allahu.. Dah lah baru balik dari mengerjakan umrah, meninggal ketika sedang membuat kebaikan. Tambahan pula dalam bulan Ramadan. Subhanallah Allahuakbar. Kematian yang dicemburui. Moga segala amal soleh yang arwah lakukan diterima Allah aamiin. 

Suaminya juga turut terbabit dalam kemalangan jalan raya tersebut.

Sahabat baik arwah iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sempat ditemuramah sebentar tadi melalui panggilan telefon di berita Awani dan berpesan kepada kita supaya jangan meratapi pemergian kak Faziani.

Moga dengan keberkatan bulan mulia ini, moga arwah dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan yang beramal soleh Aamiin Ya Rabbal 'alamin.

Post a Comment

2 Comments

  1. Innalillahiwainnaillahirojiun..semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailahirajiun

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p