Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak - sayidahnapisahdotcom Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak
LightBlog

Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak

Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa den tahu sekarang tengah 'panas' tentang berita Aliff Aziz curang untuk kali KETIGA tapi kita abaikan jelah. Dan doakan moga Aliff Aziz tu beroleh hidayah dan insofff ya Aamiin! Okay tolak ketepi dulu gosip bawang tu hahaha. Kita cerita pasal benda happy (walaupun saya tak dapat. ish). Ramai kakitangan awam yang dah tersengih sengih tu bila dapat tahu bulan Mei ni mereka akan dapat bantuan khas Aidilfitri a.k.a 'saguhati' raya. Bilakah tarikh bonus raya 2019 yang bakal diterima?
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam | image Google
Setakat ni, bonus raya yang sudah diumumkan adalah negeri Perak, Pulau Pinang dan Sarawak. Negeri lain belum announce lagi. Saya dapat tahu pun sebab baru lepas baca (terserempak haha) di akhbar online The Star dan Awani.


CUEPACS harap Tarikh Bayaran Bonus Raya 2019 Diberi Sebelum Aidilfitri


"Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri.

CUEPACS mohon agar setiap penjawat awam diberikan bonus RM1,000, manakala bagi pesara RM500, dan menurutnya bantuan khas itu dijangka membabitkan jumlah lebih RM1bilion.

Sebelum ini hanya mereka yang Gred 41 ke bawah sahaja yang layak dan kali ini tidak mahu ada sekatan, semua Gred 54 ke bawah (seharusnya) layak menerimanya," - Presiden, Datuk Azih Muda.

Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak


PERAK

Bahagian dua bonus raya istimewa untuk penjawat awam di Perak akan dibayar pada 16 Mei 2019.

"I hope the state civil servants will use this bonus for the Aidilfitri preparations." - Ketua Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Under the 2019 Budget for Perak, state civil servants were promised bonus of one month's salary or a minimum of RM2,000, payable in two tranches, the first in December 2018, ahead of the new school year, and the second for Aidilfitri.

PULAU PINANG

Kerajaan Negeri Penang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh bila bayaran bonus raya akan dibuat belum dinyatakan lagi.

SARAWAK

Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak kepada semua penjawat awam negeri itu.

"Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan tahun 2019 sebanyak RM500 kepada penjawat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak termasuk kepada mereka yang masih berkhidmat sebelum atau pada 31 Mei 2019. Bantuan khas kewangan itu turut merangkumi badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri," - Ketua Menteri Srawak

Specific tarikh pembayaran bantuan kewangan tersrbut adalah pada Khamis depan; 23 Mei 2019.
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam | image: Google
Alhamdulillah. Bertambah rezeki raya buat semua yang bakal terima.

Moga bermanfaat!

Daa~ wassalam! :)



Post a Comment

4 Comments

  1. tapi kenot move on la dgn AA. Mengundang kemarahan je bbulan posa ni haha.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/05/book-review-puaka-bundle-by-ayda-arianna.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Harap2 PA persekutuan pun dapatlah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki nak sambut raya

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p