TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Lirik Lagu Benzooloo - Nyalakan ft. Mimifly | lirik Malique mantap!

by - July 18, 2019
Lirik Lagu Benzooloo - Nyalakan feat Mimifly | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dua bulan lepas (April 2019), saya tertarik nak klik satu video lagu kat youtube ni. Lagu Nyalakan Benzooloo feat Mimifly. Yelah, dah asyik lalu kat recommended video kan. Lagi satu.. sebab namanya yang agak unik "Benzooloo" + curious nak tahu kenapa views lagu ni boleh cecah hampir 1 juta pada masa tu padahal penyanyi lagu tu tak ada lah terkenal sangat pun? And then, bila saya first time tengok video muzik dan dengar lagu tu.. dalam hati terdetik "wah rap mantoooppp! boleh tahan juga lirik lagu Benzooloo ni. power". Saya pun ushar lah dekat description, siapa penulis lirik Nyalakan yang best ni?

Siapakah?
lirik lagu benzooloo nyalakan mimifly
lirik lagu benzooloo nyalakan featuring Mimifly
"Lyrics: Malique, Mimifly, Benzooloo"

Rupa-rupanya ada nama Malique kat situ! PATUT LA ADA SOME PART OF LYRICS YANG 'LUAR BIASA' unik dan ada yang tak pernah saya dengar kosa kata nya! kena buka kamus Bahasa Melayu baru faham hahaha.

Kalau sekilas dengar lagu ni sambil hayati lirik dia, memang kita automatik boleh detect which part Malique punya. Penggunaan 'bahasa' lirik Malique fuhhh! Tak pernah mengecewakan!

Btw, Benzoolo & Mimifly pun best juga lirik mereka :)


Nyalakan - Benzooloo ft Mimifly (Official Music Lyric Video)


LIRIK LAGU BENZOOLOO - NYALAKAN FEAT MIMIFLY

(Mimifly)
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Benzooloo)
Terasakan sinaran mentari menyentuh kulit
Adrenalin kelabut janjikan tiada yang sulit
Renjisan kelenjar berfungsi dengan penuh makna
Suntikan darah kembara membara bagai magma

Tuangkan lebih suntingan kalau langsai produksi
Kudus dari penyulingan dan perilaku proaksi
Tapi, bukan cerita tentang osmosis terbalik
Nanti kalian singkat akal bagai tiada lampu trafik

Bertembung laluan yang tengah berkelikir
Berkelit dengan kencang hingga tidak sempat fikir
Gendong kelambu dan lampu satu tepung sagu
Sedia masuk dalam tu dan berlabuh labur lagu

Pengakuan yang disumpah wajib diakhiri
Bukan lagi budak kecil tarik cuping telinga kiri
Cuma lembaga biasa mencari entiti
Berdiri depan kaca tuk menilai kendiri

(Mimifly)
*Chorus
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala
Nyala nyala
Obor itu biar menyala,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Benzooloo)
Lain orang lain cuaca laksana gian ganar
Perit berkata "tidak" tanpa buat orang tergusar
Hanya krusial labur waktu, dalam lubuk kutubkhanah
Agar saat dikerumun mampu laga tutup mata

Kutub mana yang ketara lebih kontras
Wajib tanya sentimen jika belum ada kompas
Tersayat di dalam punca luar tiada parut
Tiada kimia yang cukup unggul buat semua larut

(Mimifly)
Jalan yang mana jalan mana yang harus ku
Pilih kanan atau kiri ku keliru
Rupa macam manusia
oh rupanya serigala kelaparan
Dan aku hanyalah diriku
Dan mereka hanyalah mereka
Demi ilham yang dipinjamkan
Aku teruskan melangkah mewarnakan kegelapan.

(Mimifly)
*Chorus
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala
Nyala nyala
Obor itu biar menyala,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Benzooloo)
Cuba kira berapa berhimpun
Bawah bola disko, kontradiksi bertimbun
Sudah boleh rasa aura sang juara
Kuterapung di udara, didalam bentuk suara

Digegendang telinga, hilang mana mungkin
Itu satu sumpah pasti tidak mungkir
Yakin mampu tembus lubang masa
Dengan medium yang ada senang saja

Gelas separuh kosong siapa tolong tuang?
Kalau malas cari lubang untuk gali peluang
Ruangan waktu diluangkan untuk kamu
Bagi sama rata supaya tidak gaduh

(Mimifly)
*Chorus
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala
Nyala nyala
Obor itu biar menyala,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Mimifly& Benzooloo)
Nyalakan obor kembara,
Nyalakan roh dan nawaitu,
Nyalakan akal dan jiwa,
Nyalakan obor semangat hatimu.

Nyalakan obor kembara,
Nyalakan roh dan nawaitu,
Nyalakan akal dan jiwa,
Nyalakan obor semangat hatimu.

Composer: Malique , Tripdisz
Lyrics: Malique, Mimifly, Benzooloo
Music arrangement : Tripdisz
#Nyalakan #Benzooloo #Mimifly
benzooloo nyalakan mimifly
lirik lagu benzooloo nyalakan ft. Mimifly
KAMUS

Adrenalin: adrenaline (adrenalina, sebetulnya). Adrenalina adalah hormon yang merangsang aliran darah ke otot, yang buat kita rasa nak cabut lari atau terajang orang.

Kelabut: kelam kabut

Magma: lava bawah tanah(sains)

Kudus: suci, bersih, murni

Proaksi: tak ada perkataan 'proaksi' & 'krusial' tu dalam Bahasa Melayu. Yang ada 'proaktif' & 'penting'.

Osmosis: pergerakan cecair pelarut (sains)

Kontradiksi: bertentangan, berlawanan

Ganar: bingung, daripada Bahasa Minang.

Gusar: marah

Krusial: kepincangan

Labur: labur tu laburlah. 'Labur waktu' & 'labur lagu' tak ada maksud lain.

Kutubkhanah: perpustakaan

**semua 'terjemahan' maksud di atas ini saya ambil dari internet**
lirik lagu benzooloo nyalakan mimifly
lirik lagu benzooloo nyalakan feat Mimifly

Harap-harap lepas ni lebih banyak Malique tulis lirik lagu. Sebab lirik dia lain maciammm aura dia hehehe.

Okayy.. Till next time, daaa~ wassalam! :)

You May Also Like

5 comments

  1. power lah lirik dia! Baru tahu kutuhkhanah tu library. Paling suka part ni

    Renjisan kelenjar berfungsi dengan penuh makna
    Suntikan darah kembara membara bagai magma

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan KC.. lirik malique deep sangat..
    Suka perkataan Khutubkhanah tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. selelu mama tak perati lirik dia sebab laju sgt cakap dalam lagu ni hihi.. mujur KC ada tulis kat sini

    ReplyDelete
  4. General Malique yang tulis lirik? hehe. Kalo layan lagu BERADA AMAN RA. try layan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama layan lagu BERADA tu hahaha. dah pernah tulis entri blog dah pun LIRIK LAGU BERADA http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/bestnya-lirik-dan-lagu-aman-ra-berada.html

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p