Tips Survival, Tips Camping (Perkhemahan) di dalam Hutan | Panduan Jika Sesat ! - sayidahnapisahdotcom Tips Survival, Tips Camping (Perkhemahan) di dalam Hutan | Panduan Jika Sesat !
LightBlog

Tips Survival, Tips Camping (Perkhemahan) di dalam Hutan | Panduan Jika Sesat !

Tips Survival | Tips Camping (Perkhemahan) dalam Hutan | Panduan Jika Sesat Masuk Hutan

Ditulis oleh: Faqihah Rahman
(Bacelor Sains Taman & Rekreasi, Fakulti Perhutanan, UPM)


1. Ular tak suka api, tapi dia suka bara.

Sebab ular kan reptilia dan berdarah sejuk. ada masa dia nak "kehangatan" yang sesuai dengan badan dia. so, bara api antara yang dia suka. kalau api, terbakarlah dia.

Sepanjang kem 2 minggu kami guna kayu api untuk masak. lepas selesai masak, kami memang akan matikan semua api dan bara. ketuk-ketuk dulu kayu api biar jadi ketulan-ketulan kecil, kalau kayu masih saiz besar, biar je.

Pastu tarik ke bawah. tempat masak kami tu tinggi sikit daripada tanah. lepas tarik, terus siram dengan air. make sure tak ada yang tertinggal jadi bara sikit pun. risiko untuk haiwan datang tu tinggi.
tips camping perkhemahan dalam hutan
tip survival, tips camping perkhemahan di dalam hutan | image: Google
2.Compass ada 2 jenis.

satu, mirror compass.
dua, orienteering compass.

Kalau masuk hutan, compass tak ada untuk cari kiblat, guna 3 benda ni (jarum, air, lighter/ mancis).

1. panaskan salah satu bahagian jarum.
2. letak dalam air.
3. perhatikan arah bahagian jarum yang kita panaskan.itu arah barat.

Bearing Mekkah dari Malaysia adalah 292°. Kalau ada compass, you guys boleh terus shoot lah bearing tu. tak ada masalah.

3. Kalau berdekatan dengan sungai, perhatikan pokok yang ada lumut.

Pokok berlumut-menunjukkan ke arah timur.
Pokok tidak berlumut-menunjukkan ke arah barat.

Nak buat ni untuk cari kiblat pun boleh. dah tak ada apa sangatkan, compass tak ada, 3 benda tu pun tak ada... so guna yang ni.

Nak hidupkan api, nak guna apa untuk jadi sebagai "fire starter"?

- kayu/ranting kering
- resin dipterocarp
- dahan pelepah kering (isi dalam)
contohnya: pokok bertam (sila google).
- kasut getah.
- kapas

Macam kem haritu, kami majoriti pakai kasut getah. jadi, waktu survival 3 hari 2 malam, kami dibekalkan dengan 5 batang mancis sahaja dan 5cm tiub getah (ye eh?). lupaaa. once benda tu habis, kasut salah seorang daripada kamilah yang jadi mangsa.

4. Bila masuk hutan lama-lama dan nak bawa makanan macam ayam, itik apa semua tu. Ada beberapa cara nak bagi bahan tu tahan lama.

- lumur garam
- salai
- pes asam jawa

Sebelum lumur apa semua tu, pastikan bahan kering dulu. kalau takkk, hurmmm satu hal pula nak kena cari port tandas.

Bila nak makan, you guys nak basuh bahan yang dilumur tu pun boleh, tak nak pun takpe.

5. Ikatan

Yang ni kalau aku taip panjang pun tak bagi kesan apa-apa kot haha. Kena belajar depan-depan atau tengok youtube.

Antara ikatan yang kami guna untuk ikat apa-apa:

- manok (clove hitch) - paling banyak guna.(sebagai pemula ikatan)
- fisherman knot.
- Figure of eight.
- bowline.

6. Ni bahagian kewanitaan sikit.

Kalau yang datang bulan, anda dilarang sama sekali untuk tanam "roti" dalam tanah. Hanya perlu basuh dan simpan dalam plastik dulu.

Cara basuh:

- gali lubang dalam-dalam sikit. sebab nak elak binatang bau. kedalaman tu, lebih kurang 1 jengkal lebih tangan. lagi dalam, lagi okay.

- bila nak basuh, masukkan "roti" dalam lubang dan baru basuh. selagi tak selesai basuh, jangan naikkan "roti". risau air-air yang masih bercampur darah tu jatuh dekat permukaan tanah dan menyebabkan binatang boleh bau.

7. Pemilihan tapak khemah

(i) elakkan kawasan tinggal babi. bukan sebab babi tu, tapi sebab kutu dia (kutu babi).
(ii) minimum 5 meter dari punca air
(iii) kawasan berkhemah lebih tinggi dari kepala air.

Bila sampai tempat tu, tengok dulu pokok-pokok sekeliling. paras mana air boleh naik.

Kalau tak nampak dekat pokok, tengok dekat batu yang besar-besar. kang tengah elok duk membakorrr makanan, tetiba kepala air. mana nak lari oiii?

8. Burung

Dunia burung berbeza daripada manusia.

Burung jantan lagi colourful berbanding betina. sebab jantan dia nak attract burung-burung betina (macam nak ngoratlahhh).

Bagi sarang burung tempua, ada 2 jenis. satu, yang mempunyai 1 lubang. dua, yang ada 2 lubang.

Yang 2 lubang tu sarang untuk burung jantan. sebelah kanan dan kiri ada lubang dan tengah-tengah macam ada jambatan.

Kat situ burung jantan bertenggek sambil duk "phewwiittt" burung betina. lubang satu untuk burung betina sebab dalam lubang tu sebagai tempat letak telur je.

Tahukah anda? jeng jeng jeng~

Kalau dekat hutan tu ada burung, bermaksud hutan tu sihat dan ekosistem dia dalam keadaan baik. Hutan tu lagi sihat kalau ada hornbill (burung enggang).

Kalau boleh, digalakkan bawa wisel. Cara tiup wisel waktu kecemasan, 3 kali, dan sekali tiup tu panjang lebih kurang 3 saat. faham kan? :D

9. Kalau masuk hutan ramai-ramai, waktu malam tu digalakkan ada sentri (berjaga malam).

Buatlah 2 jam, 2-3 orang yang jaga ke.

Kalau ramai yang pergi, buatlah 12am-2am group 1, 2am-4am group 2, 4am-6am group  3. Ni contohlah. tapi pandai-pandailah you guys manage ;)

10. Penggunaan password waktu sentri

Contoh password untuk malam tu "pokok hijau". bila tengah sentri 2-3 orang, pastu jumpa sesape waktu tu, orang nak menyapa tu akan sebut "pokok", dan yang disapa tu akan sambung "hijau".

Kalau kau sapa dia "pokok" tapi tak ada sambungan "hijau", mohon beredar daripada situ secepat mungkin. dan sekiranya kau sapa tapi orang tu tak sambung, pastu orang tu terus tarik kau, jerit "pokok" lagi sekali. kalau tak sambung jugak, mohon reti lepaskan diri sendiri haha.

11. Jika sesat bila masuk hutan?

Kami tak diajar untuk cari satu bearing dan kalau sesat guna bearing tu je. Kami diajar, kalau sesat..

1. boleh ikut je arus sungai
2. pastu pandai survive cari kayu api apa semua, then buat asap untuk bagitahu kita sesat pada orang lain.
3. yang pasal bearing tu, once kita ada compass, kita kena tahu cara macam mana nak cari bearing arah utara dulu. bila dah tahu utara, kita tahulah yang lain.

Moga bermanfaat~! Sharing is caring!

Till next time, daa~ wassalam! :)



Post a Comment

6 Comments

  1. lama dh tak berkhemah.. rasa tak selamat hutan kita. berkumpulan pun mcm2

    ReplyDelete
  2. semoga dilindungi bila berkhemah..

    ReplyDelete
  3. wahh menarik la cara survival ni. sebab tak pernah pun camping lama2 atau ekstrim dalam hutan. so banyak benda baru ni. terima kasih kongsi

    ReplyDelete
  4. Thanks atas info ini...sgt membantu

    ReplyDelete
  5. Sy tak berapa faham point no. 4 tu. Kene lumur garam then salai, then lumur pulak dgn asam jawa?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p