JEREBU: bacaan IPU melebihi 200... apa perlu kita buat? - sayidahnapisahdotcom JEREBU: bacaan IPU melebihi 200... apa perlu kita buat?
LightBlog

JEREBU: bacaan IPU melebihi 200... apa perlu kita buat?

JEREBU: bacaan IPU melebihi 200... apa tindakan kita? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Rindunyaaa blog! Dah lama saya tak 'duduk' sini lama-lama. Dah lama tak menulis. Dah lama tak blogwalking. Segmen/giveaway sahabat blogger pun tak sempat nak join! Huwaaa sorrryyy bangett~ Al-maklumlah den busyyy sejak jadi babysitter ni hahaha. Last update 7 September yang lepas.. uishhh. Tapi Alhamdulillahhhh.. walaupun blog ditinggalkan agak lama, trafik blog masih maintain dan yang paling penting, tidaklah mengalami 'jerebu' seperti di Malaysia ni. Cuaca jerebu makin teruk sekarang ni haaa. Subhanallah.

Sana sini ber'asap', berdebu. Memang tak sihat sungguh kalau duduk lama lama kat luar.
jerebu bacaan ipu lebih 200
jerebu bacaan ipu lebih 200 | image: Sinar Harian
Baru baru ni, saya ada bawa anak buah saya (umur 4 tahun) bermain di taman permainan playground berdekatan rumah. Yelah kan kesian dia asyik terperap dalam rumah haha. Then, malam tu mula dah. Rasa tak 'sedap' badan, selera makan berkurang.

Keesokan harinya, demam. Badan panas!

Pengajarannyaaa.. musim jerebu ni, dinasihatkan supaya jangan bawa budak budak kecil keluar rumah dalam jangka masa yang lama. Sebab budak kan.. tak tahan dia. Mudah kena penyakit orang kata.

Setakat ni, (yang saya tahu lah), bacaan IPU paling tinggi adalah di Sarawak yang hampir 400 dan Penang & Klang hampir mencecah 300! Allahuakbar!

*IPU = Indeks Pencemaran Udara

Selangor, Kuala Lumpur (KL), Putrajaya dan Wilayah Persekutuan (WP) pun IPU dah cecah 200. Saya yang duduk di Negeri Sembilan ni pun terasa jerebu nya. Mana tak nya semalam bacaan IPU lebih 200!

 JEREBU SEKOLAH TUTUP!

PEMAKLUMAN BAGI PENUTUPAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK, KEMAS, TASKA, TADIKA DI WILAYAH PERSEKUTUAN EKORAN KEADAAN BERJEREBU.

"Memandangkan keadaan cuaca berjerebu yang masih lagi berterusan sedang dialami di Negara kita ketika ini yang menunjukkan bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) masih lagi di tahap kategori tidak sihat dan sangat tidak sihat terutama di kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan tren bacaan meningkat dan menurun menunjukkan keadaan ini sangat membimbangkan dari segi faktor kesihatan."
jerebu bacaan ipu lebih 200
jerebu bacaan ipu lebih 200
jerebu bacaan ipu lebih 200
jerebu bacaan ipu kurang dan lebih 200 + hampir 400!

STATUS BACAAN IPU JEREBU DAN MAKSUDNYA

0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak menyihatkan
> 301 Berbahaya

Apa perlu buat dengan keadaan cuaca jerebu persekitaran yang makin buruk ini?

- kurangkan aktiviti di luar rumah, bangunan demi kesihatan kita
- pakai penutup muka (face mask); paling bagus dan sesuai N95 yew
- banyakkan minum air kosong
- basuh muka dan tangan dengan air bersih, sabun selepas melakukan aktiviti luar
- gunakan aircond (penghawa dingin) apabila memandu
- pastikan udara di dalam rumah dan bangunan sentiasa bersih
(kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap/rokok)
jerebu bacaan ipu lebih 200
TINDAKAN SEMASA JEREBU
KENYATAAN MENGENAI POLISI BEKERJA DARI RUMAH KBS BAGI MENGHADAPI KRISIS JEREBU

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan polisi Bekerja Dari Rumah (work from home policy) dalam tempoh jerebu yang semakin teruk. Kementerian akan mengedarkan arahan dalaman bagi memastikan polisi ini dapat dijalankan.

Para pegawai dan staf Kementerian Belia dan Sukan kebanyakannya bertugas di luar dan sudah ramai yang terdedah kepada bahaya jerebu.

Polisi Bekerja dari Rumah ini juga akan berjalan bergantung kepada Indeks Kualiti Udara "API" yang melebihi paras 200.

Para pegawai dan staf juga akan melaksanakan pekeliling ini atas budi bicara Ketua Jabatan yang akan memantau perkembangan kerja dan memastikan kualiti kerja tetap terjaga bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik terus diberikan kepada rakayat.

KBS sedar akan bahaya dan ancaman yang terdedah keapda semua warga KBS. Polisi ini dilaksankana bagi memastikan kualiti hidup warga KBS terus terbela. Polisi ini juga selaras dengan arahan penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang terlibat.

KBS percaya langkah ini adalah satu keperluan dan percaya polisi ini boleh diseragamkan di semua kementerian dan agensi kerajaan yang lain.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
MENTERI BELIA DAN SUKAN
18 SEPTEMBER 2019
polisi bekerja dari rumah syed saddiq
polisi bekerja dari rumah syed saddiq menteri belia dan sukan
Saya dapat maklumat kenyataan Syed Saddiq di atas ni dari akaun twitter beliau. Baru je tadi. Terjumpa. So.. saja nak share di sini. hehehe/

Okay itu sahaja.. ingat kalau nak keluar lama lama pakai face mask!

Jaga kesihatan!

Moga kita semua dilindungi Allah sentiasa aamiin~!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. kawasan ain pun dah start cecah 200. Esok sekolah semua diarah tutup

    ReplyDelete
  2. Kurangkan aktiviti luaran. Dan banyakkan minum air kosong. Insha Allah. Bersama-sama kita doakan Malaysia segera pulih

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p