TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Lirik Lagu Pelukan Angkasa - (SOG) Sekumpulan Orang Gila feat. Shila Amzah

by - September 24, 2019
Lirik Lagu Pelukan Angkasa - Sekumpulan Orang Gila feat. Shila Amzah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tadi tetibe teringin nak dengar lagu Shila Amzah yang lagu berunsur ketuhanan tu. Tapi lupa tajuk apa. So den search lah kat Youtube "shila amzah". Scroll scroll, eh. Ternampak video baru (new) yang baru je di-release 4 days ago; bertajuk 'Sekumpulan Orang Gila - Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) [OST KL Vampires]'. Saya pun HA?! KL Vampires? Sekumpulan orang gila?!

WHAT.IS.THAT?

Gapo dio tu? hahaha.
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
Group SOG - Sekumpulan Orang Gila.. hmm seriouslyy first time saya dengar nama band ni. At first dengar, terkejut! Uittt orang gila mana ni?

Apa yang saya tahu dari ruangan komen youtube.. SOG ni adalah pure Nusantara post hardcore. Identiti band ni pula is more to irama nusantara. But I'm not sure mereka from Indonesia or Malaysia? Rasanya from Malaysia. Sebab bahasa yang mereka guna dalam lirik lagu menggambarkan mereka adalah orang jati Melayu. Pakaian pun baju Melayu.

Kalau salah, maafkan saya yew.
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
Sekumpulan Orang Gila's music video for 'Pelukan Angkasa' featuring Shila Amzah from the soundtrack to 'KL Vampires'.

KL Vampires? KLV? Is it Malay movie? Awat den tak pernah dengar pasal cerita KL Vampire sebelum ni? Aku ketinggalan zaman ke? hahaha.

Bila tengok barisan pelakon dan some scenes of the filem dalam music video OST tu nampak macam best! CGI dia kemahenn hokeyyy! Menarik dan power.

As written at the description, Filem 'KL Vampires' akan berada di pawagam mulai 14 November 2019. Cast - Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafril, Donny Alamsyah, Reen Rahim.


Sekumpulan Orang Gila - Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) [OST KL Vampires] Music Video :


Lirik Lagu Pelukan Angkasa - (SOG) Sekumpulan Orang Gila feat. Shila Amzah


LIRIK PELUKAN ANGKASA

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa, dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa?

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

PELUKAN ANGKASA.
Composed by Nazrin
Lyrics by Fazleena Hishamuddin
Produced by Bert Poncet
Recorded at Alias Studio
Music Video by Cinemaya Studio

#KLVampires #OSTKLVampires #PelukanAngkasa
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
Lirik best! Love it so much! Puitis. Kosa kata Melayu asli. Sedap dengar. Tajuk lagu pun unik.. PELUKAN ANGKASA. gItchuww! Terbaikk lahh penulis lirik Fazleena Hishamuddin!

Rentak muzik lagu pula macam ada vibe ala ala My Chemical Romance sikit kan?

Suara Shila Amzah pula memang 'masuk' dengan vokalis SOG. Lebih lebih lagi part 3 orang bergabung suara. scream. perghhh. Kalau pasang kuat kuat, mahu pecah tingkap, pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas. Eh? hahaha.

Yang sorang tu suara dah macam hard metal dah. Suara serak serak. Rock uuuu!
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
Dah lah background hitam, gaya head-banging kemain, baju semua hitam, lighting pun gelap suram muram seram haha. Maybe nak kena dengan tema vampire. Dark dark gitchuww.

Tapi kagum lah dengan Shila Amzah ni. Semua genre music dia boleh. Dah lah time record video tu dia tengah mengandung.

Ada yang kata time tu dah 9 bulan pregnant. Nampak besar baby bump walaupun pakai baju warna hitam haha.
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
lirik lagu pelukan angksa sog shila amzah
Okayy itu sahaja.

Till next time, daa~ wassalam! :)

You May Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p