TOTAL PAGEVIEWS BLOG

TUKAR CARA DOA! 6 Formula "The Power of Dua"

by - October 18, 2019

TUKAR CARA DOA! "The Power of Dua"


INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa  ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan".

Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku".

FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...".

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia,  maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki".

Selepas ini, latihkan baca doa begini,

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat".

Nampakkan dua perbezaan doa itu?

Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.”

Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.

Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

"Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diri-Mu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku..".

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yang telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

"Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada-Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..".

FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di 'arasy akan turut mengaminkan doa kita..

Satu contoh,

"Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..".
the power of dua
tukar cara doa, formula doa
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Amin.

Sumber: FB inqaz travel&tour HQ

Sometimes, ada doa dalam Al-Quran sendiri.

Antaranya:
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
tukar cara doa formula doa
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

You May Also Like

8 comments

  1. Allah sentiasa mendengar acapkali kita berdoa. Jangan putus berdoa walaupun permintaan kita lambat di makbul. Sabar dan terus berdoa. :)

    ReplyDelete
  2. Betul.Besar peranan doa dalam kehidupan kita..inshaAllah.Ubah cara berdoa dan ubah juga niat serta matlamat berdoakan..moga Allah terima doa-doa kita semua.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..smoga doa kita dimakbulkan.aamiin

    ReplyDelete
  4. semoga doa-doa kita dimakbulka olehNya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. perkongsian yg sgt bermakna.

    ReplyDelete
  6. semoga semua impian dan doa kita semua termakbul =)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p