TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Tips tidur lena malam | Cara dapatkan tidur yang baik & efisien

by - December 29, 2019
Tips tidur lena malam | Cara dapatkan tidur yang baik & efisien | Seperti yang kita semua tahu.. Allah jadikan siang untuk kita mencari rezeki, berkerja dan waktu malam pula untuk kita berehat dan tidur. Tapi ada yang jenis macam saya, kekadang pukul 1 atau 2 pagi baru tidur. Ada pula yang lagha sangat membaca novel, tengok drama korea (ehem), menonton filem best best, jaga anak yang banyak karenah, terpaksa stay up sebab bayi asyik nangis dan sebagainya.

Dulu masa saya study degree di UPM, saya selalu stay up memalam. Buat assignment sampai 2 pagi. Kekadang ada juga tidur lewat bukan sebab ulangkaji ke apa.. tapi sebab lagha baca novel tebal hahahaha. Adehh..

Lepastu bila tidur lambat and bangun awal pagi.. dalam kelas mula lah tersengguk sengguk, mengantuk kahkah. Adoii.. Sengal betul rasa diri ini dulu. Nasib baik perform result. (CGPA 3.65 okay la kan? hahaa).

Okay bukan nak cerita pasal saya kan. Back to the topic!

For those yang susah nak tidur malam for whatever reason atau sukar nak tidur awal sebab mata jenis tak mengantuk selagi belum pukul 1-3 pagi.. this is for you.. sleep hacks!

Tips tidur lena malam | Cara dapatkan tidur yang baik & efisien

Ditulis oleh: Yusri

SLEEP HACKS

Kalau kau:
1) tidur tak pernah cukup
2) sentiasa groggy pagi-pagi
3) tak ada waktu tetap tidur
4) susah nak tidur ...

Then this thread is for you :)
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
Ini adalah benda-benda yang aku belajar tentang tidur dan rasa ianya memberi impak kepada cara aku dapatkan tidur yang efisyen. Terutama selepas dah ada anak-anak kecil.

1. 1.5 Hour Rule

Kalau kau tak boleh tidur 6-8 jam, ikut 1.5 hour rule.

Secara ringkasnya kita akan lalui 4 fasa tidur, dan fasa terakhir ialah "deep sleep".

Nak sampai 4 fasa ni memakan masa 90 min. Habis 90 minit, kita akan masuk cycle seterusnya dan ulang 4 fasa ni balik.
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
Kita jadi groggy kalau tak dapat deep sleep dan kalau kita terjaga waktu sleep cycle kita tak habis lagi. Jadi kalau kau tidur sejam, sleep cycle kau akan terganggu dan kau akan rasa tak puas tidur.

Jadi, tidurlah sama ada 1.5, 3, 4.5, atau 6 jam.

Tidur 1.5 jam lebih baik daripada tidur 2 jam, dan tidur 4.5 jam lebih baik dari tidur 5.5 jam. Dia akan memastikan sleep cycle kau cukup dan kau tak groggy bila bangun.

2. Rutin tidur

Rutin tidur akan trigger hormon tidur kau untuk berfungsi. Masalahnya kita ni selalu tidur takde rutin. Bila-bila nak tidur kita tidur.

Cuba kau set sebelum tidur kau solat sunat, basuh muka, minum teh, baca quran, doa tidur atau apa-apa sahaja rutin yang kau akan ulang-ulang.

So the moment kau buat satu-satu rutin, kau akan trigger badan kau, "weh, masa untuk tidur dah sampai. Segala melatonin sila lah bersiap siaga" maka  bila kau tutup mata, badan kau dah ready untuk shut down.
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
Gambar di atas ialah gambar untuk budak-budak. Berkesan untuk bagi budak-budak mudah tidur.

3. Kopi

Ok ni hack yang aku belajar waktu aku student dulu. Kalau kau nak tidur sebentar (nap), cuba try minum kopi sejurus sebelum tidur.

Kopi akan makan masa 15 minit untuk kick. Jadi kalau kau nap dalam 15 minit, kau akan bangun segar gila. Cuba lah try.
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
Tapi jangan try ni utk tidur malam. Hanya untuk tidur sekejap ya.

4. Pemakanan untuk tidur

Ada beberapa perkara yang boleh trigger badan kau untuk tidur.

Susu panas contohnya boleh galakkan melatonin. Selain tu kau boleh cuba makanan-makanan yang boleh tenangkan kau.

Teh herba (tanpa kafein) pun bagus.

Aku suka mint atau lavender untuk relaxation.
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
5. SHUT DOWN

Untuk memudahkan kau tidur, pastikan kau shut down semua jenis lampu, semua jenis elektronik yang mengeluarkan lampu. Ni aku rasa semua orang dah tahu.

Regardless kau suka ke tak tidur dalam gelap, itu cara terbaik untuk kau tidur.

Jadi sebelum tidur tak payah layan netflix, youtube etc. Tutup segala screen dan shut down betul-betul. Semua tu akan peningkan badan kau sebab dia expect tak ada stimulus sebelum tidur.
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
6. White noise

White noise adalah bunyi latar yang block bunyi-bunyi lain.

Contohnya, bunyi kipas atau bunyi air hujan. Kalau kau notice, bila kau tidur waktu hujan memang best. White noise akan bagi kau rasa tenang dan tenteram.
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
White noise terbaik ialah bacaan zikir dan quran.

Zaman sekarang ni ada white noise dekat youtube. Kau boleh search je white noise dan ada banyak jenis.

Bunyi-bunyi ni akan buat kau tenggelamkan bunyi-bunyi yang akan kacau tidur kau macam bunyi kucing ke, atau bunyi alarm kereta jiran kau.

7. Insomnia

Okay kadang-kadang kau memang tak boleh tidur for some reason. Selain masalah-masalah kesihatan yang kau kena jumpa doktor, aku selalu make sure kalau tak boleh tidur, then aku akan rehat daripada stimuli.
cara dapatkan tidur yang baik
tips tidur lena malam, cara dapatkan tidur yang baik
So kalau lah dah 15 min tak tidur-tidur gak, aku just anggap tu masa untuk aku baring bebas dari stimuli handphone, tv, etc. So guna masa tu untuk tenangkan diri, zikir, tarik nafas dalam-dalam. Tak tidur pun takpe, janji rehat.

Even if kau tak boleh tidur, kau akan rasa energized selepas buat macam tu. Tapi most of the time kau akan tertidur juga sebab kau dah relaxed.

Sekian tips-tips tidur daripada pengalaman peribadi. Aku bukan doktor tapi aku share jela apa aku belajar daripada cubaan-cubaan aku untuk optimumkan tidur aku sendiri.

Selamat malam!

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

You May Also Like

3 comments

  1. Penting sangat untuk tidur yg mencukupi kan 😊

    ReplyDelete
  2. Time ada anak kecik ni malam2 payah nak budget tido sebab bergantung bila budak kecik tu nak tido dan bila dia nak terbangun malam, menyebabkan bangun pagi selalu rasa mcm tak cukup rehat.

    ReplyDelete
  3. tidur pastu bangun dua pertiga mlm utk solat tahajud., aminn

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p