"rogol tu apa dik?".. ini jawapan budak umur 8 tahun! - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Monday, February 10, 2020

"rogol tu apa dik?".. ini jawapan budak umur 8 tahun!

".. jangan budayakan kesalahan berkaitan sex education (Sex ed)"

Ditulis oleh: Akhi Fairuz Al-Jengkai
(twitter: akhifairuz_)

Saya tahu anak muda di twitter ramai tak kahwin lagi, tapi please jangan budayakan kesalahan turun temurun mendidik anak-anak berkaitan pendidikan seks - sex education (sex ed).

Mari saya senaraikan..

1. Memberi nama kiasan kepada kemaluan anak. Ia kesalahan asas yang biasa dilakukan. Masyarakat dulu fikir tak sopan. Ini thread. 

2. Kemaluan lelaki ditukar jadi burung, bebird, belalai, batang dan lain lain.

Kenapa ia akan bawa masalah? Sebab anak-anak akan fikir hal kemaluan ini satu benda rahsia, tak elok dibincangkan secara umum. Elok ajar body part from head to toe, tapi sampai tang kemaluan jadi burung. Nama dia zakar/ penis.

3. Untuk anak perempuan lagilah ditukar jadi sampai lucah.

Pepetlah, bunga, rama-rama, apam, karipap, b***t, dan term lucah yang melampau.

Guna term yang tepat, faraj/vagina. Penukaran pada nama seperti yang disebut di atas akan membuatkan masyarakat jadikan ia bahan lawak. Please respect perempuan.

4. Tak ajar anak apa itu private part.

Anak tak tahu anggota badan mana boleh disentuh dan yang mana tak boleh. Apatah lagi ada orang tua yang jenis suka gurau tarik kemaluan atau cubit bahagian itu. Ini salah!

Jika sentuhan tak selamat berlaku, ajar untuk jerit kuat-kuat, lari dan mengadu. 

5. Suka marah anak bila tanya pasal seks.

Anak tanya awak sebab dia trust awak, wahai mak bapak. Tak kisahlah dia tanya pasal air mani ke, rogol ke, macam mana baby lahir ke, maksud rogol ke apa, wajib jawab guna laras bahasa yang mudah, straight to the point dan terus terang. 

6. Ada parents yang nak cili mulut anak bila tanya pasal benda ni.

Akhirnya, anak akan anggap bukan semua hal boleh ditanya atau dikongsikan pada mak bapak.

Itu pasal jadi mangsa cabul bapak, bapak sedara, abang, cikgu, mudir tahfiz dan lain lain, dia diam je. Takut kena marah & dituduh reka cerita.
pendidikan seks
pendidikan seks / sex education | GAMBAR SEKADAR HIASAN | image Google
7. Selalu anggap perempuan kena cabul atau rogol sebab pakai seksi.

Hello! Bukan sebab pakaian ya. Yang elok bertutup pun kena juga. Kena ubah pemikiran ni.

Yang problem pelaku tu. Bukan mangsa. Mindset salahkan mangsa ni tak boleh ada dah sekarang. 

8. Marah dan maki hamun perempuan buang baby.

Walhal budak-budak yang buang anak ni takut kena belasah mak bapak, orang pulaukan dia, diejek bagai.

Sepatutnya, gadis-gadis ini perlu diberi harapan, dibantu, diberi rawatan. Bukan semua gatal nak mengandung gitu je. Ada yang jadi mangsa rogol, ada yang jadi mangsa sex grooming dari kecil, ada yang kena cabul masa kecil sampai seronok buat benda tu.

Mereka mangsa. Jari jangan cepat sangat menaip mengutuk. Ia tak selesaikan masalah.

Please bantu kawan macam ni dengan call 15999, letak bayi di baby hatch atau cari rumah bimbingan remaja hamil.

9. Mulut jahat sangat cakap gadis hamil luar nikah dosa tak diampunkan, diangkat nikmat sakit bersalin.

Walhal, Tuhan tu Maha Pengampun. Lahirkan anak luar nikah ke apa, Tuhan ampunkan dosa kau. Sama je sakit. Tumpah darah bagai. Ketakutan dia je atasi kesakitan lahirkan anak. 

10. Jangan anggap hal seks anak akan tahu sendiri nanti.
pendidikan seks sex education
pendidikan seks / sex education | GAMBAR SEKADAR HIASAN | image Google
Kena ajar dari anak kecil. Jangan lepas tanggungjawab didik hal ni pada cikgu.

Yang bakal jadi mak bapak nanti, please bersedia dari sekarang. Banyakkan membaca. Cari video yang boleh bantu awak kuasai bab ni. Bukan layan porn je kerja.

Cukup 10 point ni.

Saya perasan post yang lepas ada yang cakap kenapa tuju pada pakcik dan makcik? Mereka di facebook.

1. Saya aktif di fb juga. 2 tahun saya tak berhenti educate parents di sana.

2. Dan ya, awak di twitter pun pakcik dan makcik juga, kepada anak sedara awak.

Wassalam.

"rogol tu apa dik?" .. ini jawapan dari budak umur 8 tahun..!


Kerosakan demi kerosakan. Please mak ayah, janganlah melucah depan anak.

Yang belum kahwin dan ada anak lagi, baca yang thread saya yang ini ya:

Seorang budak darjah 2 menjerit perkataan "ROGOL!!"

Saya pergi kepadanya & bertanya, rogol tu apa dik?

Dia jawab,

"Ada 2 orang. Lelaki & perempuan. Masuk bilik. Lepas tu kunci pintu."

Saya tanya lagi, kemudian?

"Baring atas katil, pastu tanggal baju."

Budak itu gelak.

Budak lelaki lain gelak kemain kuat. 

Jantung saya dah berdebar. Rasa nak nangis dengar jawapan budak umur 8 tahun ni.

Apa yang dia dah tengok? Sudah terjebak dengan porn?

Atau mak bapaknya jenis bangang berjimak depan anak dengan alasan, alah anak aku kecil lagi, tak tahu apa-apa.

Bila anak berkelakuan melucah dengan kawannya, panggil lah mak ayah datang ke sekolah. Tobat nak mengaku.

Bila cikgu keluarkan rakaman audio pengakuan anak, baru tundukkan muka malu.

Jangan rosakkan pemikiran budak-budak please.

Bacalah. Kisah 1.
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
Kisah 2. Baca.
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
Mulut tu private part. Jangan ajar yang bukan-bukan wahai mak bapak.
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
Apalah bo**h sangat parents gini.
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
Innalillah.
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
kisah benar budak sekolah zaman sekarang
Semuanya berkaitan. Kalau mak ayah sendiri tak peduli benda ni, kau tunggulah anak tu jadi apa bila besar nanti.

Anak muda di twitter, tolong sangat jangan ulangi kesilapan parents zaman sekarang.

Kau tu guru pertama pada anak-anak.

Sumber:
@akhifairuz_
#SexEdSpeaker
#DariFbKeTwitter

3 comments:

  1. seram nya zaman skrg ni..semua dah open...Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. kaella sebenarnya kadang2 takut dengan kanak2 yg respon sebegitu. pandai melawak yang tidak sepatutnya menjadi bahan lawakan.

    ReplyDelete
  3. skrg semua ada dihujung jari jeeww., huhuhu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p