Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah & Peguam Syarie? - sayidahnapisahdotcom Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah & Peguam Syarie?
LightBlog

Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah & Peguam Syarie?

Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah & Peguam Syarie Malaysia? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Fuhh pagi pagi dah cerita pasal apa ni Sayidah? Cerita hot viral sensitif isu pembahagian harta uiihh.. I know benda pasal isu Ali Puteh, Aliff Syukri dan isteri Abam, Norhidayah dah agak lama berlalu. Bulan lepas. But, its okay. Sebab tujuan saya buat entri ni bukan lah untuk melaga-lagakan mana-mana pihak, jadi 'batu api', mewujudkan kontroversi, menimbulkan provokasi, buat fitnah mahupun jadi palatao ye. NON NO NO. Saya pun tak nak belahkan mana mana pihak. Saya hanya niat nak share ilmu dan pendapat dari mereka yang lebih arif dalam bidang pembahagian harta, faraid di sisi undang-undang Malaysia & agama Islam di entri ini.

Moga kita mendapat input dan pengajaran.
komen mufti wilayah isu ali puteh aliff syukri isteri abam
komen mufti wilayah, peguam syarie: isu ali puteh aliff syukri isteri abam | credit: Google
Sebelum kita masuk ke apa komen dan nasihat dari Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dengan kes Ali, Aliff & Dayah ni.. saya list kan dulu apa yang Ali Puteh perkatakan dalam video menjawab tuduhan Alif Syukri.

Point Dari Live Penjelasan Penerangan Ali Puteh:

1. Isu hantar anak naik Grab, Ali nafikan dan mengatakan mereka hantar hamzah menaiki myvi ke klinik.

2. Fon (phone) Arwah ali ambil untuk selesaikan kerja-kerja dan hutang-hutang yang masih ada. Sebab selama ni memang ali yang PA dan uruskan kerja arwah.

Sebab selama ni memang Ali yang uruskan kerja arwah so ali nak selesaikan kerja atau hutang arwah. Family tak nak pun fon tu sebab arwah memang dah belikan sorang satu fon untuk adik beradik. Lepas setel semua memang ali nak pulang fon.

3. Kes Myvi dan Vellfire, keluarga arwah ambil kereta sebab Myvi atas nama pakcik, vellfire nama arwah. So ali nak setelkan baki hutang dan tukar ke nama balu arwah.

4. Kes wallet, ali ambik wallet arwah sebab nak ambik bisnes card yang diminta seseorang dari seniman. Tapi time ali dpt wallet, wallet kosong takda cash dan kad Affin serta Maybank dalam wallet tiada. Ali tahu kad apa arwah ada, sebab tu ali pelik dan tanya pada balu arwah. Balu mengaku dia yang pegang kad arwah.

5. Kes hantar anak pergi klinik, yang menghantar sebenarnya ibu arwah dan pojie (driver). Sebab ibu arwah yang dapat detect anak dia demam.

6. Kes dihalau, Ali nafikan dia dihalau sedangkan sebenarnya balu arwah keluar sendiri pada hari keenam walaupun family arwah dah halang sebab masih belum habis iddah.

7. Ali dapat maklumat balu dapat sumbangan orang ramai sebab ada rakan ali beritahu terjmpa no akaun balu disebarkan. Ali trkejut.

Sebab arwah abam dah tinggalkan harta yang cukup untuk balu dan anak survive tapi kenapa masih minta sumbangan orang ramai. Dan jumlah sumbangan pun tiada siapa tahu.

7. Jam-jam arwah bernilai ribuan ringgit gagal dikesan selepas balu keluar dari rumah dan ali masih tak tahu siapa ambil.

Soal kereta, faraid, pembahagian harta semua dah dibincang dengan balu. Dan balu dah faham, tapi lepas ali tengok live alif syukri ali terkejut sebab fakta tak sama. Menyebabkan ali mengamuk, namun ali mintak maaf sebab dia tercarut dan tak dapat kawal emosi bila keluarga dia difitnah.


Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah Persekutuan, Dr.Zul?


Soalan: Salam Dr zul. Mengenai hukum faraid yang heboh diperkatakan sekarang. Apakah bahagian adik beradik & isteri yang kehilangan suami? Bagaimana bahagian untuk anak2 yang ditinggalkn? Urusan family belah suami or family belah isteri? Tq.

Jawapan dari Mufti: Kami yakin pihak keluarga sedang mengusahakan yang terbaik. Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini.

Secara umumnya nasihat saya, bawalah berbincang dengan penuh kasih sayang sebagai satu keluarga.

Q: "kalau saya nak tahu cara pembahagian harta jika yang meninggal tu wanita, kira campur tangan tak?"

A: Boleh dapatkan melalui pakar faraid. Banyak kuliah² faraid di surau, masjid. Ataupun rujuk buku-buku, youtube. Dalam web saya pun saya dah jawab 3-4 soalan isu faraid.
komen mufti wilayah isu ali puteh aliff syukri isteri abam
komen mufti wilayah isu ali puteh aliff syukri isteri abam

Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Peguam Syarie Malaysia?

Ditulis oleh Saidah Zakaria; Peguam Syarie


Cerita macam isteri abam dengan ali puteh ni bukan sikit. In real life, banyak je kes-kes macam tu.

Bila suami/ isteri meninggal, mesti samada keluarga arwah rampas harta, atau isteri atau suami yang masih hidup tu yang bawa lari atau cairkan harta arwah untuk kepentingan sendiri.

Sebenarnya, bila berlaku kematian salah satu pihak suami atau isteri, selesaikan dulu hak arwah melalui harta-harta yang ditinggalkan. Bukannya selesaikan hak waris tu pulak.

Selagi hak arwah belum selesai, tak ada satu pun boleh jadi hak waris.

Apa hak arwah tu?

1. Uruskan Jenazah.

Apa-apa urusan yang berkaitan dengan jenazah semuanya perlu selesaikan dulu. Bukan kumpul harta arwah utk bahagikan pulak.

2. Hutang.

Selesaikan dulu semua hutang-hutang arwah selagi dia ada hutang. Rumah, kereta, credit card, loan, hutang-hutang semua kena settlekan guna wang peninggalan arwah tu dulu. Bukannya main taknak bayar hutang arwah semata-mata sebab takut berkurang nilai korang dalam faraid.

Selagi hutang arwah tak selesai, waris tak ada hak langsung ke atas harta arwah.

3. Hibah/Wasiat.

Kalau arwah dah sediakan hibah/ wasiat semua tu, selesaikan jugak bab tu dulu. Sape dia hibahkan? Bagi siap-siap pada orang yang arwah wasiat/hibahkan tu. Bukan terus faraid.

4. Harta Sepencarian.

Tak ramai orang tau bab ni. Bila pasangan korang meninggal. Korang ada hak untuk file kan harta sepencarian ni dulu di Mahkamah. Dapatkan dulu penentuan hak korang dalam Harta Sepencarian tu. Sebab itu jugak termasuk hak arwah. Dan hak pasangan yang masih hidup.

Biasanya kita akan advice untuk selesaikan dulu pembahagian harta sepencarian ni sebelum Nak Faraid. Ingat. Itu hak arwah ye. Bukan hak waris lagi. Jangan memandai taknak bagi pasangan yang hidup tu hak harta sepencarian dia.

Sebab apa? Sebab hak dia yang ada tu la yang arwah kena tunaikan kalau masih hidup.

Kat mana nak buat harta sepencarian ni? Bukan main bahagi gitu je. Buat di Mahkamah Syariah. Bukan main faraid-faraid je korang tau. Jangan takut pasangan tu buat harta sepencarian nak kaut semua harta.

Bukan eh.

Hakim yang akan tentukan berapa nilai yang munasabah untuk pasangan tu dapat dalam harta sepencarian tu based on sumbangan langsung dan tak langsung dia dalam harta tu mengikut undang-undang. Pengorbanan isteri jaga rumah, suami & anak-anak turut dikira sumbangan tak langsung ye.

Walaupun dia tak contribute sesen pun pada rumah tu. Ingat ye kawan-kawan. Jangan nafikan hak kakak ipar & adik ipar korang.

5. Last sekali ni haa baru Faraidh.

Last sekali ye korang. Faraidh ni pun kena buat di Mahkamah Syariah sebab Faraid ni la yang nak tentukan ahli waris. Berapa bahagian untuk ahli waris.

Contoh kalau arwah meninggalkan seorang isteri, anak lelaki dan ibu kandung yang masih hidup. Adik beradik tak dapat ye. Tak dapat langsung. Jadi jangan lebih sudu dari kuah. Selalunya yang berlaku, mak arwah takde apape sangat pun tapi beradik ni yang lelebih.

TAPI......... kalau dah selesai hutang-hutang dan hibah wasiat tu tadi, kalau semua waris-waris setuju nak bahagi sama rata harta tu, setuju semua, TAK PAYAH ikut nilai faraidh tu pun. Tapi still kena file kan faraid di Mahkamah Syariah untuk urusan-urusan berkaitan formaliti/ prosedur.

Dah selesai dapat perintah Faraidh tu baru la pergi pejabat pusaka ke, High Court ke untuk laksanakan pembahagian. Fahem?

Sebab tu bila berlaku kematian, kena segera uruskan harta peninggalan arwah. BUKAN sebab gila harta tapi sebab, kalau tiba-tiba waris arwah sorang lagi meninggal dalam keadaan harta arwah tak bahagi lagi, kang berlapis-lapis faraidh korang.

Disclaimer: Tweet ni bukan tuju untuk kes isteri abam dan ali. Saya cuma share realiti yang berlaku semasa saya berhadapan dengan kes-kes client saya yang begini di Mahkamah Syariah. Saya share dengan kawan-kawan semua untuk persediaan jika ada berlaku kematian dalam ahli keluarga kita.
komen peguam syarie isu ali puteh aliff syukri isteri abam
komen peguam syarie isu ali puteh aliff syukri isteri abam
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

  1. people no longer want to know about this sbb now we're fighting corona virus.
    these kind of thing is so messed up. semua nak cari perhatian je

    ReplyDelete
  2. banyak procedures.. yang pernah mengalami je faham susahnya bab bab ni bila ada kematian ahli keluarga. makan masa bertahun.. bukan sebulan dua. lagi2 kalau pakat time tu laaa semua ahli tiba2 menjelma hahah..

    ReplyDelete
  3. dah lama x tau pkembangan artis dgn lebih mdalam

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p