BPN Rayuan bila dapat? Tarikh duit masuk untuk Status Lulus Permohonan Baru? ~ sayidahnapisahdotcom BPN Rayuan bila dapat? Tarikh duit masuk untuk Status Lulus Permohonan Baru? ~ sayidahnapisahdotcom

TOTAL PAGEVIEWS BLOG

BPN Rayuan bila dapat? Tarikh duit masuk untuk Status Lulus Permohonan Baru?

by - May 21, 2020

BPN Rayuan bila dapat? Masuk akaun bila untuk Status Lulus Permohonan Baru?


1. Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan adalah DALAM PROSES atau DALAM PROSES RAYUAN?

- Status dalam proses atau dalam proses rayuan adalah merujuk kepada permohonan baharu atau rayuan BPN yang telah diterima dan sedang dalam proses semakan bagi menentukan kelayakan.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020 LDHNM
2. Bilakah kelulusan status permohonan baharu dan rayuan BPN akan dipaparkan?

- Status kelulusan permohonan baharu dan rayuan bpn akan dipaparkan di portal BPN, https://bpn.hasil.gov.my mulai 9 Mei 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
3. Bilakah tarikh pembayaran bagi permohonan baharu dan rayuan BPN yang telah lulus akan dibuat?

- Pembayaran sekaligus akan dibuat:

i) kaedah pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima akan diproses secara berperingkat mulai 15 Mei 2020.

ii) sekiranya paparan di portal bpn menunjukkan tiada akaun atau status pengkreditan adalah gagal kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pemohon perlu membawa MyKad (kad pengenalan) dan nombor siri yang dipaparkan pada maklumat pembayaran di portal BPN. tarikh pembayaran secara tunai akan dimaklumkan kelak.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
4. Bilakah tarikh akhir penerimaan bayaran secara tunai BPN di kaunter BSN boleh dibuat?

- Penerima perlu membuat penunaian di kaunter bsn selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
5. Berdasarkan semakan status permohonan baharu atau rayuan BPN mendapati saya berstatus tidak lulus, apakah yang perlu saya lakukan?

- Semakan kelulusan dikategorikan sebagai TIDAK LULUS berdasarkan beberapa alasan berikut:

i) pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohor
ii) semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ psangan melebihi RM8,000
iii) semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM4,000
iv) semakan mendapati pemohon merupakan pelajar
v) tidak layak kerana pemohon/ pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon geran khas prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
vi) status kahwin dengan maklumat yang sama

Pemohon boleh hadir ke LHDNM dengan mengemukakan dokumen sokongan di kaunter lhdnm atau dengan mengemukakan e-emel ke rayuanbpn@hasil.gov.my mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
6. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus tidak lulus?

- Kelulusan yang dipaparkan di portal BPN adalah berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data agensi kerajaan. Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke kaunter lhdnm atau mengemukakan e-emel ke rayuanbpn@hasil.gov.my mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
7. Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan bpn, adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?

- Tarikh permohonan bpn telah berakhir pada 30 April 2020. Walau bagaimanapun, pemohon boleh hadir mengemukakan dokumen sokongan rayuan dengan hadir ke kaunter LHDNM atau mengemukakan e-emel ke rayuanbpn@hasil.gov.my mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
8. Saya telah lulus permohonan baharu, walau bagaimanapun akaun yang didaftarkan adalah TIDAK AKTIF. Bagaimanakah status bayaran BPN saya?

- Bagi pemohon yang ada melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan baharu atau rayuan bpn, tetapi proses pengkreditan berstatus gagal kredit ke akaun tersebut, tarikh penunaian bagi tuntutan bayaran bpn berkenaan akan dimaklumkan kelak.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
9. Saya berstatus kahwin yang mempunyai pernigaan pemilikan tunggal atau bekerja sendiri, adakah saya layak untuk BPN?

- Kelayakan bpn berasaskan kepada beberapa kriteria. pemohon dipohon agar datang ke kaunter lhdnm antara 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.

Pemohon juga boleh membuat permohonan geran khas prihatin (GKP) melalui portal GKP https://gkp.hasil.gov.my jika perniagaan pemilikan tunggal berkenaan memenuhi kelayakan.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
10. Saya berstatus bujang yang tidak bekerja tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal, adakah saya layak untuk BPN?

- Kelayakan bpn berasaskan kepada beberapa kriteria. pemohon dipohon agar datang ke kaunter lhdnm antara 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.

Pemohon juga boleh membuat permohonan geran khas prihatin (GKP) melalui portal GKP https://gkp.hasil.gov.my jika perniagaan pemilikan tunggal berkenaan memenuhi kelayakan.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
11. Semasa tahun akhir di universiti, saya telah diminta untuk mendaftarkan pernigaan di bawah program 1 pelajar 1 SSM, adakah pendaftaran perniagaan ini memberi kesan kepada kelayakan amaun BPN yang sepatutnya saya terima?

- Pendaftaran perniagaan di bawah PROGRAM 1 PELAJAR 1 SSM tidak akan memberikan kesan kepada kelayakan amount BPN yang layak diterima.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
12. Saya telah lulus bpn dengan amaun yang diterima adalah RM1,000 (bagi yang berkahwin) atau RM500 (bagi yang bujang) sedangkan pendapatan saya layak untuk menerima BPN dengan jumlah RM1,600 atau RM800 kerana saya mempunyai perniagaan. Di manakah saya boleh menyemak rekod pendaftaran perniagaan perniagaan ini?

- Penerima boleh membuat semakan maklumat perniagaan yang disenaraikan atas dirinya atau pasangan melalui hasil care line di talian 03-89111000 atau hubungi (contact) pejabat LHDNM yang berdekatan.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
13. Adakah pemohon yang mempunyai rekod pendaftaran syarikat di SSM akan berstatus tidak layak secara automatik ataupun kelulusan akan berdasarkan rekod pendapatan syarikat berkenaan?

- Kelulusan adalah berdasarkan data daripada agensi yang disenaraikan di dalam soalan lazim status tidak lulus bagi permohonan baharu & rayuan bpn dengan kod alasan 53.

[BOLEH LIHAT SOALAN LAZIM STATUS TIDAK LULUS DENGAN KOD ALASAN 53 TERSEBUT DI VIDEO DI HUJUNG ENTRI INI]
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
14. Mengapakah individu yang tidak lagi bekerja (hilang pekerjaan) dalam tahun 2020 tidak layak menerima BPN?

- Kelulusan adalah berdasarkan data daripada agensi yang disenaraikan di dalam soalan lazim status tidak lulus bagi permohonan baharu & rayuan bpn dengan kod alasan 45 dan 56.

[BOLEH LIHAT SOALAN LAZIM STATUS TIDAK LULUS DENGAN KOD ALASAN 45 DAN 56 TERSEBUT DI VIDEO DI HUJUNG ENTRI INI]
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
15. Mengapakah terdapat permohonan isi rumah yang berpendapatan antara RM4000 - RM8000 tetapi berstatus tidak layak?

- Kelulusan adalah berdasarkan data daripada agensi yang disenaraikan di dalam soalan lazim status tidak lulus bagi permohonan baharu & rayuan bpn dengan kod alasan 45.

[BOLEH LIHAT SOALAN LAZIM STATUS TIDAK LULUS DENGAN KOD ALASAN 45 TERSEBUT DI VIDEO DI HUJUNG ENTRI INI]
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
16. Setelah kelulusan keluar baru saya sedar permohonan adalah menggunakan nombor kad pengenalan yang salah. Adakah saya boleh merayu atau membetulkan maklumat pengenalan diri tersebut?

- Mohon rujuk jawapan bagi soalan 6.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
17. Rayuan saya ditolak atas alasan mempunyai pendapatan melebihi RM8000 sedangkan saya telah kehilangan kerja.

- Pemohon boleh hadir ke LHDNM dengan mengemukakan dokumen berkaitan pemberhentian bekerja dalam tempoh rayuan mulai 11 Mei 2020 - 31 Mei 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
18. Saya adalah pelajar pasca siswazah separuh masa, adakah saya layak menerima BPN?

- Pemohon boleh mengemukakan dokumen mengesahkan yang pemohon telah bekerja bagi dipertimbangkan rayuan berkenaan mulai 11 Mei hingga 31 Mei 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
19. Saya mempunyai pendapatan serupa dengan rakan saya tetapi menerima BPN yang berbeza. kenapa?

- Kelulusan BPN adalah berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data agensi kerajaan. Sekiranya ada kekhilafan, pemohon boleh datang ke cawangan PHDNM atau mengemukakan soalan melalui e-emel ke rayuanbpn@hasil.gov.my mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020 untuk pencerahan.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
20. Saya mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan SSM tetapi tidak aktif. Adakah saya layak menerima BPN?

- Pemohon boleh mengemukakan dokumen bagi mengesahkan perniagaan yang didaftarkan adalah tidak aktif.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
21. Saya mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan SSM tetapi pendapatan saya kurang daripada RM8000 sebulan, kenapa saya tidak layak menerima bpn?

- Pemohon boleh mengemukakan dokumen bagi mengesahkan pendapatan perniagaan yang dijalankan mulai 11 Mei sehingga 31 Mei 2020.
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
soalan lazim bpn rayuan dan permohonan baru 2020
Sumber info dan gambar: LHDNM
(Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia)

[VIDEO] SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PERMOHONAN BAHARU, RAYUAN, STATUS TIDAK LULUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) :


You May Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p