PANDUAN ASAS BELI KERETA IKUT GAJI B40, M40, T20 + HARGA - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, July 29, 2020

PANDUAN ASAS BELI KERETA IKUT GAJI B40, M40, T20 + HARGA

PANDUAN ASAS BELI KERETA IKUT GAJI B40, M40, T20 + HARGA


Panduan asas memilih kereta mengikut kemampuan.


Adakah anda membeli kereta yang anda perlu mengikut gaji, atau menambah pendapatan mengikut kereta yang anda mahu?

KERETA B40

Pendapatan isi rumah bagi golongan B40 adalah RM3,000. Kereta yang sihat bagi keluarga kecil ini adalah yang jimat minyak dan mudah diselenggara.

Bagi kereta baru harga harga kereta yang sesuai adalah RM36,000 kebawah sahaja. Model Axia, Saga dan Bezza 1.0 boleh dibeli pada harga ini.

Jika anak ramai boleh pertimbangkan Alza terpakai yang bawah usia 5 tahun masih baik.
panduan beli kereta ikut gaji dan harga kereta
panduan beli kereta ikut gaji isi rumah B40 dan harga kereta
KERETA M40

Pendapatan isi rumah bagi golongan M40 adalah RM6275. Kereta yang sihat bagi keluarga ini adalah jimat minyak, mudah diselenggara dan selesa.

Bagi kereta baru harga kereta yang sesuai bernilai RM75,300 kebawah sahaja.

Model Exora, Almera, Aruz, Alza, Avanza, Vios, City, Jazz boleh dibeli pada harga ini.
panduan beli kereta ikut gaji dan harga kereta
panduan beli kereta ikut gaji isi rumah M40 dan harga kereta
KERETA T20

Pendapatan isi rumah bagi golongan T20 adalah RM13,148. Kereta yang sihat bagi keluarga ini adalah yang selamat, prestasi tinggi, mewah dan selesa.

Bagi kereta baru harga kereta yang sesuai bernilai RM157,776 kebawah sahaja.

Model X70, Camry, Civic, Santa fe, CRV, HR-V, Accord, Stream, VW golf, dibeli pada harga ini.

Pilihan kereta bagi golongan ini sebenarnya tiada batasan jika melepasi min gaji mereka.
panduan beli kereta ikut gaji dan harga kereta t20
panduan beli kereta ikut gaji dan harga kereta T20
KREDIT: FB Azizul Azli Ahmad

1 comment:

  1. Syukur dengan apa yg ada. Cukuplah sekadar dapat bawa isteri dan anak.. ehehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p