CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS | PELABURAN EMAS ONLINE? HUKUM EMAS BUKAN FIZIKAL? - sayidahnapisahdotcom CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS | PELABURAN EMAS ONLINE? HUKUM EMAS BUKAN FIZIKAL?
LightBlog

CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS | PELABURAN EMAS ONLINE? HUKUM EMAS BUKAN FIZIKAL?

CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS (jika cukup syarat) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mesti dalam kalangan kita ada yang suka pakai emas; sama ada gelang tangan, rantai, cincin atau gelang kaki. Ada juga yang hanya beli emas just 'for fun' niat nak ikut trend sekarang je. Ada juga yang beli emas simpan untuk kegunaan pada masa akan datang.. al-maklumlah harga emas sekarang makin meningkat dan dijangka mencecah ribuan ringgit tahun hadapan 2021! Tu yang ada nasihat pada bakal bakal pengantin terutamanya si lelaki.. beli awal awal cincin emas untuk si kekasih hati sekarang supaya tak terseksa nanti haha.

Yela harga emas dijangka 1k tahun depan. Fuh.

Tak kisah lah sebenarnya. Yang nak beli emas tu duit sendiri kan haha so, tiada masalah pun. Tapiii.. Kena ambil tahu juga.. emas yang kita simpan/beli tu ada zakat yang perlu dibayar.

Dan kalau nak tahu apa syaratnya, macam mana cara nak kira zakat emas secara asasnya ada di bawah ini.. Dikongsikan oleh orang yang pakar bab ni. 
cara kira zakat emas
cara kira zakat emas

CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS (jika cukup syarat)

Ditulis oleh: Faisal Rahim
Amil Zakat | Web Developer | Stock Investor
(twitter @acaiijawe)

Memandangkan sekarang musim orang beli emas, jadi nak bagi info ringkas CARA KIRA ZAKAT EMAS.

- Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).
- Bagi emas dipakai, > uruf baru kena zakat.
- URUF : Kadar kebiasaan orang pakai emas.

Jika EMAS yang korang pakai MELEBIHI berat ini, baru dikenakan zakat.

Selangor, KL = 800 gram
Johor, Ganu = 850 gram
Perak, Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf

TETAPI.

Jika dalam tempoh setahun korang tak pernah pakai (contoh : emas rosak, emas design lama, emas waris tok nenek dan lain lain), jika beratnya lebih dari 85 gram dah kena zakat 2.5%.

Sebab tu emas perhiasan ni at least kena pakai setahun sekali masa (contoh : hari raya, besday dan lain lain).
cara kira zakat emas
cara kira zakat emas, syarat, emas fizikal
CARA KIRA ZAKAT EMAS (Basic)

Senario 1

Emas tak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab >85 gram.
*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab kurang daripada 800gram.

90 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM663



Senario 2

Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dll) = 900 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)

100 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM738

Senario 3

Emas tak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas
*Perlu campur kedua-dua jenis emas.

50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram
150 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM1,106

Info tambahan:

Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan & Zakat Saham. Jika TOTAL MELEBIHI NISAB baru kena 2.5% zakat.

Nisab 2020 : RM18,510

Contoh 1:

Zakat Emas : RM5,000
Zakat Simpanan : RM10,000
Jumlah : RM15,000

Tak kena zakat sebab kurang dari Nisab.

Contoh 2:

Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dll) : RM10,000
Zakat Simpanan : RM20,000
Jumlah : RM30,000

Dikenakan zakat sebab total > Nisab (RM18,510)

Zakat : 30,000 x 2.5% = RM750

Takeaway points:

1. Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).

2. Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic.

3. Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dalam kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.

4. Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)

5. Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.
"Kalau nak bayar zakat emas (yang tak terpakai) ni, kita kena ambik duit dari sumber lain atau duit dari sumber hasil jual emas tu sendiri."

SESI SOAL JAWAB (Q&A) TENTANG PEMBAYARAN ZAKAT EMAS, PELABURAN EMAS SECARA ONLINE, HUKUM EMAS BUKAN FIZIKAL



Q: ustaz 2.5% tu apa yee?

A: Itu kadar zakat yang ditetapkan dalam Al-Quran 1/40 = 2.5%. Semua jenis zakat harta dikenakan zakat 2.5% jika melebihi syarat minimum. Kecuali zakat padi  (pertanian) zakatnya sebanyak 5%.

Q: Maaf, nak tanya.. Kelantan, tiada uruf tu maksudnya tidak perlu bayar zakat emas yang di pakai ke?

A: Betul. Hanya di Kelantan bagi sesiapa yang memakai emas (tanpa had), tidak dikenakan zakat. Tetapi jika ada dalam tempoh setahun, emas-emas yang tidak dipakai, jika lebih 85 gram, wajib keluarkan 2.5% dari harga pasaran. Ia termasuk syiling, perhiasan, gold bar dan sebagainya.

Q: Alhamdulillah, seorang penyimpan emas dengan saya dah settle bayar zakat minggu lepas hari tu. Quoted balik dari dia, seronok bayar zakat tu lain macam sebenarnya.

Cuma satu soalan ustaz, bayaran zakat ni ikut alamat bermastautin atau negeri kita cari rezeki?

A: Alhamdulillah, semoga diluaskan lagi rezeki yang membayar zakat tersebut, Amiin.

Zakat Harta afdhal bayar di tempat harta tersebut berada (bermastautin). Kalau Zakat Pendapatan afdhal bayar di tempat kira perolehi pendapatan tersebut (tempat bekerja).

Q: Kalau dia penerima zakat, bantuan baitulmal setiap bulan, tetap kena zakat tak?

A: Wajib keluarkan zakat jika melepasi syarat minimum. Tak kisah sama ada mereka adalah asnaf zakat (fakir & miskin) ataupun tidak.

Q: Kalau nak bayar zakat emas (yang tak terpakai) ni, kita kena ambik duit dari sumber lain atau duit dari sumber hasil jual emas tu sendiri?

A: Takde masalah nak ambil sumber zakat tu dari mana-mana asalkan dari harta kita.

Q: Boleh jelaskan zakat emas sekiranya melabur secara atas talian??

A: Kalau boleh tuntut emas fizikal bila-bila masa, maka ia patuh syariah dah tertakluk kepada zakat. Zakatnya atas jumlah emas yang diterima tersebut.

Kalau sekadar jual-beli di platform online tanpa emas, ia tidak patuh syariah.

Q: Kalau orang kelantan, kerja luar kelantan. Kena follow mana?

A: Semua jenis zakat harta, kena kira mengikut tempat bermastautin (tempat kerja). Bukan asal kita.

Q: Kalau ada memiliki gold etf (exchange traded fund) macamana pulak eh ustaz? Dikenakan zakat juga ke walaupun tak memiliki emas secara fizikal?

A: Sebenarnya berbalik kepada basic hukum pelaburan emas, jika diniagakan menggunakan apa juga platform (online) yang ada jual-beli tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal, maka ia TIDAK PATUH SYARIAH.

Maka tidak dikenakan zakat atas keuntungan. Zakat hanya dikira ke atas modal.

Q: Kalau yang shariah compliant punya goldetf macam tradeplus shariah gold tracker?

A: Ohh, kalau ETF Affin Hwang AM tu dia bagitau simpan physical gold di Singapore tak silap saya. Maksudnya kita boleh dapatkan emas tersebut. Kalau begitu ia patuh syariah dan tertakluk kepada zakat (nilai semasa).

Q: Bayar selepas keluarkan atau bila dah cukup nisab dalam pelaburan?

A: Bayar ketika dah cukup haul.

Kalau kita tetapkan semua zakat harta kita pada 31 Disember (haul) setiap tahun, maka semua harta kita seperti simpanan, saham, emas dan lain lain kena kira ketika itu.

Jadi harga semasa itulah kekayaan sebenar pada waktu itu layak utk dizakatkan.

Q: Nak tanya jugak. Kalau emas tu online? Contoh ade 850g emas online means die tak claim untuk simpan kat rumah. So dikira macam mana tu?

A: Kalau emas online tu confirm boleh dapat emas fizikal 100% ia patuh syariah dan kena kira macam biasa.

850 gram x harga semasa x 2.5%

Kalau emas online, sekadar atas kertas (takde emas fizikal), maka ia tidak patuh syariah.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Tertegur air liur tengok gelang besar tu haha

    ReplyDelete
  2. Mintak maaf , saya ada satu soalan nak tanye , jika kita ada sebentuk cincin emas yg berat dalam 8gram , adakah dikenakan zakat emas.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p