RAHMAT ALLAH. - sayidahnapisahdotcom RAHMAT ALLAH.
LightBlog

RAHMAT ALLAH.

Assalamualaikum semuaa~ :)

Petang semalam ada dengar ceramat Ustaz Badlishah kat dalam Cinta Ilmu kat TV Alhijrah. Tajuknya ialah Rahmat Allah. 

Saya tertarik pada satu nii. Ustaz ada tanyaa...

Cuba kita ambik 100 orang. Dalam 100 orang tu kita tanya siapa yg boleh memaafkan orang? Siapa yg boleh memberi maaf pada orang yg telah buat salah kepada mereka? 

Dalam 100 orang tu mungkin 50 orang yg boleh memaafkan orang lain.

Baiklah. Dalam 50 orang tu, kita tanya lagi. Siapa yg selepas memaafkan, boleh melupakan? Mungkin takde seorang pun yang mampu melupakan, lagi lagi perempuan. "We can forgive, but not forget". Bak kata orang, luka tu masih ada walaupun dah maafkan. Tak payah ambil contoh jauh-jauh. Kita tanya pada diri kita sendiri je. Kalau kita mampu memaafkan seseorang itu, adakah kita mampu melupakannya? Jika mampu, anda seorang yg hebat.

Baiklah. Lepastu, kita cuba tanya lagi. Selepas memaafkan dan melupakan, adakah kita boleh menyayangi orang yg telah berbuat salah pada kita? Menyayangi dalam erti yg sebenar, tiada dendam atau sakit hati.

Adakah ada orang yg boleh memaafkan. Kemudian melupakan. Kemudian menyayangi sepenuh hatinya? Ada kah?

Mungkin dalam sesetengah hal kita boleh bertindak sebegitu. Tetapi bagaimana kalau hal yg berat. Seperti ditikam belakang oleh sahabat baik sndri, suami curang, dan sebagainya. Adakah kita boleh masih memaafkan, melupakan dan menyayangi? 

Saya sendiri,sebagai manusia, mungkin boleh memaafkan tapi tidak mampu untuk melupakan dan menyayangi.

Tetapiiii....

Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pengasih. Boleh memaafkan, melupakan dan menyayangi. 

Walaupun hamba-Nya melakukan dosa yang amat besar sekalipun, Dia tetap memberi rahmat-Nya. Boleh je Allah nak sekat sikit nafas kita jika kita buat dosa, tapi Allah takde pun nak buat mcm tu. 

Jika hamba-Nya memohon ampun kepada-Nya, Dia boleh memaafkan, melupakan malah menyayangi. Subhanallah :')

Dan di akhirat kelak, adakah kita fikir kita mampu memasuki syurga dengan amalan baik kita? 

Tidak.

Rahmat Allah dan redha Allah lah yg boleh memasukkan kita ke dalam syurga-Nya. 

Jadi ,marilah kita memohon rahmat dan redha-Nya di dunia mahupun di akhirat inshaaAllah.

Itu sahaja perkongsian dan peringatan utk kita semua. Moga ada manfaat 

Wassalam :)

Post a Comment

1 Comments

  1. Amin. Diharapkan hidup kita di dunia ini dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah.

    Read my latest entry : Things That I Like About My New Boyfriend

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p