Assalamualaikum~!
Alhamdulillah. Harini hari Jumaat, penghulu segala hari. :)
Harini nak share pasal amalan memotong kuku. Nampak macam remeh kan potong kuku ni. Ada apa sangat lah dengan kuku ni kan.
Tapi cuba bayangkan kita kuku panjang, air wuduk tak dapat menembusi ke kulit dah dikira tak sah wuduk. Haaa acano kalau macamtu?
Ni nak share niiiii~~
MEMOTONG KUKU ADALAH AMALAN SUNAT.
Hal
ini disebut dalam hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya
“Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong
misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung,
memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu
ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa
yang ke-10 kecuali berkumur” -riwayat Muslim.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang
bermaksud
“Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong
kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak
membiarkannya lebih daripada 40 malam” -riwayat Muslim
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke
masjid.
HARI MEMOTONG KUKU&HIKMAHNYA.
Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit
Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan
Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat
Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari
Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari
dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT
p/s: Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
SOALAN LAZIM YANG DITANYA(Q&A).
Q: Ustaz, apa hukum potong kuku pada waktu malam ?
A: Asal
hukumnya makruh pasal gelap. Kalau tidak percaya, malam ini cuba kamu
tutup lampu dan potong kuku. Menjeritlah kamu nanti. Tapi disebabkan keadaan sekarang tidak macam dulu lagi, sudah cerah ada lampu,hukum makruh itu gugur.
-Ustaz Azhar Idrus
Q: Apakah kita dibolehkan mengerat kuku atau rambut semasa dalam keadaan berhadas besar (janabah/haid)?
A: Menurut jumhur ulamak mengerat kuku dan memotong rambut ketika
seseorang wanita sedang mengalami haid adalah diharuskan dan tidak
dilarang, kerana tidak didapati dalil dari Al-Quran mahupun dari
Al-Hadis yang melarang berbuat demikian. Demikian yang disebut di dalam
kitab Al-Fiqh Al-Wadih. Bagaimanapun menyimpannya lalu dibawa bersama
ketika mandi junub adalah lebih baik.
Al-Imam Al-Ghazali dari
kalangan fuqahak Asy-Syafi'i menghukumkan makruh memotong kuku dan
mengerat rambut ketika sesesorang perempuan itu sedang didatangi haid,
atas alasan anggota yang dibuang itu akan disoal oleh Allah SWT pada
hari Kiamat nanti. kerana itu amat wajar sekiranya ia kembali kepada
Allah dalam keadaan bersih.
-halaqah.net
Q: Apakah hukum menyimpan kuku panjang?
A: Sunat potong kuku lebih rendah dari jari. Harus simpan kuku di paras jari. Lebih dari jari, makruh. Panjang macam orang kafir(panjang yang melampau), haram.
-Ustaz Azhar Idrus.
Buku | Pujuk oleh Arlina Banana
10 hours ago
0 Comments
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p