DOA KETIKA WANITA DATANG HAID DAN NIFAS
Segala puji bagi Allah atas segala perkara, dan daku memohon keampunan kepadaMu Ya Allah dari kesemua dosaku.
Doa ni memang saya amalkan setiap kali datang haid. Yang lelaki jangan memandai pula nak amalkan doa ni ye haha.
Umi yang ajar saya doa ni semasa sekolah menengah dulu. Setiap kali saya datang haid, mesti umi pesan "Kakcik.. jangan lupa baca doa!". Kekadang setiap hari juga umi bertanya dah baca ke belom, dah baca ke belum. Betapa hebatnya umi ni betapa nak suruh anak nya mengamalkan baca doa haid, sanggup tu tanya setiap hari dah baca ke belum. Dan lama-kelamaan umi dah tak perlu ingatkan saya. Sendiri mau ingat la kan! Haha.
Kekadang saya ajar kat kawan-kawan saya doa ni. Kawan-kawan saya mostly tak tahu pun kewujudan doa ni. Dan saya tahu ramai lagi yang kat luar sana tak tahu pun doa ni. Saya pun kalau umi tak bagitahu dulu, mungkin saya tak tahu pun doa ni. Tapi selalu juga dengar ustazah ceramah kat tv ada sebut tentang doa ni. Tapi mungkin ada yang terlepas pandang kan.
Makanya, sesiapa yang dah tahu doa ni, amalkan lah. Ataupun kalau lelaki yang baca entri ni, jangan malu-malu kambing pulak. Dah baca, boleh share kepada isteri ke.. mak ke.. adik beradik ke.. sedara mara ke.. jiran sebelah ke.. Benda baik kita kena kongsi-kongsi ye dak? Hehehe.
Umi ada beritahu juga tentang kelebihan membaca doa ni. Umi kataaa.. umi dengar ustaz ceramah di setesen radio ikim.fm , fadhilat baca doa ini ialah kita akan mendapat pahala atas semua amalan baik yang kita lakukan semasa tidak datang haid.
Contohnya, kita solat, mengaji kebiasaanya. Tetapi semasa datang haid kan kita tak boleh nak buat semua tu. So, kalau kita baca doa ketika datang haid ni, automatik kita akan mendapat pahala solat dan mengaji yang menjadi kebiasaan kita tersebut.
Haaa faham tak kawan-kawan? Kalau faham, bagus. Kalau tak faham, mohon baca berulang kali sampai faham ye hehe.
Okay itu sahaja. Sekian wassalam :)
5 Comments
info berguna.. syukran sayidah nafisah.. :)
ReplyDeletetq sharing...
ReplyDeletebetul..kdg2 kita malas nk berdoa time dtg bulan..padahal berdoa boleh bile2 masa bukan time solat je..tq sharing
ReplyDeletethanks sharing...cek baru tau jugak
ReplyDeletehuhuhu baru tau gakk
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p