APAKAH HUKUM ORANG ISLAM UCAP MERRY CHRISTMAS?
Setiap tanggal 25 Disember berlangsungnya Hari Krismas bagi orang yang menganut agama Kristian.
Kekadang ada orang persoal boleh ke orang Islam wish merry christmas kepada orang yang bukan Islam? Boleh ke pergi makan-makan di rumah orang yang menyambut Hari Krismas? Kalau kawan bukan Islam ajak kita pergi ke open house krismas, kita boleh pergi ke? Tak boleh ke kita bergembira sama-sama decorate pokok Krismas dengan kawan bukan Islam kita?
Mungkin ada yang dah tahu jawapannya dan mungkin ada yang belum mengetahuinya atau mungkin juga ada yang masih keliru berkaitan dengan persoalan hukum mengucapkan merry christmas pada orang bukan Islam. Saya pun mula-mula keliru kerana banyak pandangan dan pendapat yang telah diutarakan oleh ustaz-ustaz dan alim ulama kita di Malaysia.
Tapi saya masih ingat lagi kata seorang ustazah, jika terlalu banyak pendapat dan pandangan, kita boleh memilih mana-mana satu daripada pandangan tersebut dan mesti berpegang padanya. Jangan pula sekejap kita pilih pandangan ni, sekejap pandangan ni. Itu tak betul tu. Kita hanya berpegang pada satu pendapat sahaja.
Contohnya seperti persoalan boleh ke potong kuku semasa Haid? Ada yang berpendapat kata boleh. Ada ustaz tu cakap tak boleh. Ada ustaz ni cakap lain pula. Jadi, saya berpegang pada ustaz yang cakap BOLEH untuk memotong kuku ketika datang haid.
Jadi di sini, saya senaraikan beberapa pandangan dan pendapat ustaz dan ulama kita berkaitan persoalan boleh ke ucap merry christmas kepada orang bukan Islam ni antaranya :
1. Dr Zakir Naik
What people don't realize that when you are wishing MERRY CHRISTMAS you are AGREEING that Jesus Christ was born on the 25th of December and you are AGREEING that he is the begotten son of God. Na'uzubillah which is SHIRK.
Apa yang orang tidak sedar ialah bila kamu mengucapkan MERRY CHRISTMAS, kamu telah bersetuju bahawa Jesus Christ dilahirkan pada 25 Disember dan kamu telah bersetuju bahawa dia ialah anak Tuhan. Nauzubillah yang mana itu ialah SYIRIK.
2. Dr Maza
"Saya berpendapat boleh mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut 'anak Allah' atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar 'selamat hari raya' atau 'selamat bergembira' atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hari raya Islam mereka mengucapkannya."
3. Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Q : Bagaimana pula kita membalas ucapan daripada mereka bila mereka mengucapkan Merry Christmas terlebih dahulu kepada kita?
A: Tak apa kalau kita tak balas dengan ucapan. Senyum sahaja buat mereka gembira. Yang penting perintah-perintah agama suruh kita ucapkan masih banyak yang kita tak ucap.
Berapa ramai antara kita yang ucap selawat bila dengar Nabi disebut? Berapa ramai ucap syukur ketika nak makan dan ketika lepas makan, ketika keluar tandas, doa [agi dan petang, doa memakai baju dan doa keluar rumah dan lain-lain yang Nabi S.A.W berpesan suruh kita ucapkan.
4. Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi (email dan sms dan sebagainya) kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah HARUS, dengan syarat ucapan itu TIDAK MENGIKTIRAF, MEMUJI ATAU MEMULIAKAN AGAMA BUKAN ISLAM serta TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG SIMBOL ATAU LAMBANG KEAGAMAAN MEREKA dalam kiriman ucapan tersebut.
Okay cukup lah rasanya empat pandangan ni untuk menjawab persoalan ini. Ada lagi satu pendapat yang dikemukakan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi. Haa nak tahu tak? Ce rajin-rajinkan diri untuk search di google hehehhehe.
Kepada orang bukan Islam menyambut Hari Krismas, selamat bergembira! :)
5 Comments
Yeahhh terjawab juga persoalan. Selamat bergembira bagi mereka yang menyambutnya.
ReplyDeleteinfo yang bermanfaat...
ReplyDeletekalau ucap selamat hari natal macam awkward pulak.. hahaha..
ReplyDeletesaya ambik pendapat secara sederhana..jaga niat dan jaga tutur kata..
ReplyDeletenice sharing.. biar semua tahu =)
ReplyDeletesuka jawapan UAI.. ada banyak lagi ucapan yang kita tak sebut..
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p