Bila kau buat benda yang tak sepatutnya kau buat! - sayidahnapisahdotcom Bila kau buat benda yang tak sepatutnya kau buat!
LightBlog

Bila kau buat benda yang tak sepatutnya kau buat!

Bila kau buat benda yang tak sepatutnya kau buat!

Bila kau buat benda yang tak sepatutnya kau buat!


Dapat kertas ujian Teori Nombor pagi tadi. Tengok markah (15.30/30), Ya Allah hampanya! Kecewanya! Sebab aku rasa aku boleh buat semasa ujian haritu. Tengok soalan mana yang aku salah. Ya Allahhhhh! Ni yang aku salah?! Ni yang aku salah?! Soalan mudah ni aku buat salah?! Sayidah oiii, benda yang senang kau buat salah? 

Careless! 

Cuai! 

Salah faham konsep topik! 

Tak check balik jawapan sampai jalan kira yang senang boleh jadi salah!

x kongruen 0 modulo 7! Bukan x kongruen 7 modulo 7!

Lengkapkan kuasa dua yang mudah tu pun boleh tersalah konsep!

Nak buktikan fungsi Euler tu genap pun tak boleh fikir.

Grrr kat diri sendiri. Hhahaha. Adehhh. Sabau sayidah sabauuuu. Fuh fuhh fuhh.

Ya Allah rasa sedih dan kecewa sangat dengan sendiri. Rasa nak hempuk diri sendiri pun ada. Ke ada siapa nak tolong hempuk kan? Hehe.

Tapi apa-apa pun. Mula-mula ditimpa ujian kita ucap apa?

innalillahiwainnailaihirajiun

Huh.Pedih nya hati lahai bila tengok kecuaian jawapan yang dibuat oleh diri sendiri. Soalan tu senang je kot. Boleh je full mark kalau tak cuai. Ya Allah dugaan nyaaa. Arghhh arghhhh. Fuhh sabar fuh.

Pernah tak rasa bila kau rasa kau boleh buat dengan lebih baik lagi, tapi kau sia-siakan peluang tu? Sakit kan. Kan kan. Huh.

Tapi aku tahu. Aku tahu. Benda dah lepas. Tapi serius dari pagi tadi sebenarnya masih teringat-ingat soalan yang cuai tu. Masih tak boleh nak move on. Walau berkali-kali ingatkan diri sendiri ada hikmah. Tapi still, rasa menyesal dan kecewa masih ada.

Huh sayidah lupakan jelah. Nasib baik kau sedar kesilapan kau sekarang daripada kau cuai semasa final exam nanti. Lagipun mesti Allah taknak kau senang sangat dengan kedudukan kau. Allah nak suruh kau berusaha lagi tu. Allah nak beri pengajaran pada kau suapaya lain kali selepas buat semua soalan check dulu betul-betul. Jangan pandang sebelah mata je. Mungkin Allah nak kau bergantung lebih lagi pada Dia. Jangan nak overconfident sangat bila jawab final exam Teori Nombor nanti.


Haahahah sorry cakap dengan diri sendiri pula dekat atas tu. Kihkih. Nak buang rasa kecewa sebenarnya. So, kena lah pujuk diri sendiri kan. Siapa lagi nak pujuk diri sendiri melainkan diri sendiri kan. 

Dan yang paling penting, bersangka baik dengan Allah. Pasti ada hikmah. Semua yang berlaku pasti ada hikmah. Allah nak uji kita tu. Fuhhh~ 

Yakinlah sayidah dengan perancangan ALLAH !


Kita merancang. Allah merancang. Dan ketahuilah, Allah sebaik-baik perancang

So, let's move on and fokus final exam! :D 

Bila kau buat benda yang tak sepatutnya kau buat!


***maaf penggunaan kata diri "aku" ye hehehe. "Aku" tu untuk menampakkan lagi rasa kecewa di dalam hati hehe

Post a Comment

9 Comments

  1. salam sayidah faham sangat, betul la kita bile teroverconfident mungkin kita lupa nak berdoa serta bertawakal pada Nya. InsyaAllah . Allah yutfah alaiki, moga Allah membukakan jalan buat kamu

    ReplyDelete
  2. Salaam jumaat Sis,

    singgah follow teratak saya ye :)

    ReplyDelete
  3. Kesilapan itu kadangkala buat kita lebih sedar dan belajar..walau pun ianya buat kita rasa sedih atau sesali diri..tapi yakin..pasti berhikmah..in sha Allah..

    ReplyDelete
  4. ok fokus pd final exam plk ya! goodluck babe!

    ReplyDelete
  5. Blogwalking sini dari Segmen Tinggalkan URL bersama Dunia Cik Akak :)

    http://syaza-applemints.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. memang geram, tapi sabar aje la..benda dah lepas pun kan.. :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p