Umi kena demam denggi - sayidahnapisahdotcom Umi kena demam denggi
LightBlog

Umi kena demam denggi

Umi kena demam denggi

Umi kena demam denggi
Sup ketam dan jus daun betik

Tiga hari yang lepas umi kena suspek demam denggi. Minggu lepas umi start demam panas. Demam beberapa hari lepastu dah baik dah. Tapi masih sakit-sakit badan. Rasa lemah je. Tak selera makan. Selalu muntah.

Memang pelik sangat sebab tak pernah umi seteruk tu lepas demam. Khamis lepas saya balik rumah kejap sampai hari Ahad. Jaga umi, kemas rumah semua. First time saya masuk rumah tu, sedih tengok keadaan umi yang lemah. Badan tak berdaya. Umi nak jalan pun lambat, kena orang pegang. Badan makin kurus. Adehhh saya rasa nak nangis je tengok umi keadaan macam tu. Tambahan lagi dengan badan umi panas nya. Tapi saya takde lah nangis depan umi abi. Maintain beb. Hati kena kental beb hehe.

Hari Ahad tu saya balik UPM. Hari Selasa tu call umi. Tanya okay tak. Makin sihat tak. Muntah lagi ke tak. Umi kata umi tak okay. Makan tak selera, makan beberapa suap nasi je hari tu. Suara umi pun saya dengar memang lemah sangat. Time tu rasa macam tak tahan gila air mata. Lepas letak call je, huwaaaa nangesss. Tak tahan dengan suara umi lemah macam tu. Dah la umi sorang-sorang kat rumah. Abi kerja dari subuh sampai malam. 

Lepas dah habis nangis kat bucu katil tu hahaha, saya terus message adik beradik saya yang lain cakap umi lemah sangat. Takut jadi apa-apa, pengsan ke apa. Sebab abi tak ada kat rumah tu yang risau tu. Lepas tu kakyong telefon abi suruh balik. Hantar umi pergi check kat hospital. Bila diperiksa oleh doktor, doktor bagitahu umi suspek demam denggi. Sebab bacaan darah platlet 50. Normal 150. Kaki umi pun ada bintik-bintik. Tapi umi tak kena tahan wad malam tu. Mungkin sebab wad semua dah penuh.

Bila dapat tau je berita tu, saya nangis lagi hahaha. Orang ramai kata sup ketam baik untuk merawat orang demam denggi. Jadi, malam tu abi beli sup ketam bagi umi makan. Umi makan lepastu muntah. Haihh sedih dengar.

Keesokan harinya pergi klinik check darah lagi sekali untuk tahu bacaan darah platlet terkini. Bacaan darah platlet rendah sangat  dan disahkan menghadapi dema denggi. So, lepas pack baju sikit, umi dibawa ke hospital Seremban oleh ambulans dari rumah kerana badan umi lemah sangat. Sampai di hospital, umi abi terpaksa tunggu wad kosong sebab semua wad penuh. Hampir ke malam, baru ada wad kosong.

Umi kena demam denggi
Cara-cara membuat jus daun betik oleh Menteri Kesihatan



First day kat hospital bacaan platlet darah umi 21, gula 20. Oh lupa nak beritahu. Umi menghadapi diabetes. Disebabkan gula umi tinggi sangat jadi umi kena cucuk dengan insulin. 

Hari kedua bacaan darah platlet umi naik sikit 38. Pada malamnya, naik sikit lagi 52. Keesokan harinya 70. Dan petang semalam umi telah keluar dari wad tapi masih tak pulih sebenarnya. 

Dan yang terbaru pagi tadi check bacaan darah platlet umi -140! Alhamdulillahhh makin tinggi! Makin menghampiri normal! Syukur sangat. Tapi bacaan gula agak tinggi -12. Jadi umi kena cucuk dengan insulin lagi. Tapi sekarang ni umi tak kuat lagi sepenuhnya, badan masih lemah. Umi masih memerlukan jagaan dan pemerhatian dan tidak boleh buat kerja rumah.

Jus daun betik dan sup ketam sangat membantu dalam menyembuhkan demam denggi.  Memang rata-rata ramai orang nasihat jus daun betik dan sup ketam adalah yang terbaik dalam merawat orang demam denggi. 

Sup ketam mula-mula beli kat kedai tapi tak berapa nak elok sangat untuk umi sebab ada ajinomoto dan gula dan perisa-perisa lain. Tapi nasib baik kakak saya buat kan sup ketam kelmarin dan semalam. Jus daun betik pun kakak tolong buatkan. Alhamdulillah sangat membantu.

Terima kasih pada semua yang memberi nasihat, dorongan, galakan dan juga doa semua :D Doakan umi sembuh sepenuhnya ya!:)


Post a Comment

8 Comments

  1. Allahu! semoga umi cepat sihat...pastikan umi minum 100plus..biar ada tenaga

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh.info yang berguna.;)

    ReplyDelete
  3. Ya ALLAH, kzaza doakan smoga umi cepat sembuh.. kzaza pernah kena suspek denggi siap naik ambulans jugak.. memang makan tak lalu, lemah satu badan.. yg penting banyak minum 100 plus bgi tenaga. Sup ketam kena amalkan jugak.

    ReplyDelete
  4. sup ketam boleh wat ubat? sedap ker?

    ReplyDelete
  5. bagusnya share step2 buat jus daun betik tu.. sangat membantu.. :)

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa ketam... walpun kc x pandai masak

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p