SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
Jeng jengg siapakah yang bertuah menjuarai ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 (AJL 30) 2016? Tapi sebelum tu nak bagi tahu lah bahawasanya saya tak dapat tengok ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016 malam tadii huwaaa. Yela sebab TV abi conquer tengok cerita Cina, makanya tak dapek la den nak tonton AJL 30 yang saya tengok finalis-finalis nya hebat-hebat belaka. Saya nak komen lebih tentang persembahan majlis AJL 30 pun tak mampu sebab tak tengok hehe.
credit to : anugerahjuaralagu.com |
Senarai Pemenang AJL 30 2016
Juara AJL 30 : Akim & The Majistret - Potret
Naib Juara AJL 30 : Faizal Tahir - Assalamualaikum
Tempat Ketiga AJL 30 : Caliph Busker - Hanya Namamu
Kategori Vokal Terbaik AJL 30 : Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah
Persembahan Terbaik : Akim & The Majistret - Poster
( info senarai pemenang credit to shehanzstudio.com )
Woww WOW wow ! *tepuk tangan*
Tahniah buat semua pemenang ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2015. Bagi saya, yang menang AJL 30 tu memang layak untuk menang. Tapi tak kata lah kalah tu memang layak untuk kalah. Mungkin cuma tidak bernasib baik dan tiada rezeki untuk menang AJL 30 pada malam tadi.
Oh tadi sempat sikittttt je tengok persembahan Siti Nurhaliza, Yasin & Jamal Abdillah. Yang part Jamal Abdillah saya tak sempat tengok sebab tengok Running Man Ep257 kat Channel SBS haha. Tapi yang part mereka nyanyi lagu Siti Nurhaliza Cindai & Yasin Mimpi Laila saya dapat tengok. Alahaiii cantiknya Siti bertudung penuh ayu dan menari dengan budak budak comel.
credit to : http://edtv-zahidizakariya.blogspot.my/ |
Sempat juga tengok dua pengacara AJL 30 2016 di TV3 tadi Fara Fauzana & AG pada permulaan majlis. Rasanya mereka berdua memakai pakaian serba hitam. Kan? Ke saya salah tengok hehe. By the way, suka tengok Fara Fauzana bertudung ;)
credit to : mediahiburan.my |
Dengar khabar juga, persembahan Faizal Tahir yang paling menyentuh hati para penonton dan para peminat. Huuwwaa saya tak tengok lagi videonya. Katanya ada budak kecil lah. Ada yang sampai menangis tengok persembahan Faizal Tahir di AJL 30 pada malam tadi.
Oh sempat juga tengok sikit persembahan Noh Salleh yang menyanyikan lagu Angin Kencang. Nampak macam Noh Salleh sedikit tembam lah. Korang ada nampak tak? Ke hanya ilusi saya seorang sahaja? Haha. Dannnn baru tahu rupa-rupanya lagu Angin Kencang ni Noh buat untuk isteri dia. So sweet lahai. Nak juga husband yang buat lagu untuk saya. Eh. Hahahaha. #berangan
credit to : asamboi.my |
Lagu Bukan Hal Aku nyanyian Kaka Azraff dan Sleeq ruginyaaa tak tengok! Saya memang minat gilos dengan lagu ni. Rasanya dah lebih seratus kali dengar lagu ni asyik ulang ulang sampai panas mp3. Sampai dah hafal dah part rap tu. Kalau saya nak nyanyikan part rap tu pun boleh. Tapi kena bersedia la kot-kot saya tersembur air liur time rap tu kahkah.
Okayy itu sahaja laporan AJL 30 2016 dan luahan dari saya. Harap terhibur dan menghiburkan orang lain juga :D
Daaa~ assalamualaikum *tak jawab dosa* :P
4 Comments
Ada sedikit typo pada tajuk lagu potret tu.. ;)
ReplyDeleteterima kasih tegur. dah tukar dah hehehe
Deleteyeayyy lagu potret juara!
ReplyDeleteCikna xtgk pun AJL mlm td, layan seiras seirama jerk....;-)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p