Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day - sayidahnapisahdotcom Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day
LightBlog

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day

Dulu-dulu saya tak tahu pun tanggal 14 Februari ni ialah Hari Valentine. Okay okay maksud saya time saya tak tahu tu time sekolah rendah la tapinya haha. Time sekolah menengah dan ke atas kalau tak tahu Valentine's day ni tipu la weh. Dulu saya tak ambil tahu pun pasal Valentine's Day ni. Haram ke tidak. Nak sambut ke tak. Tak de nak kisah pun. Tapi tak tahu lah bila, pada satu masa tu saya ada terdengar hukum sambut Valentine ni haram. Saya pelik aik kenapa haram? Bukannya dorang buat apa pun, just bagi bunga atau hadiah kepada kekasih je pun. Just wish Happy Valentine's Day je. Kan?


Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day
Valentine's Day 14 Feb

"Betulkan yang salah. Salahkan yang betul"-Ustaz Pahrol Muhd Juoi

Mungkin ada yang dah tahu Valentine Day telah disepakati haram menyambutnya. Mungkin ada yang tak tahu. Mungkin juga ada yang tahu tapi still nak sambut sebab tak nampak mana salahnya. Mungkin ada yang memandang remeh dengan benda ni so mereka menyambutnya secara diam-diam. Untuk menyakinkan hati-hati yang sedang ragu-ragu adakah benar umat Islam tidak boleh meraikan hari kekasih ini, saya telah mengambil pandangan Ustaz Azhar Idrus dan Majlis Fatwa Malaysia untuk menjawab persoalan ni.

Pada tahun 2005, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membincangkan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) .Mereka telah memutuskan bahawa umat Islam dilarang meraikan hari tersebut.

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day
Ouchh



Kenapa dan mengapa umat Islam dilarang meraikan hari tersebut?


Di sini saya mengambil keterangan dan hujah yang telah disenaraikan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor di Portal Rasmi Fatwa Malaysia yang last update nya pada 10 Februari 2016.

Keterangan/Hujah: 


  • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
  • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat   menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
  • Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
  • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
  • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
  • Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day
LOVE


Ustaz Azhar Idrus (YouTube UAI)


Soalan : Terangkan mengapa berlakunya Valentine? Ramai orang Islam membantu menyambutnya sedangkan tarikh itu tarikh paderi Kristian?

Jawapan

Valentine ni adalah satu hari Kristian, hari upacara orang Kristian. HARAM orang Islam sambut main-main saja. HARAM sambut memuliakan hari tersebut jadi kafir laknatullah. Budak-budak muda, hok kolej, hok sekolah terlibat dalam Valentine. Sebahagiannya menjadi kafir murtad wal iyazubillah. Orang ulamak pesan, dorang lawan balik. 

Nama dia Paderi St Volentino, paderi tak boleh nikoh, haram kahwin. Jadi, dia bercinta dengan seorang perempuan namanya Isabella. Isabella ni kekasih kepada paderi St Valentino. Jadi, gereja-gereja Europe, gereja2 perancis, gereja Sepanyol, gereja UK, England membenarkan dia kahwin. Kenapa benarkan? Sebab jasa paderi ni besar. Dia telah memeurtadkan sejuta orang Islam di Sepanyol, masuk agama Kristian. Yang marahnya, gereja di Rom. Rom ni macam mekah la.

Akhirnya, St Valentino dinikahkan dengan kekasihnya Isabella pada tarikh 14 Februari. Jadi, masuk dalam kalendar orang Kristian. Walaupun dia membuat satu dosa iaitu berkahwin dengan Isabella, tapi jasanya memurtadkan sejuta orang Islam maka dibenarkan satu-satunya paderi besar boleh berkahwin dalam agama Kristian.

Jadi bila kita sambut je Valentine, haram. Kalau kita sambut dan kata Valentine ini adalah satu perayaan , jadi kafir.

....


Haa itu lah jawapan dan penjelasan nya. Kita memang fikir alaa bukan buat apa pun time Valentine's Day ni, tapi sebenarnya Islam larang bukan sebab tu tapi sejarah Valentine's Day ni lah yang membuatkan kita tak boleh sambut.

Alaaa takyah sambut la Valentine's Day ni. Tiap-tiap hari pun hari kekasih kan buat pasangan suami isteri ? ;)

Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih penjelasan ini ya..moga jelas kepada semua...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p