7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia - sayidahnapisahdotcom 7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
LightBlog

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia

Assalamualaikum! Yeay yeayy nak cerita tentang one of my favourite fruit, iaitu buah Durian. Yeay finally! Dah lama nak buat entri tentang buah kesukaan rakyat Malaysia ni kan, tapi tu lah pemalas ya amat haha. Lagi satu sebab haritu mengidam sangat nak makan durian tapi tak lepas-lepas, kang buat entri durian mahu banjir bilik ni sebab craving sangat haha. Tapi pakcik Mizi dah ada belanja dua buah durian Udang Merah haritu, melepas la juga rasa mengidam tu tapi tak puas lagi! Nak lagi! Nak makan lagi 50 ulas! Hahahaha. Abang den dua orang tu kata nanti nak belanja durian hoyeah hoyeahhh. Tapi tak tahu la bila haha. Tunggu je lah. Hmmm.. Jealous tau tengok orang sedap sedap makan durian =.=  Lagi-lagi sekarang ni katanya musim durian. Lagi laaaaaaaa =.= Okay lah back to the topik. Hmm..Durian apakah yang paling popular famous amos kat Malaysia? Haaaa. Mestilah Musang King kan? Betul betul. Popular betul dia ni. Orang sampai sanggup beli memahal asalkan dapat rasa kelazatan rasa durian jenis Musang King. Ramai juga yang puji Durian jenis D101. Katanya manis sedap. Hmm apa pula pilihan saya? Bagi saya.. hmmm.. Semua sedap, semua favourite asalkan nama dia 'durian' hahaha. Korang pula amacam? Mana satu pilihan hati?

Ketahui 7 Jenis Durian Yang Terkenal Di Malaysia


1. MAO SHAN WANG/MUSANG KING/D 197

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Jenis durian : Musang King/Butter Durian/cat mountain king/raja kunyit
Nama lain: Butter Durian, Cat Mountain King, Raja Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Rasa: Manis dan pahit, tekstur berkrim

2. GOLDEN PHOENIX

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Jenis durian : Golden phoenix/jin feng
Nama lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam

3. D13

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Jenis Durian : D13
Warna: Jingga
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian
Asal: Johor

4. D24

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Jenis durian : D24/Sultan
Nama lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan pahit
Asal: Johor, Pahang

5. XO

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia

Warna: Kuning pucat
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal
Asal: Johor, Pahang

6. UDANG MERAH

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Jenis durian : udang merah/hong xia/ang hay
Nama lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor

7. D101

7 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Jenis durian : D101
Warna: Kuning kusam
Rasa: Sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor

Sumber info jenis-jenis Durian : Akhbar Berita Harian (BH)

Terus terang saya kata.. saya pernah dengar jenis Durian Musang King, D13, D24 dan D101 je. Udang Merah tu pun saya baru dengar dan kenal minggu lepas, time pakcik saya belikan jenis yang tu. Yang lagi dua jenis, Golden Phoenix & X0 tu saya tak pernah jumpa dan tak pernah dengar dan tak kenal langsung pun haha. Adoiii betapa ceteknya pengetahuanku arghh. 

So, kalau nak bagi kenal dan rasa kesedapannya, mesti la kena makan kan. So, mohon korang belanja saya hahaha kbai >.< 
#cravingfordurian

Tapi saya yakin la ketujuh-tujuh jenis ni popular di Malaysia sebab .. sebab.. sebab dorang masuk dalam paper hahaha. Kalau tak popular tak ada lah masuk dalam paper ni kan. Kan kan.

Okay lah.. Next entry pun pasal durian tau, tungguuu~~
But for now, daa!
Wassalam.

karnival durian
Jualan Terus Dari Ladang FAMA Fresh UPM, Serdang

Post a Comment

10 Comments

  1. samapi sekarang ni akak xdpt makan durian lagi..huwaaaaa

    ReplyDelete
  2. singgah pagi...durian..ooo...durian...

    ReplyDelete
  3. Kakcik... tak baik tau...
    Dah teringin nak makan durian..
    Wargh!! Aritu TV3.. nie kakcik pula..

    ReplyDelete
  4. wahhh!! suka makan d24..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  5. Habis tempoh iodin nanti nak makan DURIAN...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya durian...meleleh air liur...

    ReplyDelete
  7. banyaknya jenis :O

    sy rasa tu semua just... sejenis durian haha

    ReplyDelete
  8. Pheww..menggiurkan haa tengok macam-macam jenis durian..KAlau ada lebih boleh buat Durian Crepe. Pilih yang gebu-gebu gitu, pack dalam crepe & masuk peti sejuk..puas macam makan kek buah aiskerim...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p