Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada
persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna
seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya,
kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati.
Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah.
Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan
pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan. Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan
Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit
yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur
membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan
amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita dinegara-negara
yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi.
Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan
perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu
kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu,
dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan
kehidupan serta berkerjaya.
MEMANJAKAN DERIA DENGAN NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK
MEMANJAKAN DERIA DENGAN NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK |
Nivea Skin Delight Body Milk |
Seperti
minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit.
Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan
mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan
asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel
kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur
licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila
ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.
nivea glowing rose & glowing lavender |
“Kulit
yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,”
Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara
bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi
sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA
Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan
diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping
ketenangan minda.”
Nivea Skin Delight Body Milk Glowing Rose |
Nivea Skin Delight Body Milk Relaxing Lavender |
Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi
yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong
dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari
benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya,
lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk
menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta
kekeringan pada kulit.
Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi
berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan
badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila
masa yang anda idamkan.
“Memanjakan
tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan – ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,” En. Ng
Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah. “Sebagai
sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan
diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.”
Mulakan
ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas
anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang
mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda
merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh
tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga
pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh
serta minda.
Nivea Lavender |
Nivea Rose |
Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih –
Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender
yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin
Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu
RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90)
untuk saiz 400ml.
6 Comments
Bestnya..Boleh beli kat isteri nie..
ReplyDeletePosting terbaru AM
Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
wangi nivea ni :) mek suka pakai dia dari zaman yg dlm tin tu lg :)
ReplyDeletekakak dulu pakai gak nivea nih.. lepas tu apsal tah tak pakai dah.. hee~ tapi bau dia memang best.. kan ?
ReplyDeleteyeap. saya suka yang bau rose tu. lembut je bau dia hehe
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletememang sedap guna ni..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p