Meaning of playgirl : a woman who pursues a life of pleasure without responsibility or attachments, especially one who is of comfortable means.
Playgirl ni adik beradik dengan playboy tapi versi perempuan haha.
+ Ada ramai pakwe dalam satu-satu masa.
+ Main mainkan perasaan lelaki-lelaki.
+ Mengorat ramai lelaki dalam satu masa.
+ Kekasih hati keliling pinggang.
Tsk tsk nauzubillah.
![]() |
pilih gambar ni sebab cute hahaha |
Tapi saya pernah tau sekali tu.. tengah-tengah berbual dengan seorang kawan baik saya tiba-tiba, roomate dia menyampuk. "ingatkan kak cik ni playgirl".
Saya dah terpinga-pinga tak faham. Terkezzuuut pun ado. Dah kenapa pula laa aku dikatakan playgirl ni.
Lepastu dia kata la dia ingatkan saya playgirl sebab nampak saya mesra dengan semua lelaki. Selalu nampak saya dengan lelaki yang berbeza pada lain-lain masa.
Saya pun "oooooo...sebab tu ke".
Tapi realiti nya, of course laa saya ni bukan playgirl haha. Sebab apa?
+ Sesungguhnya insan bernama sayidah napisah ni seorang yang peramah dan mesra alam. Tak kisah la lelaki ke perempuan, layan sama rata. Tapi dengan lelaki tak de la bertepuk tampar. No no no. Mahu kena parang dengan abi haha.
+ Disebabkan sifat peramah saya ni dan jenis yang easy going, saya tak ada masalah nak komunikasi dengan kaum lelaki. Lagi-lagi dengan umur sebaya atau yang lebih muda. But no hard feeling. Just macam biasa je, tak ada la niat nak mengorat ke apa ke. So, I'M NOT PLAYGIRL kayy haha.
+ Mengikut fakta, sayidah napisah ni juga jenis yang malu-malu kucing dengan lelaki yang hanya dia suka sahaja. So.. kalau saya tak malu-malu kucing dengan seseorang lelaki tu, maksudnya saya tak suka dia? Hahaha bukann bukan. Maksudnya perasaan saya neutral je dengan dia. Tak ada la perasaan lovey dovey atau heart fluttering ke. Biasa-biasa je, kawan biasa. Kawan saudara seIslam macam tu hehe.
Tapi sekali tu jela saya pernah dengar orang kata saya playgirl. Harap-harap no more laa misunderstanding ni haha.
4 Comments
Org kata kawan biar ramai kan. Hee. Xsalah kwn ngn rmai lelaki aslkn kita taw batas kite. ☺
ReplyDeletehehehe nasib baik tak playgirl betul2. btw sy blogwalking dan follow blog awk ni ye. jemputlah melawat blog saya.
ReplyDeleteelsa lebih ramai kawan lelaki dari kawan perempuan. salah satu sebab perempuan nie leceh sikit. belakang kita lain depan kita lain hahahaha
ReplyDeletehahahaha..mampuih kalau plygirl
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p