sedar sedang tersenyum/ketawa dalam tidur .. scary atau normal? - sayidahnapisahdotcom sedar sedang tersenyum/ketawa dalam tidur .. scary atau normal?
LightBlog

sedar sedang tersenyum/ketawa dalam tidur .. scary atau normal?

sedar sedang tersenyum/ketawa dalam tidur .. scary atau normal?
sedar sedang tersenyum/ketawa dalam tidur .. scary atau normal?
Biasa kita tengok baby je kan yang kadang-kadang tersenyum dalam tidur. Kejap-kejap baby sengih, kejap-kejap dia tercebik cebik senyum. Eeeii geram rasa nak cubit pipi dia! Hahaha okayokay sabar ye makcik sayidah. 

Tapi ingat baby je ke senyum dalam tidur? Baby versi dewasa pun ada juga terjadi macam tu tau. Buktinya ----> saya sendiri. Haha.

Situasi tu tak ada lah kerap berlaku. Cuma bila berlaku, memang asyik senyum je. Tapi yang lawak dan MISTERI nya.. saya boleh rasa yang saya tengah senyum masa tu. Walhal pada masa saya senyum tu, saya masih dalam mimpi. 

Selepas senyum kejap, kembali ke alam mimpi semula. Lepastu senyum balik. Okay mungkin senyum dalam tidur tu tak ada la pelik sangat. Yang pelik tu, saya SEDAR yang saya tengah senyum

Dia macam 5-10 saat saya sedar yang saya tengah senyum, lepas tu zuppp terus kembali ke minda bawah sedar semula (mimpi).

sedar sedang tersenyum/ketawa dalam tidur .. scary atau normal?

Kekadang tu.. bukan senyum tapi  saya gelak tengah-tengah bermimpi tu. Tak ada la gelak terbahak-bahak. Just tergelak kecil je. Sebab mimpi yang saya tengah mimpi masa tu memang kelakar. Kelakar tahap yang saya tak boleh nak kawal pun senyuman/ketawa saya tu. Saya tak ingat mimpi apa. Tapi yang pasti mimpi tu memang kelakar. Dan saya SEDAR yang saya tengah gelak.

Okay....... tak tahu nak scary ke apa sebenarnya haha. But at the same time, rasa amazing. Rasa macam satu pengalaman yang best.

Tu nak tanya ni.. keadaan seperti tu pernah berlaku pada korang ke? 
Kalau pernah.. okay. saya normal. Hahaha.

Post a Comment

7 Comments

  1. bby2 selalu cam tu kan sis, klu tgk bby senyum dlm tidur tenang jer rasa... akak jarang senyum dlm tidur....

    ReplyDelete
  2. hahaha saya pernah juga. ada sekali tu dalam mimpi tu gelak2 and dah tersedar dari mimpi tetiba tengah gelak tak tahu apa yang lawak.

    ReplyDelete
  3. Normal kot sebab baru je terjadi pagi tadi kat saya. Haha. Teringat senyum, pastu tido balik. Pastu bila bangun betul2 dah lupa mimpi apa~ Haha

    ReplyDelete
  4. adriana slalu gini..tgh tido tibe2 gelak.. scary lahh

    ReplyDelete
  5. Yeay.. !!! Sebenarnya dah jumpa geng. Haha. Saya selalu sgt especially masa saya sekolah asrama dulu. Roomate saya akan kejutkan saya then die mesti rasa seram sejuk. Haha. Tp bg saya mimpi tu mmg kelakar sampaikan kalau teringat nak gelak tak henti2!!!! Siyes la. Kawan saya takut bila kejadian ni berlaku to bg saya mimpi macam ni sgt best. Haha. Eventhough saya dah bangun dlm 3 min yg lepas still tergelak jugakkk macam entah la. Tak tahu ape yg kelakau sgt. Tp still merisaukan la jugak then saya search pakcik google then keluar la... fakta psikologi kaata ni namanya hypnogely. Tak berbahaya. Cuma respon badan yang tak boleh terkawal. Kita normal. Dont worry. Haha.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p