June 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, June 28, 2017

June 28, 2017

Review Movie Transformers: The Last Knight (2017)

Sebenarnya first time saya tengok Transformers ni haha. Tak pernah follow pun series Transformers yang famous gilos sebelum ni. Entah la, tak ada keinginan nak tengok. Eventhough selalu tayang kat TV, tak pernah nak tonton haha. Tengok Transformers: The Last Knight semalam pun sebab tak ada movie lain yang macam best. Yeahh memang ada The Mummy dan Despicable Me 3 tapi masa tayangan tu tak kena dengan masa saya pergi. Disebabkan Transformers: The Last Knight ni masa tayangan di panggung wayang is every 30 minutes ada, thats why I choose to watch the latest Transformers 5. Lagipun, tengok trailers transformers 5 ni macam cool gak.


Transformers: The Last Knight Synopsis

Review Movie Transformers: The Last Knight (2017)
sinopsis Transformers: The Last Knight (2017)
The Last Knight shatters the core myths of the Transformers franchise, and redefines what it means to be a hero. Humans and Transformers are at war, Optimus Prime is gone. The key to saving our future lies buried in the secrets of the past, in the hidden history of Transformers on Earth. Saving our world falls upon the shoulders of an unlikely alliance: Cade Yeager (Mark Wahlberg); Bumblebee; an English Lord (Sir Anthony Hopkins); and an Oxford Professor (Laura Haddock).

There comes a moment in everyone’s life when we are called upon to make a difference. In Transformers: The Last Knight, the hunted will become heroes. Heroes will become villains. Only one world will survive: theirs, or ours.

Director: Michael Bay
Story By: Akiva Goldsman
Screenplay: Ken Nolan, Art Marcum, Matthew Hollaway

Transformers: The Last Knight (2017) Trailer


It has been said.. Through the ages.. without sacrifice, there can be no victory. Two species at war. One flesh. One metal. Optimus Prime has left us. One hundred billion trillion planets in the cosmos.

"You want to know don't you? Why they keep coming here?"
"I wanna stay. And I wanna fight them!"
And now.. two worlds colliding.

"The operation is over!"
"We're not giving up, okay?"

Only one survives.


Review Movie Transformers: The Last Knight

tiket wayang transformers weekdays
bayaran tiket wayang pada hari Selasa di GSC Cinemas, Palm Mall Seremban = RM16
Disebabkan first time saya tengok Transformers, so saya agak fascinated dengan transformers such as Megatron, Optimus Prime, Bumblebee (bee). Lagi-lagi Bee tu perghhh power seh. Cool gilos. Walau kena tembak dan seluruh badan pecah, tetap steady cantum balik semua. I'm like "woahhhhhhh" haha. jakunn.

Dan disebabkan first time saya tengok Transformers, so ada some part tu quite confusing dan tak faham. Tak faham unicron tu apabenda. Or story di sebalik sesuatu peristiwa. Tak tahu nama some robots sebab nampak robot ada yang sama je rupanya haha. Tak tahu mana satu yang baik or pernah jadi baik dulu. 

Movie transformers 5 ni ada unsur komedi juga. Saya paling galak ketawa bila part yang Sir Anthony ceritakan sejarah 12 kesatria (knights) pada zaman dulu kepada hero (Mark) dan heroin (Laura). Sebab time Sir Anthony syok bercerita tu, ada satu 'robot' ni namanya mende ntah. Sibuk laaa main piano lah, buat muzik saspens guna guna suara saprano lah. Serius kelakar part ni haha.

Tapi saya tahu la yang Optimus Prime ni baik dan telah di-mindset-kan oleh 'maker' of Transformers di cybertron, Quintessa yang jahat tu supaya jadi jahat. Suruh bunuh human di Bumi, Bee dan lain-lain.

Bagi saya, cerita ni memang menarik. Rancak. Penuh dengan aksi dan lawan-lawan. Tapi maybe sebab cerita ni 2 jam setengah, so scene last-last tu saya menguap juga la haha. Lagipun scene last tu macam boring sikit. Part di mana mereka nak stop kan cybertron tu daripada musnahkan bumi dan part heroin nak ambil pedang tu. Adoii rasa macam boring dan tak mencabar haha. Rasa macam "cepat la habis, cepat la habis". Mungkin juga sebab jam saya dah menghampiri 11.30 malam. Tu rasa ngantuk di hujung-hujung cerita hehe.

But, overall saya bagi rating movie ni 8.5/10. Mungkin kalau saya follow series transformers dari awal, transformers 1 until transformers 4, saya akan lebih faham & menghayati perjalanan dan details perubahan transformers dalam cerita ni.

Ending movie last knight ni bukanlah ending pun. Ending dia adalah teaser untuk beritahu lepas ni akan ada transformers 6. Tapi saya tak sure nak pergi tengok ke tak Transformers 6 yang akan datang nanti. Tengok lah. Kalau banyak feedback positif dan ramai kata best, boleh la g nonton hehe.

Tapii, untuk sesiapa yang peminat Transformers atau tak pernah tengok sekali pun, saya syorkan pergi la tengok Transformers the last knight ni. Recommended!

Okay daaa~ wassalam! :)
June 28, 2017

Maxis Hotlink ada pas Internet baru, lagi best!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Haa masih kat kampung ke semua? Hehehe. Saya dah balik ke rumah. Menunggu kakak-kakak and their family datang ke sini je malam nanti. So, sementara anak buah takde ni, better saya update jap blog. Dah tiga hari tak berusik ni sejak Raya pertama haha. Syok beraya la kan katakann. Oh bytheway korang tahu tak maxis hotlink ada sediakan pas Internet baru? Lagi masyuk tau pas Internet baru daripada yang lama sebelum ni. Lagi best!


Maxis Hotlink ada pas Internet baru




1 RM3 untuk 150MB/1 hari
2 RM5 untuk 150MB/7 hari
3 RM7 untuk 300MB/7 hari
4 RM10 untuk 600MB/7hari + PERCUMA 7GB*
5 RM15 untuk 700MB + RM15/ 7 hari
6 RM20 untuk 500MB/30 hari
7 RM30 untuk 2GB/30 hari + PERCUMA 30GB*
8 RM50 untuk 5GB/30 hari + PERCUMA 30GB* + 100 minit
9 RM70 untuk 8GB/30 hari + PERCUMA 30GB* + 100 minit
10 Pas Midnight RM3 utk 1GB
11 Pas Midnight RM5 utk 2GB
12 RM10 Quota Upgrade 1GB/3 hari

*percuma 7GB/30GB tu actually adalah Pas Happy Hour. 

Happy Hour = pas mobile internet percuma 1GB utk 1 jam. Kita boleh menebus pas happy hour ni antara jam 7 pagi-7petang sahaja. 1GB everyday just for ONE hour. Macam mana cara nak tebus? Macam mana cara nak aktifkan hotlink happy hour ni? Saya pernah cerita sebelum ni. boleh baca di entri SINITebus tau. Rugi kalau tak tebus even sejam je setiap hari 1GB tu. Tapi sempat la kot nak download drama/movie 1 jam tu kalau kita hotspot dari phone ke lappy/PC kan. hihi.

Maxis Hotlink ada pas Internet baru, lagi best!
Maxis Hotlink ada pas Internet baru

Maxis Hotlink ada pas Internet baru
Maxis Hotlink ada pas Internet baru

pas internet maxis
Maxis Hotlink ada pas Internet baru

cara langgan internet hotlink maxis
Maxis Hotlink ada pas Internet baru
Sebelum ni saya langgan pas Internet yang rm68 for 6gb + percuma 30gb. Tapi sekarang dah ada yang baru, so saya beli yang RM70 for 8gigabyte for 30days + free 30gb + free 100 minit call. Berbaloi gak kan compared yang sebelum ni. Baguih maxis! Syabaste haha.


Cara Beli Pas Internet Baru

Mungkin ada yang tak tahu or masih baru dengan rangkaian hotlink. Don't worry senang je cara nak langgan internet bulanan (monthly)/harian (daily)/tengah malam (midnight) pas maxis.

Dial *100# > Pilih 01 Seterusnya > Pilih 2 Pas Internet > Pilih 2 Mobile Internet > Then, dari sini teruskan pilih la nak yang  mana. Kalau dah pilih yang berkenan, taip je nombor berapa then Send/Hantar.

Done!

pas happy hour maxis
cara beli pas Internet baru
Selamat menghabiskan Internet la yee hehe. Tapi sekarang ni memang macam air je internet, cepat nau habis. Lagi-lagi orang macam saya yang layan YouTube setiap hari di phone before sleep haha. Sabau jelaa.

Okay daaa~ wassalam :)

Saturday, June 24, 2017

June 24, 2017

HARI RAYA ADILIFITRI 1 SYAWAL 1438H BERSAMAAN AHAD 25 JUN 2017M

Cuba teka bila hari raya aidlifitri tahun 2017? Adakah esok hari ahad atau lusa hari Isnin? Haaa jeng jenggg. Tadi buka TV3 ada pengumuman tarikh hari Raya Aidilfitri tahun 2017.


HARI RAYA ADILIFITRI 1 SYAWAL 1438H BERSAMAAN AHAD 25 JUN 2017M


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1438H jatuh pada hari esok hari Ahad tarikh 25 Jun 2017M.

HARI RAYA ADILIFITRI 1 SYAWAL 1438H BERSAMAAN AHAD 25 JUN 2017M
HARI RAYA ADILIFITRI 1 SYAWAL 1438H BERSAMAAN AHAD 25 JUN 2017M

HARI RAYA ADILIFITRI 1 SYAWAL 1438H BERSAMAAN AHAD 25 JUN 2017M
pengumuman hari raya aidilfitri di televisyen
Selepas pengumuman tersebut, takbir pun bergema.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

hari raya 2017
takbir hari raya aidilfitri 2017

takbir raya 2017
takbir pada hari raya aidilfitri 2017
Alhamdulillah~ Setelah 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan, marilah kita menikmati hari kemenangan 1 Syawal esok inshaaAllah.

Dan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua ! Maaf Zahir dan Batin. :) Selamat menyambut Raya :)
June 24, 2017

terharu dengan Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta

Siapa yang dah dengar lagu Dato Siti Nurhaliza - Bersandar Cinta dan tengok Music Video (MV) lagu tersebut? Best kan kan. Saya suka sangat both lagu dan MV Bersandar Cinta ni. Lagu dia best, irama melodi lagu dia best, suara Siti best, lirik lagu best, mesej sebalik lagu ni best, aura veteran/legend dalam MV pun fuhh! Kualiti MV ni memang mantop.

Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta


Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta


Kalau sesiapa yang dah tengok MV lagu Siti yang baru di-release-kan 14 Jun 2017 yang lepas, boleh lah tahu apakah mesej akhir Dato Siti di hujungggg MV beliau. Memang terharu. Lagi-lagi kita baca mesej tu lepas kita layan lagu tu dari awal hingga ke akhir, perghh boleh meleleh kot air mata haha. Lagi-lagi buat saya yang memang peminat tegar Siti kan dari awal dulu hingga kini. So, lagu Bersandar Cinta ni memberi erti yang lebih mendalam. buat saya dan peminat lain serta semua orang yang menjadi tulang belakang, supporter di sepanjang karier Siti selama ni.


Terima kasih buat semua
yang mengiringi perjalanan karier seni saya.
Salam Sayang untuk semua dan saya berterima
kasih dari lubuk hati terdalam.

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.

DATO' SITI NURHALIZA

Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Itu lah mesej Dato Siti di akhir MV Bersandar Cinta. Serius den rasa terharu, sebak pun ada. Mesej akhir tu tanda Dato Siti menghargai semua peminat dan semua yang membantu, menyokong beliau selama karier 21 tahun beliau. Mesej akhir tu umpama beliau nak meninggalkan dunia nyanyian, karier pun ada. Entah lah, rasa semacam pulak bila baca mesej di akhir tu haha.

Okay, jom layan keseluruhan lagu ni..

Lirik Lagu Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza




Tak ku di sini sebagai aku kalau bukan keranamu
Tak ku kecapi limpah kurniaan semata upayaku
Terima kasih ku ucap dari lubuk hati terdalam

chorus:
Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat.
Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarian ku persembahkan
semuanya
bersandar kepada cinta.

Jika kau sepi
ku ingin jadi melodi yang bererti
Kalau kau bahagia
biar ku jadi penyeri duniamu
Terima kasih ku ucap dari lubuk hati terdalam

chorus

kepada cinta
kepada cintaaa..

chorus

kepada cinta
kepada cinta...

mv bersandar cinta
Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Lagi satu yang saya suka sangat dengan MV ni adalah props-props nya dari zaman dahulukala, dari masa lalu. Kamera, radio, alat menaip surat, cuci gambar, set penggambaran, recording .. semuanya lama-lama punya. Mungkin kena dengan mesej/tema lagu ni - Siti nak hargai semua yang menyokongnya dari dulu hingga sekarang. Thats why props pun semua dari masa awal-awal beliau melibatkan diri dalam dunia nyanyian. 

No matter what people said or ada yang kutuk MV ni, bagi saya.. 5 bintang untuk both lagu & MV Bersandar Cinta! Unik dan ada kelainan. Good job Siti and the crew! :)

maksud bersandar cinta
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

dato siti nurhaliza
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

dato siti bersandar cinta
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

bersandar cinta
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

music video siti
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

siti nurhaliza bersandar cinta lagu
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza
Semoga lagu ni menang mana-mana kategori di Anugerah Juara Lagu (AJL) or Anugerah Industri Muzik (AIM) hehehe. Takpe takpe tak penting pun semua tu, yang penting lagu ni dah pun memenangi hati-hati peminat Dato Siti. cia cia ciaaaa! #pickuplinekatDatoSiti kekeke.

Okay daaa~wassalam :)
June 24, 2017

balik kampung Raub! #teamRayaPahang 2017

Tahun ni korang raya balik mana? Negeri mana? Haaa, den tahun ni raya di kampung Raub! So saya #teamRayaPahang lah hahaha. Siapa geng dengan saya raya kat pahang? Mungkin kita boleh hashtag sama-sama nanti kat instagram and facebook #teamRayaPahang. Bergabung meletop! Hahaha.


balik kampung Raub! #teamRayaPahang 2017


Dah dah sayidah. tak payah nak syok sangat berhashtag team raya pahang tu =.= Baik fokus sekarang fikir nak bawa apa time balik kampung nanti. Nak balik kampung pagi isnin, tapi packing satu benda pun tak nampak lagi ni.

balik kampung Raub! #teamRayaPahang 2017
balik kampung Raub! #teamRayaPahang 2017 [gambarsekadarhiasan]
Hmmm saya kalau travel bermalam di luar or balik kampung beraya, benda benda penting ni mesti tak tinggal punya lah...kot. hihi.

+ Handphone
+ Beg - pakaian, tudung, tuala, telekung, and ofcourse baju rayaaaa!
+ Kasut casual
+ Purse
+ Toiletery and beauty items such as berus gigi, pencuci muka, BB krim, bedak
+ Botol air
+ Plastik
+ Laptop & broadband
+ mp3, hard disk, earphone

Mesti orang pelik kan, balik kampung tak payah la bawa laptop. Buat apa nak bawa laptop? 

Sebenarnya depends pada orang. Depends masing-masing.

Macam saya, saya suka bawa laptop sebab senang nak sedut drama dan rancangan Korea dari sepupu-sepupu hahahaha! Dan cousin-cousin pun nak sedut episod Running Man & 2 Days 1 Night dari laptop&hard disk saya. Haaa nampak tak betapa pentingnya bawa laptop ke kampung. Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama saudara tau :P

Dari website Lazada, saya ada ushar barang-barang best & murah (sebab ada diskaun) ni, yang sesuai sangat kalau nak bawa time balik kampung nanti.. Memudahkan dan menyenangkan semasa perjalanan :) Syiokkk!


TRAVEL STAR TS101 Large Capacity Travel Bag With Trolley- Black Cartoon Design

barang keperluan travel
large capacity travel bag - Lazada

Lightweight Travel Laptop Backpack Brown

laptop bag
Travel Laptop Backpack -Lazada

SOKANO MUJI Inspired Well fitted Microbeads U Shape Travel Neck Pillow

travel neck pillow
Travel Neck Pillow - Lazada

JBL C100SI In-Ear Headphones with Mic

in-ear headphones with mic
in-ear headphones with mic
For your information, sekarang di Lazada ada promosi Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (https://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!). 

Best kan? Saya dah terjebak beli Herbalife pagi tadi di Lazada hahaha. Sebab murah dan banyak sangat dia beri diskaun. Tergoda den. Korang pun cepat cepat la sementara masih ada offer tu hehe. 

Okay lahh nak packing barang, daaa~! Selamat balik ke kampung! Hati-hati di jalan rayaaa, saranghaeee <3 span="">

Friday, June 23, 2017

June 23, 2017

Hadiah Watermark Cun dari Blogger AmerRidzuan

Alkisah haritu .... pada 3 Jun 2017 yang lepas.. dapat satu emel dari Blogger AmerRidzuan..

"Tahniah Sayidah Napisah. Anda telah dipilih sebagai pemenang ketiga The Amerzing Bloglist."


Hadiah Watermark Cun Dari Blogger AmerRidzuan
emel dari blogger AmerRidzuan

Yeahhh Alhamdulillah!

Amer siap p/s kat bawah tu:

p/s:  Thanks a lot! Your story burn my spirit back! :3


Haaa nak tahu story apakah yang burn his spirit back tu, boleh baca kat SINI hehe.


Hadiah Watermark Cun dari Blogger AmerRidzuan


So, saya pun cari la design bertemakan watercolour swatches untuk beliau buatkan watermark den. Memang rambang mata juga la nak pilihkan. Disebabkan saya suka warna pink dan just simple, so memang saya ushar yang ada ciri ciri tu je. Yang macam heavy tu, saya macam "eh awak tepi sikitt" haha.

Finally, I found it! 

And then, Amer edit it become this...

Hadiah Watermark Cun Dari Blogger AmerRidzuan
Watermark sayidahnapisah designed by Blogger AmerRidzuan
Cantik kan! Cun kan kannn! Bagi saya, cantik dan cun. Exactly my taste. Pink + simple hehe. Thanks a lot Amer Ridzuan! Ni my first watermark in my life tau haha. Sebelum ni mana ada watermark special yang terpampang nama and my URL blog macam ni. So, rasa excited + bersyukur sangat sangat :D

Lepas dapat je watermark tu, setiap gambar saya yang masuk ke dalam blog akan saya tempek watermark sayidah napisah tu hehehe.

Lagi sekali, terima kasih Amer. Terima kasih choose me as a third winner in your segmen & terima kasih design my watermark beautifully :3

Okay daaaa~ nak sambung makan tart nenas ni wakakaka. Kbai! wassalam :)
June 23, 2017

'Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli'


Full story from my dear cousin, Abu Hurairah Asifa.. Semoga bermanfaat :)

'Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli'

Saya pernah berniaga bazar.

Saya biasa berniaga bazar.

Saya dah rasa perihnya berniaga bazar.

Dari bangun awal.pagi, masak lauk sampai tengahari.

Lepas zohor, masukkan barang dalam van. Angkat khemah, kerusi, tray, alas, sudu dan macam-macam lagi.

Dah sampai bazar, susun pula satu-satu. Meja, kerusi, lauk pauk sampailah terduduk keletihan yang amat sangat.

Kadang matahari pacak atas kepala, kadang hujan membasahi semua.

Satu hari niaga, hujan lebat. Angin kuat sampai berniaga sambil pegang payung.

Dari pukul 3 sampai pukul 6 hujan tak berhenti. Orang yang datang tak perlu kira pakai jari. Sebab tak sangat ramai.

Peniaga lain dah mula bungkus.

Muka masing-masing hampa.

Kecewa lebih ramai sebenarnya.

Ada yang lempar balang air ke longkang. Marah gamaknya. Yang jual lauk.pun menung. Yang jual nasi ayam, nasi tomato, nasi briani lagi nanges.

Saya diam. Melihat hamparan lauk yang masih belum di beli. Ikan kembung segar dalam kari. Ikan pari masih berenang dalam asam pedas ni. Ayam tetap bergolek sana ke mari.

Akhirnya, tinggal saya sorang di bazar.

Teringat mak pesan,
'Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli'

Gelisah mat amin! dah nak pukul 7. Sorang pun takde.

"Bu, balik lah. Takde sape nak beli tu!"

"Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!"

Saya masih diam. Saya pandang langit, moga Allah kasihkanlah saya yang dah penat dari pagi.

Tiba-tiba tepat pukul 7.10 minit, sebuah kereta parking. Keluar seorang akak.

"Adik! Alhamdulillah, nasib baik masih ada lauk. Akak buat makan-makan untuk anak yatim kat rumah tu. Tapi katering tak sampai2. Boleh tak kamu hantar semua lauk ni? sempat lagi nak buka 7.30 kan?"

Nak nanges!

Allah balas kepercayaan ni.

Saya ajak semua lauk ke rumah akak

"Nah, RM500. Kalau kurang kira nanti ek. Lepas majlis habis. Rumah akak kat jalan 4, simpang kanan kampung sira."

'Baik kak!'

Saya angkat semua lauk. Saya tengok ikan kembong dan ikan pari menari-nari. Ayam lagi la hepi. Sotong udang berpelukan tanpa geli.

Allah, Engkau Maha pemberi rezeki buat kami!


Thursday, June 22, 2017

June 22, 2017

Puisi #15 hati yang disakiti

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #15 hati yang disakiti


Puisi #15 hati yang disakiti

SAKIT

ketika kulit dilukai
kulit akan terasa sakit
Ketika hati dilukai
Maka semua anggota tubuh akan terasa sakit

Sungguh, kulit yang disakiti
Terlihat jelas darah yang keluar
Membengkak dan memerah
Meninggalkan bekas yang tak enak dipandang

Sungguh, hati yang disakiti
Tak terlihat mana yang sakit
Tak nampak mana yang harus diobati
Tak tahu kemana mencari obatnya





Selamat malam! :)
June 22, 2017

Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung!

Biasa lah hari raya kan. Makan tak beringat, jalan sana sini, travel jejauh balik kampung, duduk lama dalam kereta, panas terik ketika beraya dari rumah ke rumah, marhaban semua.. so, kemungkinan untuk dapat sakit tu tinggi. Sakit kepala, sakit perut, senak perut, sakit tekak, sakit dada, angin badan. Thats why kena standby ubat-ubat yang boleh tolong time kita sakit nanti. Yela kan, takut kat kampung nanti klinik/farmasi tutup pula. Haa kan dah susah.


Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC* Yang Perlu Bawa Balik Kampung!

*OTC = Over The Counter
Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung!
Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung! [credit image: siakapkeli.my]


Sebelum balik kampung berhari raya, pasti kan sedia kan stok ubat ubatan ringkas ni yang mana sangat berguna ketika saat saat amat diperlukan (klinik / farmasi tutup sebab raya). Ubat ubatan ni mostly over the counter medication yang korang boleh beli tanpa doctor prescription (di farmasi). Boleh juga jumpa doktor korang awal awal dan mintak ubat ubat ni siap siap sebelum balik kampung.

Berikut adalah senarai ubat ubat "over the counter, OTC" yang anda perlu bawa balik kampung. Ubatan OTC tak perlu priskripsi doctor, boleh beli sahaja di farmasi, atau jumpa aja lah doktor GP kegemaran anda, dan minta stok untuk raya ni..

1- Paracetamol (PCM)

Iaitu Panadol (brand name paling famous). Ubat demam.

Sebenarnya, ia juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit (pain killer). Jangan simply makan painkiller time raya (kecuali dah sakit sangat / tak jalan makan Paracetamol), sebabnya perut kita time raya akan jadi manja.. disumbat ketupat rendang lemang air gas bagai... Ponstan yang selama ni kita makan OK aja, boleh menyebabkan sebu perut/ pedih perut bila dimakan di hari raya.


Dan Paracetamol sangat berguna untuk dibawa balik kampung kalau ada anak kecil yang boleh mudah dapat demam sebab kampung time raya crowded dengan sanak saudara. Pastikan korang tahu dos Paracetamol (berapa mL) untuk diberi kepada anak kecil. Tanya doktor yang biasa korang jumpa (perlu timbang berat).

Gunanya: demam / pening / tahan sakit

2- Anti histamine.

Seperti: Loratadine/Cetrizine. Brand name paling biasa antaranya Clarinase/ Zyrtec/ Aerius/ Claritin.

List yang disenaraikan di atas ni ialah jenis yang non drowsy (tak menyebabkan ngantuk).

Ubat antihistamine ini banyak gunanya. Iaitu ubat untuk:
(1) Kurangkan gatal
(2) Rawat selsema/ bersin

Ada 2 jenis. yang menyebabkan mengantuk & yang tak mengantuk.

Antara jenis yang mengantuk: Piriton.

Yang tak mengantuk: Clarinase, Telfast, Cetrizin.

Kita gunakan anti histamine untuk selsema & tahan gatal.

Gatal datang tak tentu masa. Rumah di kampung mungkin jarang jenguk (banyak habuk), so potensi untuk bersin gatal hidung tinggi. Kalau balik kampung kemas rumah berhabuk anda resdung, makan lah loratadine (plus guna face mask).

Kalau makan rendang kerang anda allergic gatal badan, makan lah loratadineYang ada alahan makanan lagi lah perlu standby ubat anti histamine.

Kalau nak yang mengantuk (contohnya supaya boleh lena tidur sebab gatal sangat), boleh beli Piriton. 

3- Hyoscine butylbromide.

Brand name paling femes ialah Buscopan Iaitu ubat sakit perut/ senak perut.

Gunanya?

Obviously sangat berguna di saat kita over eat juadah raya. Sangat berguna untuk sakit perut/ senak perut/ pedih perut.

4- Charcoal.

Iaitu pil arang. Warnanya hitam.

Sangat mujarab untuk absorb gas berlebihan dalam perut (bukan untuk angin dalam badan/ sakit sakit badan ya.. sakit otot sendi badan bukan disebabkan angin)

Sangat berguna seakan akan fungsi Eno.


Dan kalau cirit birit, memang elok di ambil bersama pil Charcoal ni.

Sangat berguna untuk anda combine dengan Buscopan jika perut sebu / bloated/ senak sebab banyak makan rendang.

5- ORS (Oral Rehydration Salt)

Iaitu air garam. Dalam bentuk sachet. Sangat perlu kalau anda cirit birit sebab salah makan. Berguna juga kalau demam panas, body dehydrated.

Sangat penting dalam kes cirit birit untuk elak dehydration.

6- Loperamide .

Brand name paling biasa Imodium / Lomotil/ Dhamotil.

Ini ialah pil untuk cirit birit. Kalau teruk sangat cirit, selain ORS, gunakan juga pil Imodium.

7- Ubat antacid

Biasa di negara kita orang panggil "air kapur" sebab warna nya putih. Bagus untuk pedih ulu hati / gastrik / angin. Brand biasa di sini antaranya Zellox / Gaviscon.

8- Topical Pain Killer

Iaitu ubat tahan sakit otot/ sakit lenguh-lenguh badan dalam bentuk gel/ krim. Macam macam jenis....

Antaranya Flanil, Panaflex, Voren gel.


So kalau sakit badan driving jauh atau lepas masuk hutan cari buluh lemang, sapulah krim ni.

9- Analgesic

Iaitu ubat tahan sakit/ painkiller. Terdapat terlalu banyak jenis ubat tahan sakit/ pain killer.

Kalau boleh, cuba gunakan dulu Panadol. Kalau sakit sangat, then beli lah pain killer yang boleh didapati di farmasi macam Mefenemic acid, brand biasa Ponstan

Perlu di ingatkan! JANGAN SEBARANGAN GUNA PAIN KILLER. Hati hati kepada yang ada gastrik/ masalah kidney/ etc.. kena rujuk doktor anda.

Pengambilan pain killer terlalu kerap pun bahaya boleh menyebabkan antara lain kerosakan kidney & ulcer dalam perut

Kalau Ponstan pun tak jalan dengan anda (anda ada sakit yang kronik macam slipped disc / lepas accident), maka anda perlu ambil painkiller newer generation yang lebih power (dan perlukan preskripsi doktor).

Untuk pain killer, tolong jumpa doctor dan minta nasihat yang mana sesuai untuk anda. Cautions buat yang ada masalah gastrik/ perut sensitif, tak boleh simply telan pain killer yang sedara korang bagi masa kat kampung. Jugak buat mereka yang ada masalah kidney.

Antara analgesic yang biasa ialah Ponstan, Voltaren, Ibuprofen, Synflex.


Yang lebih menjaga perut atau untuk orang gastrik: Arcoxia, Celebrex. Dan painkiller jenis ini lebih kuat. Dos hanya sehari sekali.

10- Calamine lotion

Iaitu lotion penahan gatal.

Sangat berguna especially kalau ada anak kecil yang kulitnya mudah sensitif/ gatal gatal.

Mungkin kena asap bunga api kulit jadi gatal. Mungkin sebab berguling atas rumput main dengan cousin kulit jadi gatal, simple rash sebab panas.. Maka sapu lah Calamine lotion. tepek aja calamine lotion. Mengurangkan gatal dan menyejukkan kulit.

Dan mungkin juga perlu beri ubat Antihistamine untuk kurangkan gatal (tanya doktor awal-awal berapa dos syrup antihistamine untuk anak anda).

11. Normal Saline Eye Drop


Iaitu air larutan garam (normal saline) yang boleh diguna untuk dititis dalam mata... contoh mata alah kena habuk masa kacau dodol. So, first aid nya, cuci mata dengan normal saline eye drop dulu. Kalau pedih sangat mata/ merah teruk, sila lah jumpa doktor.

** List ubat ubatan ini (kecuali no.10&11) ialah dalam bentuk oral/pil. Jadi persediaan ini ialah untuk orang dewasa. Untuk kanak kanak/ baby, sila bawa jumpa doktor untuk exact dose.

*** List ini ialah sekadar ubat standby untuk balik kampung. Jangan self treated kalau tiada ilmu. Jumpa doktor kalau tak pasti/sakit melarat. Jangan main agak-agak/belajar kat Google/tanya orang yang bukan bidangnya.

UBAT APA YANG TAK PERLU BAWAK/ TAK PAYAH STANDBY AWAL

Memang kerap juga aku diminta oleh patient untuk dibekalkan dengan ANTIBIOTIK. Alasan mereka, nanti kalau demam batuk ke, senang kat kampung dah ada antibiotic...cepat sembuh. Mereka ini anggap antibiotik as magic drug.

Jawapannya, TAK BOLEH ya.
Kebanyakkan kes demam batuk selsema disebabkan jangkitan virus, so tak perlu antibiotic. Dan kalau perlu pun antibiotik, anda perlu diperiksa dulu oleh doktor untuk kenalpasti apa sakitnya, dan baru doktor boleh decide which antibiotic to use.

JANGAN LUPA BAWA UBAT UBAT UNTUK PENYAKIT KRONIK YANG SEDIA ADA


Yang ada diabetes, Hypertension, Asthma, Eczema....ni antara penyakit yang kena standby bawak balik ubat ke kampung. Kira betul-betul ubat dan bilangan hari anda balik kampung. Dan simpan betul-betul, ingat kat beg mana disimpan ubatnya. Banyak kali juga jumpa kes pesakit tak terkawal Blood Pressure (darah tinggi) atau gula nya sebab tak makan ubat, sebab lupa ubat simpan kat mana.

TAMBAHAN TIPS

+ standby CAFFOX untuk migrain
+ if baby selsema sikit dan for baby less than 2 years old, tak perlu ubat. just sterimar spray.. or sedut je Doc kata hehe.
+ jangan lupa bawa inhaler untuk case yang ada asthma.

Semoga bermanfaat! Selamat pulang ke kampung! :)


p/s: tips ni juga boleh di-apply oleh para pelancong/ kaki travel atau mereka yang mahu mengerjakan umrah/ haji.