PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR | Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor |
SYARAT-SYARAT AM
Syarat-syarat Permohonan
|
Keterangan
|
Kelahiran
|
·
Pemohon
lahir di Negeri Selangor; atau
·
Ibu
atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
·
Pemohon
telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan
pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
·
KEUTAMAAN
DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR
|
Peringkat pengajian
|
Pemohon telah ditawarkan
tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian
secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil -
sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak
layak memohon)
|
Penajaan
|
Hanya pemohon yang BELUM
MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang
telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan
sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
|
Pencapaian Akademik
|
Pemohon yang memperoleh
pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
|
Tahun Pengajian
|
Pemohon BUKAN PELAJAR
TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.
|
SYARAT AKADEMIK
Peringkat Pengajian
|
Kelayakan Akademik
|
Ijazah Sarjana Muda Pertama
|
·
Memperoleh
kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan
kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
·
Memperoleh
sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di
peringkat STPM; atau
·
Memperoleh
sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran
di peringkat STAM.
|
Diploma
|
·
Memperoleh
sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di
peringkat SPM; atau
·
Memperoleh
kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.
|
Sijil (IPTA)
|
Memperoleh
sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat
SPM.
|
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
|
Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana
mata pelajaran di peringkat SPM;
|
Iklan Tawaran
Permohonan Online Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor |
+ Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my
Kaedah Permohonan
Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS
Tarikh Permohonan
Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:
Sesi Pertama: 1 - 28 Februari 2017
Sesi Kedua: 1 - 30 Ogos 2017
Temuduga
+ Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.
+ Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya
Tawaran
+ Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.
+ Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga.
Semakan Temuduga/ Keputusan
+ Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.
+ Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.
Kuota Penerima
+ Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun.
+ Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.
Kriteria Pemilihan
+ Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.
+ Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.
+ Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga
+ Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.
+ Pemohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.
KADAR PINJAMAN
Peringkat Pengajian
|
Kadar pinjaman (setahun) (RM)
|
Ijazah Perubatan (perubatan/ pembedahan/ pergigian/ veterinar)
|
7,000
|
Ijazah Sarjana Muda
|
6,500
|
Diploma
|
4,900
|
Sijil
|
4,000
|
Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.
*Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.
*Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.
KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR
+ Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.
+ Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.
+ Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.
PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1 OGOS 2017 - 31 OGOS 2017
Untuk pemohon baru mendaftar, klik SINI
Untuk pemohon yang telah mendaftar pada sesi-sesi lepas, klik SINI.
Sumber:http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/pinjaman-pelajaran-negeri-selangor
Baca juga: Permohonan Online Program Khas Peduli Siswa
Baca juga: Permohonan Online Program Khas Peduli Siswa
Program Khas Peduli Siswa & Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor |
2 Comments
wahhh. bagus ni kc.. entri yg sngt mmbantu yg nk sambung studyy..
ReplyDeletebagu dapat mmbantu anak2 selangor
ReplyDeleteJemput Singgah : Semakan KADS1M 2017 Kad Debit Pelajar
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p