Resepi Nasi Minyak
Resepi Nasi Minyak // credit image: mamasheaven.blogspot.my |
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
4 cawan air
Garam secukupnya
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
1/2 cawan kismis kuning
Daun saderi atau daun ketumbar
Bahan tumis:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 sm halia | hiris halus
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan semua bahan tumis dan goreng hingga naik bau.
2. Masukkan beras, air, susu cair dan garam. Kacau rata. Masak di dalam periuk nasi.
3. Apabila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning, taburkan kismis dan daun saderi/daun ketumbar. Tutup tudung periuk dan biarkan seketika.
4. Gemburkan sedikit nasi dengan chopstick/sudu. Jangan kacau terlalu lama bagi mengelakkan nasi patah atau hancur. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama ayam masak merah.
Sumber: Akhbar Sinarharian
Nasi Minyak// credit image: kuliner.ilmci.com |
Selamat mencuba resepi nasi minyak 'mudah' dan sedap ni! :)
8 Comments
Assalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteSalam jumaat dari Maznee & selamat pagi sis satidah napisah
Apa khabar
Wah dah pandai nasi minyak ya
Hehe
Maznee selalu makan nasi minyak yang ayah mertua masak je
Tak payah tunggu nak pergi kenduri kahwin pun
Hehe
Akak nak share satu lagi bahan penyedap nasi minyak ni. Letak sesudu sunquick oren ^_^
ReplyDeleteSedap kalau mkn dgn daging masak hitam!
ReplyDeleteSedapnya!!!
ReplyDeleteAlahai nampak sedapnye Tu..
ReplyDeleteHmmm sedap nih nak cuba di rumah.
ReplyDeletewaaaaahhh KC. pandainya masak nasi minyak. nampak sgt2 sedap tau..
ReplyDeleteGeram tengok resepi kat blog kc !!! Haha
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p